Bab 11

288 47 15
                                    

“Mana ubat ni?” rungut Ara sambil geledah beg silangnya. “Owh.”

Kejang di bawah perutnya semakin kuat sejak mereka pulang dari sekolah. Sebaik mereka tiba di rumah sewa Lutfan, dia di tinggalkan sendirian sampailah tengah malam tadi baru Lutfan pulang ke rumah. 

Mungkin terlalu penat, Lutfan tertidur selepas membersihkan diri tanpa sempat berbincang tentang susunan tempat tidur. Dari awal, mereka setuju bahawa Ara akan tidur di atas katil sementara Lutfan akan menetap di atas sofa tapi sekarang dia sedang lena di ulit mimpi di sebelah Ara. 

Memberikan Lutfan sedikit muka kerana kecederaan yang dialami, Ara menjadikan bantal peluk sebagai benteng. Takut dia terbabas memeluk Lutfan yang tertidur tanpa baju. Ara juga tidak berani untuk merosakkan mood Lutfan yang tiba-tiba menjadi pendiam sejak mereka pulang.

Sekarang dia tengah bergelut dengan ‘monthly event’ yang jarang sesakit ini. Dari atas lantai ke sofa. Dari sofa kembali ke atas katil tapi masih tidak selesa. Andai saja dia menyimpan ubat tahan sakit seperti Kila pasti dia sedang lena tidur sekarang ini.

“Aduhhh…” rintih Ara, menekan kuat perutnya. Kedua-dua bibir di katup supaya tiada suara yang terlepas lagi. Posisi tubuh melengkung seperti udang bakar. 

Sedang mengatur nafas, bahu Ara di cuit dari belakang. 

“Oh sakit. Ishh…Terkejut aku.” Ara berlagak biasa. “Aku banyak gerak ke?”

Lutfan tidak menjawab sementara matanya mengecil memandang wajah Ara. Mungkin dia tidak selesa untuk tidur dengan orang yang tak reti duduk diam.

“Aku pindah kat sofa tu.” Tangan Ara di raih sebelum dagunya di pegang oleh Lutfan. 

“Kenapa pucat ni?” 

“Ma..mana ada,” Ara menggerakkan wajahnya tapi jari Lutfan masih di situ. “Aku okay…tak payahlah pegang-pegang.”

Tangan Lutfan di tepis tapi serta merta Ara rasa menyesal. Ini semua di sebabkan hormonnya yang tidak stabil. Sepatutnya Lutfan yang sedang marah bukan dirinya. 

“Kenapa aku tak boleh pegang? Kau isteri aku.” Lutfan memberikan pandangan mautnya. Tersekat air liur Ara di tekak. 

“Sor..ry. Bukan tu maksud aku.”

“Habis tu apa maksud kau?” terjah Lutfan membuatkan Ara tersentak. “Aku suami yang sah tapi tak boleh sentuh kau tapi laki lain boleh.”

“Apa kau cakap ni Lut? Kan aku cakap tadi sorry.” Ara mula tercabar dengan tuduhan yang dilemparkan. 

Whatever.” Lutfan cuba lari dari pergaduhan yang dia sendiri mulakan.

No..no. Aku nak tahu apa maksud kau dengan lelaki lain?” Ara memegang lengan Lutfan.

“Sakitlah.” Lutfan merentap kuat sehingga Ara hampir terjatuh dari katil. Salah dia sendiri kerana menyentuh luka Lutfan. 

“Ak..aku tak sengaja wei. Sakit sangat ke?” Ara cuba memeriksa tetapi Lutfan menghindar darinya. “Biar aku tengok. Takut jahitan dia terbukak balik.”

Perlahan-lahan Lutfan menghulurkan tangannya. Ara baru membuka plaster di pembalut sebelum dia merasakan sesuatu yang hangat sedang mengalir keluar dari celah pehanya. Banyak.

“Alamak.” Ara mulai cemas. Dia segera bangkit dari katil kerana risau terkena cadar putih tapi sudah terlambat. Terdapat satu tompok darah di situ dan paling malu Lutfan juga melihatnya.

“Ke..kenapa ada darah ni?” Lutfan cuba menghampirinya tetapi di halang.

“Aku…aku pergi toilet jap. Ni nanti aku kemas.” Ara bergegas tapi darah mulai mengalir turun membasahi seluarnya. Tidak ubah seperti orang yang sedang keguguran. “Apahal banyak pulak ni.”

Misi 7 BulanWhere stories live. Discover now