Bab 9

312 37 12
                                    

‘Relax dulu. Aku tunggu dekat sini.’

Lutfan meletakkan telefonnya di atas bonet kereta selepas lega membaca mesej daripada Ara. Disebabkan terlalu marah dengan tindakan Lukman, dia hampir hilang kawalan. 

Perbincangan bertukar menjadi pergaduhan apabila Lutfan dan Lukman tidak sependapat. Bagi Lutfan tindakan Lukman sudah melebihi batas. Pada awal perjanjian, hanya perkahwinan tetapi sekarang muncul pula syarat tambahan.

Ara menarik Lutfan keluar daripada rumah apabila mereka hampir bertumbuk.  Lukman turut mengikut mereka sebelum Ara memaksa Lutfan keluar mengambil angin buat seketika. 

Bagus cadangan Ara kerana fikiran Lutfan mula tenang apabila udara malam membelai wajahnya. Keadaan padang yang kosong dan malap membuatkan dia dapat berfikir semula tentang perbincangan tadi.

Cucu? Entah kenapa Lukman semakin terdesak. Atau dia sudah tahu yang mereka berkahwin tanpa cinta dan sudah pasti hal anak sudah awal-awal lagi di pangkah. Ini alasan terbaru untuk Lukman mengelak daripada menyerahkan bukti kepadanya.

Lagi lama dia menunggu Zarif semakin banyak pekara yang difikirkan. Melihat jam di tangan sudah hampir setengah jam dia menjadi tiang di tepi padang itu. Meraba poket di seluar untuk mencari telefon yang sudah berada di luar.

“Apa ni?” soalnya sendiri apabila terasa satu ketulan di dalam poket. Lutfan menyeluk membawa keluar cincin zikir yang di ambil dari bilik Ara sebelum bertolak tadi.

Tidak berniat untuk menipu cuma dia tidak mahu Ara pulang semula ke rumahnya. Mungkin kehidupan mereka tidak sehebat mana tapi setidak-tidaknya Lutfan tidak akan menaikkan tangan kepada Ara. 

Cincin tersebut di sarungkan pada jari telunjuk seperti yang di buat oleh Ara tapi tersangkut sebelum tiba di tengah jari. Lutfan membelek cincin tersebut mencari ukuran. Tiada satu tulisan pun yang terukir di situ.

Beralih ke telefon pula, dia mencari kalau-kalau masih ada aplikasi yang digunakannya semasa membeli untuk Hilda. Berharap di dalam hati supaya ada kerana sudah bertahun Hilda memiliki cincin tersebut.

“Cari apa tu nak?” muncul seorang nenek tua di tepinya.

Lutfan tersentak sedikit dengan mulut terungkap kalimat.

“Astaghfirullahalazim."

“Islam rupanya,” perli perempuan tua itu. Dia yang berpakaian baju kurung kelabu berbunga kuning. Tudung berwarna biru laut diikat di leher dengan membawa bakul kuih di lengan. “Nak kuih?”

Bakulnya di letakkan di atas kereta Lutfan. “Hari ni ada kuih koci, ketayap, seri muka, keria, mmm…apa lagi ni, ah..kuih karipap. Nak yang mana satu? Uih, pistol.”

Lutfan menghalakan pistolnya pada muka perempuan tua itu. Seperti yang dijangka sedikit pun tiada riak takut di wajahnya. Malahan tangan yang tidak sama seperti mukanya membelai pistol Lutfan.

“Berdosa main tala-tala pistol dekat orang tua.”

Drop it, Zarif,” tegur Lutfan yang malas hendak melayan. “Siapa yang sumpah kau jadi nenek kebayan ni?”

Zarif menarik turun tudungnya. “Hang seorang ja aku tak dapat nak tipu. Gila la hang ni.” 

“Yang lain tu buta. Muka banyak kedut, tapi tangan berbulu macam jantan.” Bulu di lengan Zarif di tarik. “Lagi satu, warna kelabu dengan biru muda ni. Orang yang buta fesyen atau lelaki je yang akan pilih.”

Pada awalnya Lutfan juga sangsi tentang identiti perempuan tua itu. Dia sengaja mengajukan pistol supaya wajahnya dapat dilihat dengan jelas. Pujian harus diberikan pada si tukang make up kerana berjaya mengubah wajah Zarif.

Misi 7 BulanWhere stories live. Discover now