Bab 18

257 47 14
                                    

Ara rasa bersalah selepas mendengar cerita Lutfan. Kerana dia, Lutfan terpaksa menjalani satu lagi operasi yang berbahaya. Dia sangat terharu dengan perhatian yang diberikan oleh suaminya itu tetapi hakikatnya dia masih mampu menjaga dirinya sendiri.

Selimut tebal yang baru diambil dari almari di hampar ke atas katil. Mereka berdua menjalani hari yang panjang dan sibuk. Badan Ara pula sudah tidak sabar untuk dibalut oleh selimut yang lembut itu.

Dia terus menyelinap masuk ke dalam selimut sementara Lutfan pula berada di dalam bilik air. Bantal kepala di tepuk untuk lebih empuk. Tangannya semakin kuat menepuk apabila memikirkan tawaran Suri. Berani dia mengambil kesempatan terhadap keadaan mereka.

Tubuh Lutfan muncul sebaik pintu bilik air dibuka. Tidak memakai baju dan hanya berseluar tidur, Lutfan terus naik ke atas katil sebelum ditempik oleh Ara.

“Kenapa kau setuju dengan si Suri tu?” Lutfan kaku di tempatnya. “Entah-entah kau pun suka dapat kerjasama dengan dia.”

Lutfan terdiam seketika sebelum menarik Ara untuk berbaring di atas dadanya. Bahu Ara ditepuk lembut.

“Tak baik bersangka buruk dekat suami sendiri.” Umbun kepala Ara disapa nafas Lutfan. “Kalau aku suka, kau tak akan tahu pun pasal benda ni.”

Ara cuba untuk bangun tetapi pelukan Lutfan lebih kuat. Akhirnya dia mengalah dan terus mendengar degupan jantung Lutfan yang perlahan dan sekata. Mulut Ara mula berbicara.

“Lut, sebenarnya aku tak takut pun dengan ugutan tu.” Dia berpusing menghadap Lutfan apabila pegangan di bahunya terasa longgar. “Setiap hari aku kena ugut dengan abah. So, tak ada beza pun.” Tawanya kekok sebelum terhenti kerana Lutfan tidak menyambutnya.

Dia cuma tidak mahu Lutfan terkesan dengan apa yang bakal berlaku pada dirinya. Jadi Ara bercadang untuk meluruskan perasaan yang ada di antara mereka.

“So, aku boleh jaga diri sendiri. Walau apa pun terjadi, kau kena utamakan kerja kau. Faham?”

Lutfan tidak menjawab sebaliknya mengerling ke siling. Kedua-dua tangan diletakkan di bawah kepala. Tiada sentuhan di antara mereka. Ara mula mendesak kerana masih tidak mendapat jawapan.

“Faham tak ni? Kau boleh janji kan?” Ara menghempap dada Lutfan. “Saja tau buat tak dengar. Cepatlah Lut, janji dengan aku.”

Ara mengangkat jari kelinkingnya lalu di sambar oleh Lutfan. Mata mereka bertemu tetapi pandangan Lutfan menjadi tajam. Seperti ada yang tidak puas hati dengan permintaan Ara.

“Aku boleh janji kalau kau pun boleh buat benda yang sama.” 

Tidak berani untuk setuju kerana kurang faham apa yang diajukan oleh Lutfan tetapi dia merasakan Lutfan seakan mencabarnya. Ara menarik nafas untuk bertenang dulu.

“Maksud kau?” soal Ara.

“Maksud aku, andai tempat kita bertukar. Boleh kau janji benda yang sama?” Lutfan memerangkap Ara. “Aku nak kau jujur. Kalau tipu, esok aku kena langgar.”

Begitu mudah mulut Lutfan mengeluarkan sumpah. Tangan Ara pantas memukul dadanya.

“Mulut tu. Fine, aku tak boleh janji. Puas hati?” Tangan Ara semakin ringan untuk memukul lagi melihat Lutfan yang tersenyum lebar. 

“Puas,” balas Lutfan masih tersengih.

Tapi bukan ini yang Ara inginkan. Dia perlu pastikan Lutfan tidak terbeban dengan kehadirannya. Percubaan pertama tidak berjaya, Ara mencuba nasib sekali lagi.

“Tapi Lutfan…”

“Ara binti Ahmad.” Tersentak Ara mendengar nama penuhnya. “Kau amanah aku. Kau nak aku kena seksa ke nanti sebab abaikan amanah Allah ni.”

Misi 7 BulanWhere stories live. Discover now