ADRIAN'S POV 2

674 22 0
                                    

"Nah." Aku menghulurkan plastik berisi nasi lemak di tanganku. Aku kekalkan reaksi bekuku. Walhal dalam hati, aku ingin tersenyum melihat wajah Amelia yang sudah mengerutkan dahi dengan hairan.

"Apa ni?" Amelia menyoalku.

Terangkat kedua belah keningku.

"Kau buta ke? Ni makanan kan?"

"Aku tahulah ni makanan, tapi..."

Belum sempat Amelia menghabiskan kata, aku menyambar tangannya. Dipusingkan telapak tangannya ke atas lalu aku letakkan plastik berisi nasi lemak kegemarannya ke atas telapak tangan comel itu.

Beberapa hari ini aku selalu nampak dia makan nasi lemak di ruang rehat. Dan aku tahu, mesti nasi lemak makanan kegemarannya. Dan entah hantu mana yang merasuk diri aku, tangan aku gatal belikan sebungkus nasi lemak untuknya.

Entah. Rasa nak beli. Senyumlah, Amelia. Ish!

"Makan. Kalau tak makan, siap kau," ujarku tenang.

"Kau datang tak majlis aku nanti?" Selamba aku mengacukan soalan kepada Amelia di hadapanku.

Kening gadis itu terangkat sebelum menoleh ke arah sahabatnya, Adara yang setia berdiri di sisi. Aku menolak dinding pipiku dengan lidah dari dalam apabila melihat Adara memberi isyarat mata kepada Amelia agar menerima pelawaanku.

"Em... tapi..." Amelia menggaru kepala sendiri.

Senyuman senget aku lukis. Aku tahu mungkin dia ingin berikan alasan bahawa dia tiada pakaian yang sesuai untuk majlis di rumahku nanti.

Oh. Kenapa aku secara tiba-tiba menganjurkan majlis di rumah aku?

Satu saja sebabnya.

Aku ingin lihat Amelia dalam persalinan yang anggun. Kau ingat aku suka ke jemput ramai orang ke rumah sendiri? Aku benci sebenarnya kerana aku kurang gemar akan keramaian.

Aku hulurkan beg kertas di tanganku. Gaun merah jambu yang aku beli semalam di Kuala Lumpur. Kau tahu tak dua jam aku beratur di butik mahal semata-mata untuk dapatkan gaun edisi terhad untuk kau, Amelia? Aku nak kau merasa untuk jadi cantik. Aku tak nak kau sentiasa berasa rendah diri kerana dibuli penangan rupa kau yang hodoh.

Bukan. Kau tak hodoh. Kau cantik. Cantik di mata aku.

"Pakai baju ni masa majlis nanti." Aku berkata lagi.

"Berbaik balik?" Aku menghulurkan tangan kepada Kyle. Ya, aku tekad untuk berbaik semula dengan sahabat aku. Rasa seperti orang bodoh jika kehilangan sahabat sendiri hanya kerana seorang perempuan.

Namun, Kyle menatap lama tangan aku tanpa menyambutnya.

"Okey, tapi aku cuma nak gunakan Amelia je."

Kata-kata Kyle itu membuatkan senyuman di wajahku mengendur perlahan. Berderau darahku dengan api yang mula marak di dalam diri mendengar jawapan Kyle.

Apa... apa dia cakap tadi?

"Aku saja nak gunakan dia. Aku akan sakitkan dia." Kyle memandangku dengan wajah mencabar aku. Dia tersenyum sinis ke arahku.

Penumbuk, aku kepalkan. Mataku terjegil merenung geram terhadap kawanku.

"Lagipun, Amelia tu macam gadis yang senang kena tipu. Well, aku boleh je buat apa aku nak kat dia. Kan?"

Kyle menyimbah minyak ke dalam api dalam diriku. Laju aku mencekak erat kolar bajunya lalu merapatkan wajah kami. Mencerlung tajam mataku.

Tak. Ada. Siapa. Boleh. Sentuh. Amelia!

"Ad!" Jeritan Putra yang cuba menghalang kami, aku persetankan.

"Kau cakap apa?" Aku menyoal sinis kepada Kyle. Membulat mataku penuh amarah menentang renungannya yang sinis di pandanganku.

Kyle tersenyum sinis di hadapanku. "Apa? Betul kan aku cakap? Amelia aku punya. Aku boleh buat apa-apa je kat dia."

Dia bukan kau punya! Dia cuma hak aku! Hak aku!

Buk! Terus penumbuk aku padu menyapa wajah Kyle.

Aku merentap kembali kolar baju Kyle, membangunkan tubuhnya dari duduk.

Namun, dia masih mengukir senyuman senget kepadaku.

"Amelia tu cuma nak lelaki kaya je. Kau tak payah buang masa nak kejar perempuan macam tu lah Ad."

Aku mengetap bibir marah. Tidak! Amelia tak macam tu! Aku tahu gadis yang aku cintai bukan macam tu! Kalau tak, masakan mungkin dia bisa menarik hatiku dan mengunci di dalam hatinya.

Kerana aku cintakan sikapnya. Bukan luaran!

Berani kau berkata perkara buruk tentang perempuan aku, Kyle?!

Buk! Sekali lagi, aku singgahkan penumbukku pada wajah Kyle.

𝐇𝐞𝐫 𝐎𝐰𝐧 𝐁𝐞𝐚𝐮𝐭𝐲 | TERBITWhere stories live. Discover now