Bab 15

358 40 11
                                    

Lutfan dengan rela meninggalkan mereka berdua beranak di bawah apabila disuruh oleh Pak Ahmad. Seperti orang mengantuk di sorongkan bantal, Lutfan terus mengangkat kaki naik ke rumah. Hanya disebabkan oleh arahan dari orang tua bukan kerana dia masih marah dengan Ara yang langsung tidak memahami dirinya. 

Lif kosong tapi Lutfan sukar untuk bernafas seperti terhimpit dalam tempat yang sempit. Penuh di fikiran pekara yang perlu dia fikirkan termasuk apa yang dikatakkan oleh Ara tadi. Dia sanggup jalankan tugas sebagai seorang isteri kalau terpaksa.

Apa teruk sangat ke diri Lutfan sampai Ara menganggapnya sedemikian rupa. Tak pernah terdetik di hati Lutfan untuk memaksa Ara melayannya tanpa persetujuan. 

Dia mengaku dadanya akan mula berdebar dan tidak sabar untuk melihat Ara di depan matanya. Adakah sayang atau lebih kepada naluri seorang lelaki. Tapi apa yang pasti dia lebih gembira setiap kali Ara berada di sisinya.

Mungkin mengambil jarak daripada satu sama lain dapat membantu Lutfan berfikir. Tapi…

Ara sekarang sedang bersendirian dengan Pak Ahmad. Lelaki yang banyak menyakitkan isterinya. Ara juga pasti tidak mahu dia pergi kerana tangannya di genggam kuat oleh Ara. 

Ya Allah, kenapa sekarang baru dia teringat. Kau memang bodoh Lutfan, dia mengutuk diri sendiri. 

Pintu lif terbuka tetapi Lutfan tidak keluar. Dia menekan butang G untuk turun semula ke tempat letak kereta. Jarinya tidak berhenti menekan butang yang sama sehingga lampunya terpadam.

Tanpa menunggu pintu terbuka luas, Lutfan terus keluar mencari kelibat mereka berdua. Kelihatan Ara dan Pak Ahmad masih di tempat yang sama. Lutfan mendekati dengan berhati-hati.

Dia menjadikan tembok sebagai tempat bersembunyi walaupun tidak jauh. Setakat ini, keadaan masih di dalam kawalan walaupun suara Pak Ahmad semakin meninggi.

“Jahanam. Apa yang susah sangat kau nak ikut cakap aku ni?” herdik Pak Ahmad tetapi wajah Ara masih sama.

“Macam Along cakap tadi Abah. Along memang tak ada duit banyak macam tu.” Pak Ahmad bergerak membuatkan Ara tersentak dan terus mengelak.

“Kau tahu takut tapi kenapa kau degil sangat? Bagi je la duit yang aku nak.” Pak Ahmad mendekati Ara. “Atau kau pergi mintak dekat laki kau tu. Dia kan anak orang kaya.”

“Tak perlu libatkan Lutfan dalam hal ni.” Ara menatap wajah Pak Ahmad. “Hakim berhutang untuk Lysha, jadinya Lysha kena tolong Hakim bayar. Kenapa Along pulak yang kena?”

“Tanggungjawab kau tolong adik beradik,” teriak Pak Ahmad.

“Tapi Arash dengan Lysha tak pernah sekali pun tolong Along,” balas Ara sebelum pipinya ditampar. Dalam sekelip mata dia sudah berada di atas lantai.

“Berani kau jawab aku. Kau memang dah lama tak kena pijak dengan aku.” Pak Ahmad mengangkat kakinya sementara Ara hanya melindung wajahnya dengan tangan. “Kau ingat laki kau nak selamatkan kau ke?”

 Why not? Langkah Lutfan terus laju ke arah mereka sebelum menarik lengan Pak Ahmad sehingga mereka bersemuka. Riak ayah mertuanya terkejut melihatnya.

“Kau jangan masuk campur.” Pak Ahmad cuba melawan tetapi ternyata Lutfan lebih kuat. “Kau lepaskan tangan aku.”

“Lepaskan dia, Lut,” pinta Ara tetapi masih bersembunyi di sebalik badannya. “Ak..aku okay je.”

No. Kau isteri aku.” Lutfan beralih pada Pak Ahmad. “Kalau ada pekara nak bincang boleh bincang depan saya.”

“Kau sebelahkan perempuan murah ni?” Pak Ahmad ketawa membuatkan dada Lutfan ketat menahan marah. “Kau jangan menyesal bila dia ikut perangai mak kandung dia nanti. Jadi perempuan jalang.”

Misi 7 BulanWhere stories live. Discover now