40 - NADINE SOFEA

Start from the beginning
                                    

"I ada benda nak cakap sikit." beritahu Harlem.

Melebar senyuman Lilia. Rasanya dia boleh mengagak apa yang akan diperkatakan oleh Harlem nanti.

Akhirnya, hari ini dia akan memiliki Harlem! Dia bakal menjadi seorang kekasih dari kerabat diraja. Seperti cita-citanya sejak dulu.

Lilia ambil tangan Harlem lalu dibawa ke dalam genggamannya. Harlem sedikit tersentak dengan tindakan Lilia namun selepas itu senyuman kecil dihadiahkan pada gadis itu semula.

"Faster, Harlem. I tak sabar nak dengar." tutur Lilia. Hatinya sudah melonjak kegembiraan.

"Actually, Lilia..."

"Iya?"

Cepatlah, Harlem. Lilia sudah mula hilang sabar. Lepas ni bolehlah dia bermegah-megahan di hadapan semua orang yang dia dan Harlem secara rasmi sudah menjadi pasangan kekasih.

"I..."

Mata yang lama menatap Lilia secara tidak sengaja terkalih melihat kelibat Nadine yang semakin jauh meninggalkannya.

"I love you too, Harlem."

"I cintakan Nadine."

Tanpa sedar Harlem tutur sebaris ayat itu.

"What?!" tinggi suara Lilia. Tangan Harlem dilepas kasar.

Harlem sendiri terkejut dengan apa yang terluah dari mulutnya. Pemergian Nadine tadi bagai menyedarkan Harlem tentang sesuatu. Entah dari mana semua ini hadir namun....

Perasaan ini.

Hati ini.

Luahan tadi.

Semuanya tulus dari hati Harlem yang selama ini buta.

"You dah gila ke, Harlem? You panggil I ke sini hanya semata-mata nak bagitahu benda bodoh ni dekat I?!" Lilia rasa terhina.

"Maafkan I, Lilia. I-"

"Apa yang bagus sangat Nadine tu di mata you?! I lebih layak untuk you, Harlem. Not her. Tapi kenapa I mesti kalah dengan perempuan tu?! I dah buat macam-macam tapi ini yang I dapat?"

Harlem terbungkam. Hatinya mula dihimpit dengan rasa serba salah  yang semakin menebal.

Lebih-lebih lagi apabila menyedari sikapnya terhadap Nadine tadi.

"I benci you! I benci you, Harlem!" marah Lilia bersama air mata. Lantas kakinya melangkah pergi dari situ dengan harapan Harlem bakal mengejarnya.

Namun, harapan Lilia kosong. Sekosong perasaan Harlem terhadapnya.

Rambut kusut diraup ke belakang. Apa yang ada di dalam fikiran Harlem sekarang cuma Nadine.

Rupa-rupanya selama ini, hatinya telah dimiliki oleh gadis bernama Nadine Sofea.

"Aku cintakan kau, Nadine."

"Harlem?"

Sentuhan lembut di bahu Harlem hampir menjatuhkan rokok daripada jari sekaligus menerbang segala lamunannya tadi. Kepala berpaling ke belakang melihat wajah mamai Nadine sedang tersenyum ke arahnya.

"Kenapa tak tidur lagi? Sekarang dah jauh malam." Nadine mula bergerak untuk berdiri sebelah Harlem.

Sejuknya angin di beranda malam ini.
Tangan memeluk bahu sendiri lalu mengusap-usap di situ mahu menghilangkan rasa dingin.

NADINE SOFEAWhere stories live. Discover now