Bab 5

285 37 15
                                    

Melepas. 

Memerhati dari jauh, Reena adik kepada Ramli merupakan seorang yang sangat cantik. Potongan badan ala-ala model, kulit pula putih dan gebu. Baju ketat yang berwarna hitam paras peha membangkitkan naluri lelaki Lutfan.

Kenapalah Reena tak muncul dulu sebelum Ramli? Kalau tak, sekarang ni mungkin pihak mereka sedang berbincang tentang tarikh nikah mereka.

Bukan menyesal tapi rasa tidak berbaloi apabila Ara dijadikan perbandingan. Dia mengorbankan Reena yang seperti bidadari untuk Ara yang kelihatan seperti makcik kantin. Tak boleh ke kalau dia letakkan sikit bedak ataupun make up dekat muka?

Kalau tadi, hati dia bergelumang dengan kegembiraan bila muka Lukman berubah menjadi sebiji tomato tapi sayang, ia tidak kekal lama. Kehadiran Reena mengubah hatinya. Buat seketika dia mempersoalkan niat hati untuk meneruskan misi buat arwah Lutfi.

Rasa dah tiba masa untuk dia wujudkan impiannya sendiri. Lutfi pasti tak kisah kalau Lutfan berhenti separuh jalan. Mesti dia pun inginkan adik dia hidup bahagia. Tapi dia sudah jauh untuk berpatah balik. Tinggal seorang saja lagi yang perlu ditangkap. Dia pasti akan menyesal di kemudian hari jika berhenti sekarang. 

Menimbang tara kelebihan dan kekurangan yang ada sebelum mencapai titik akhir yang dia sendiri tidak suka. Ternyata dia memerlukan pertolongan daripada ayahnya.

Kalau dia berjaya buat Lukman faham akan niat dan rancangannya, jawatan CEO seterusnya merangkap suami Reena akan berjaya ditakluki.  

Ara? Sukar untuk mengaku tapi dia masih memerlukan Ara untuk menjayakan misinya. Dia berharap segalanya akan selesai dengan cepat supaya luka Ara tidak terlalu dalam bila dia berterus terang nanti. 

Kaki Lutfan menuruni tangga ke ruang tamu. Dia perlu berbincang dengan Lukman yang sedang berbual dengan seseorang. Pelik sebab semua tetamu sudah pulang termasuk Ara. Dengan siapa pula dia bercakap atau lebih tepat, tengah marah.

“Betul ke? Aku tanya ni, betul ke tak?” Suara Lukman semakin meninggi. Ini petanda mood papanya sedang tidak baik. Esok je la berbincang. 

Lutfan berpatah balik sebelum telinganya terdengar nama seseorang di sebut.

“Maafkan aunty, Ara.” Hilda juga ada di situ. Ara? Dia tak balik lagi?

Apa yang Ara telah lakukan sehingga Lukman menengkingnya seteruk itu? Kalau kerana pekara tadi, Ara seratus peratus tidak bersalah. Dia tidak patut di marah sebegitu teruk.

Langkah Lutfan panjang menapak ke ruang tamu. Hatinya mendidih melihat Ara yang sedang berdiri dengan kepala dan bahu yang tertunduk. Berat sangat ke kepala sampai bengkok macam tu?

“Kenapa you minta maaf? Dia ni yang goda anak kita,” tuduh Lukman sekali gus membuatkan kepala Ara terangkat. 

“Tak. Saya tak goda pun dia.” Sedikit terasa hati walaupun itu kebenarannya. 

“Kalau tak goda, kenapa kau muncul dekat sini? Kau tahu kan majlis ni untuk apa.” Bagaimana Ara hendak tahu sedangkan Lutfan sebagai tuan rumah juga tidak pasti tujuan majlis ini.

“Saya datang sebab nak tolong Lut.”

“Tolong dia untuk hancurkan majlis ni? Apa lagi yang dia suruh tolong?” Bahu Ara ditolak ke belakang. Nasib dia tidak tersandung pada sofa. Keadaan tidak memihak pada Lutfan. Di mata Lukman, Lutfan sedang cuba menentangnya. 

Dia menapak ke arah mereka. Salah faham ini perlu diselesaikan dengan segera. Mereka bertiga terdiam apabila Lutfan menghampiri. Ara melarikan pandangan ke lantai manakala Lukman memandangnya seperti singa yang kelaparan. 

Misi 7 BulanWhere stories live. Discover now