•PROLOG•

2.6K 183 9
                                        

KAKI melangkah melewati mayat-mayat bergelimpangan di laluan tersebut dengan bau hanyir darah yang sangat kuat menusuk hidung, sebelah tangan terletak elok dalam poket seluar slack sambil iris merahnya meliar ke sekeliling kawasan bangunan tinggal.

Kebanyakan mayat semua dikerat satu persatu dan ada sebahagian anggota tubuh yang dikerat itu seakan diratah oleh haiwan kerana ada kesan gigitan pada setiap bahagian tubuh tersebut.

Langkah diteruskan dan dia berhenti di tengah bangunan tinggal, dia dongak memandang bahagian bumbung bangunan yang sudah tidak bertutup sekaligus menampakkan langit malam dan bulan penuh.

Dia tunduk semula dan kali ini lantai dipandang.

Lakaran dua bulatan besar dengan satu bintang besar di tengah itu dia renung, ada juga ukiran simbol-simbol aneh mengelilingi bulatan tersebut dan dia perasan ada lilin merah yang sudah tinggal sisa pada setiap penjuru bintang tersebut.

Sebelah lutut dijatuhkan, jari telunjuk dan jari hantu menyentuh lakaran tersebut kemudian dibawa ke hidung.

Bau darah.

Tubuh kembali berdiri, dia menyambung jalan bila perasan ada laluan yang membawa ke satu ruangan kerana ada lilin tersusun elok di atas lantai.

Ia membawa dirinya ke satu ruangan luas dan kali ini tubuh dia mengeras menatap pada dinding yang terukir sesuatu.

Satu makhluk berjubah dan ada tanduk serta mata merah menyala bersama senyuman menyeramkan seakan baru keluar dari satu pintu gerbang dan ia seperti disembah oleh manusia-manusia berjubah.

Dia terus pusing menuju ke satu papan yang ada gambar-gambar serta artikel mengenai...

Kultus iblis.

Sedang dia menilik setiap imej-imej tersebut, tiba-tiba pandangannya tertancap pada satu gambar. Tangan terus mengambil gambar yang tertampal pada dinding.

Gambar seorang gadis lingkungan awal 20-an berambut hitam panjang paras bahu, mata bundar berwarna hazel terang menayangkan senyuman manis. Apa yang dia boleh agak ialah gambar itu ditangkap secara curi-curi kerana latar belakang si gadis dalam gambar adalah sebuah universiti.

"What's with this young girl?" Soalnya sendirian, hatinya tergerak untuk pusing gambar tersebut dan apa yang tertulis ialah...

She's the one we've been searching for.

Yang mereka cari? Apa maksudnya? Otak mula memproses pelbagai soalan dan kemungkinan mengapa perempuan biasa ini dicari.

Bila ditilik semula gambar tadi, kenapa muka dia seperti...

Skret...

Kelakuan dia terbantut tatkala telinga menangkap bunyi sesuatu bercakar kuat pada dinding.

Skret...

Kepala lantas berpaling pada bunyi tersebut.

Tiada apa-apa.

Skret...

Sekali lagi ia berbunyi tapi dia masih tak nampak apa-apa benda yang menghasilkan bunyi tersebut sebelum.

Satu titisan darah tiba-tiba menitik tepat pada bahu kot panjang yang tersarung pada tubuh, dia jeling sekilas tompokan darah kecil itu sebelum kepala diangkat memandang siling lalu...

Bam!

Satu makhluk yang meletak di atas siling tiba-tiba menghentam lantai sehingga menghasilkan retak. Nasib baik dia sempat mengelak, kalau tidak dia akan mendapat kecederaan.

ENIGMA Where stories live. Discover now