A D R I A N | 5

3K 228 16
                                    

BUNGKUSAN plastik berisi nasi lemak itu ditenung lama oleh Amelia. Ya, nasi lemak pemberian Adrian. Saka apa yang merasuk mamat tu sampai bagi dia nasi lemak, makanan kegemaran Amelia?

Adara yang menyuap mee goreng basah ke dalam mulut mengerutkan dahi memandang sahabatnya itu. Tidak disentuh pun nasi lemak itu. "Kau dah kenapa? Tenung nasi tu macam nak tersembul biji mata."

Amelia yang seakan-akan tersedar terus memandang Adara. Dia memeluk tubuh sebelum bersandar pada kerusi. "Weh, Adara. Kau rasa apa motif dia eh?"

"Dia? Siapa?" soal Adara kebingungan.

Amelia menatap tajam wajah Adara itu. Sudah tahu, bertanya pula!

"Ish, sape lagi kalah bukan si Ad tu! Mimpi apa dia ni bagi aku nasi lemak? Tiba-tiba baik semacam dengan aku. Ni mesti ada apa-apa ni. Dia letak jampi ke apa dalam makanan ni?" Amelia membelek-belek plastik itu.

Terasa ingin sahaja tarik telinga si sahabat! Allahuakbar, sabar jelah Adara.

"Kau dah gila? Seburuk-buruk layanan Adrian kat kau, aku tak rasa dia tak segila lagi nak letak jampi mambang tanah kat dalam nasi kau tu. Makan jelah weh. Rezeki kau," kata Adara sambil mengunyah mee di dalam mulut. Limau ais dihirupnya.

Amelia mengeluh. Akhirnya dia mengeluarkan juga bungkusan nasi lemak pemberian Adrian dari dalam plastik itu. Bungkusan itu dibuka sebelum sudu diambil. Bismillah dibaca sebelum sesuap nasi mendarat ke dalam mulut. Menikmati kesedapan makanan Malaysia itu.

Tanpa disedari mereka, tiga pasang mata memerhati mereka dari jauh di ruang rehat itu. Adrian tersenyum kecil. Kyle dan Putra menjongket kening sebelum berlaga bahu melihat reaksi Adrian.

"Baik lagi rupanya kau nak bagi makanan kegemaran dia. Ingatkan setan dah merasuk jiwa kau sampai nak buli dia lebih lagi," sindir Putra.

Kyle tersenyum-senyum. "First time tengok kau senyum, Ad. Ada apa-apa ke?"

Adrian yang menyedari terus mematikan senyuman. Laju saja wajah bekunya dipamerkan semula. Dia berdehem sebelum menoleh menghadap dua sahabatnya itu.

"Sibuklah korang ni. Dah, blah!" Adrian menepis kedua-dua bahu sahabatnya sebelum berlalu dari situ.

Kyle dan Putra berpandangan sebelum ketawa meletus daripada mereka.

"Okey, harini make sure plan kita nak beli kau punya kanta lekap tu jadi okey?" Adara memulakan topik

Oops! Bu görüntü içerik kurallarımıza uymuyor. Yayımlamaya devam etmek için görüntüyü kaldırmayı ya da başka bir görüntü yüklemeyi deneyin.

"Okey, harini make sure plan kita nak beli kau punya kanta lekap tu jadi okey?" Adara memulakan topik.

Amelia dan Adara kini berjalan menuju ke kelas mereka. Selepas ini kelas sains tulen, diajari oleh Profesor Faiz. Profesor mereka itu garang mengalahkan bapak singa! Sebaiknya mereka habis makan dengan cepat ataupun telinga mereka berdarah mendengar ceramah tak berbayar daripada Profesor Faiz.

Amelia mengangguk. "Jadi je. Oh, kalau boleh aku nak kanta lekap tu warna hazel. Hehehe."

"Yelah, apa-apalah. Kau yang nak pakai, bukan aku," Adara menjongket bahu.

𝐇𝐞𝐫 𝐎𝐰𝐧 𝐁𝐞𝐚𝐮𝐭𝐲 | TERBITHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin