Bab 1

1K 59 3
                                    

'Tooth for the tooth, brother for the brother.'

Selagi masih bernyawa sehingga ke lubang cacing akan dicari. Hanya ada dua pilihan, orang itu akan pergi sendiri berjumpa dengan abangnya dan meminta maaf atau dia sendiri akan mengantarnya pergi.

Hidup berpaksikan dendam, setiap hari nyawa menjadi taruhan. Melukai dan dilukai perkara biasa buat insan bernama Zade Lutfan. 

“Ini bukan darah aku.” Entah berapa kali perlu diulang baru mereka faham? Badan yang tidak ada segaris luka dipaksa untuk baring di atas katil. 

Nyawa sendiri tak penting selagi keselamatan seseorang itu tidak sampai ke telinga. Bayangkan kesemua usaha akan jadi sia-sia kalau orang itu mati. 

Put this thing down.” Setakat palang yang senang bergegar tidak mampu menghalangnya. Jururawat yang berdiri di sebelah mengundur ke belakang.

“Pekak ke apa?” Ada yang menggeleng, maksudnya pendengaran mereka masih bagus. Adanya jarum di tangan membataskan pergerakkan sebelum ia dicabut keluar. Tidak sakit walaupun darah tidak berhenti mengalir. 

“Lutfan!” panggil Zarif ditengah-tengah doktor dan jururawat. “Biar doktor check dulu.”

Ini bukan masanya untuk main doktor-doktor. Masa sudah suntuk dan kalau tengok kesan darah dekat baju, dah tentu kecederaan yang dialami orang itu agak teruk. 

Dia terpaksa memanjat dek palang katil yang masih utuh. Tapi tak sempat nak mendarat, kakinya ditahan oleh rakan kerja yang lain. Kekuatan seorang tidak dapat melawan dengan lima orang anggota yang badan lebih kurang sama besar dengan Lutfan. 

Berkali meminta walaupun sudah menjerit untuk dilepaskan sehingga katil yang berkunci pun boleh bergerak tapi tidak diendahkan. Mungkin kalau beritahu pekara sebenar, Zarif akan membantu. “Aku nak jumpa dia.” 

“Jap lagi gi la jumpa. Rawat…luka tu…dulu.” Tubuh Zarif menekan badan Lutfan di atas katil. Macam ni ke cara orang memujuk? Menggunakan kekerasan pada manusia yang sedang berada dalam keadaan terdesak. 

Kalau Zarif boleh bermain kasar; kenapa dia tak boleh. Segenggam rambut Zarif ditarik sampai kulit kepalanya kelihatan tegang. Zarif menjerit dengan mata yang berair. Yang lain mula membuka langkah tapi diberi amaran terlebih dahulu. “Aku tarik sampai botak kalau siapa datang dekat.”

Kenal dengan perangai sebenar Lutfan, Zarif menyuruh orang bawahannya mengikut arahan yang diberi. Seperti kena sumpahan, mereka berdiri seperti patung. 

Tidak mahu anggota lain susah hati, baju yang dipakai diselak sehingga paras dada. “I’m not wounded. See.” 

“Okay. Aku caya hang.” Zarif menarik turun baju. Tadi sibuk sangat tak percaya. Zarif menyorokkan Lutfan di belakangnya apabila jururawat yang tadi takut tiba-tiba tersenyum lebar. “Tapi doktor dok tengah rawat dia. Tak boleh la hang nak serbu masuk.” 

“Aku tak kira. Aku nak cakap dengan dia.” Lagi mudah dengan adanya doktor di situ. Dia boleh bertanya terus tentang keadaan si mangsa. Kalau lewat mesti susah nak jumpa doktor, dia terus beredar dengan langkah yang panjang tapi terhenti.

Adam. Macam mana dia boleh ada dekat sini? Matanya sudah merah dan basah, mesti dia sudah pergi menjenguk abangnya, Daus. 

“Adam buat apa dekat sini?” tanya Zarif. “Bilik Daus dekat hujung sana.”

Adam tidak menjawab. Kedua-dua tangan di genggam menjadi penumbuk. Nak salahkan orang lain la tu bila abang dia sendiri tak ikut arahan. Tapi keadaan akan jadi lebih teruk kalau Adam membuat keputusan untuk menghalang Lutfan berjumpa dengan Daus.

Misi 7 BulanTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon