36 - NADINE SOFEA

Start from the beginning
                                    

Harlem senyum sinis. "Trust me. We will never disappoint you. Dan dari pihak aku juga, aku harap kau pandai jaga diri. Faham kan maksud aku? Jangan ada LAGI gosip liar tentang model bernama Armani Fairy."

Harlem bukan tak tahu. Hampir setiap bulan ada saja berita yang tak sedap didengar tentang Armani.

"Oh, come on, Harlem. You know me very well." Armani turut senyum. Air mukanya langsung tak tergugat dengan sindiran halus Harlem.

"Okaylah. Aku rasa semuanya dah settle kan? Aku gerak dulu." Armani mula berdiri lalu diikuti Harlem dan Darrell setelah kontrak di tanda tangan kedua belah pihak.

Pertemuan mereka sangat pantas. Make it simple kata orang. Alah, tak payah buang masa lah. Bukan sehari dua Harlem dan Armani mengenali antara satu sama lain.

"Terima kasih. Semoga kita dapat bekerjasama dengan baik." Harlem menghulur tangan.

Armani sambut dengan kening terangkat dan senyuman di bibir. Lantas, tangan Harlem tiba-tiba di tarik mendekatkan wajah mereka. Jelas ada riak terkejut dalam reaksi Harlem.

"Selamat pengantin baru. Jaga Nadine elok-elok. Jangan sia-siakan dia lagi. Kalau tak, aku bunuh kau." ugut Armani bermuka serius. Selepas itu, tawa meletus di bibirnya lalu dilepaskan tangan Harlem.

Lelaki itu menelan air liur kesat. Memang betul apa yang Darrell kata, Armani perempuan gila! Psycho!

Giliran Armani menghulurkan tangan pada Darrell yang membisu sejak tadi. Gadis itu senyum menunggu tangannya di sambut.

"Sugar, we're late. Let's go." seorang lelaki tinggi lampai memunculkan diri di pintu.

"Alright." tangan yang tidak disambut itu dijatuhkan semula.

"Aku gerak dulu. See ya." pamit Armani lalu melangkah pergi.

Selesai berurusan, Harlem dan Darrell mula meninggalkan bangunan Metro Elite Models. Kereta yang dipandu Gary diberhentikan di hadapan lobi bangunan tersebut. Serentak dua jejaka kacak itu masuk ke dalam perut kereta.

"So, lunch?" tanya Darrell melihat Harlem dari cermin kereta.

"Kau dengan Gary pergi je. Hantar aku balik office dulu." pinta Harlem. Telefon bimbit mula melekat di tangan lagi.

Nama Nadine didail entah berapa kali. Dan seperti tadi, bunyi keluhan kedengaran di bibirnya.

"Tengku, tadi Tengku Kai call. Katanya petang ni ada meeting." Gary bersuara.

"Aku tak dapat ikut meeting itu. Aku dah inform Kai tadi." balas Harlem. Mata masih leka pada iphone di tangan.

'Nadine, where are you?'

"Ada hal apa kau petang ni?" Darrell menyoal lagi.

"Aku kerja half day hari ni."

"Minggu lepas dah cuti. Hari ni nak cuti lagi?" naik hairan Darrell dibuatnya.

"Dari tadi aku call Nadine tak dapat-dapat. Kau rasa aku boleh tenang ke kerja dalam keadaan macam ni?" Harlem mengusutkan rambut.

Nadine buat dia hampir jadi gila hari ni!











* * * * *

Sesaat dua, Nadine asyik mengiring ke kiri dan kanan mencari kedudukan yang selesa. Kedua belah kaki dipeluk erat agar dapat mengurangkan rasa sakit senggugut yang menyerang perutnya.

Seksanya hari pertama bendera merah ni!

Nadine cuba memejamkan mata memaksa diri untuk tidur supaya dia tidak perlu merasakan kesakitan ini. Tapi 1 jam sudah berlalu, mata Nadine masih terasa segar.

NADINE SOFEAWhere stories live. Discover now