A D R I A N | 6

2.8K 226 16
                                    

PAGI itu, universiti itu kecoh dengan satu berita yang menggembirakan pelajar. Adrian Navriel mengatakan dia bakal mengadakan satu majlis secara besar-besaran di rumah banglonya melalui akaun Twitternya. Masing-masing menjerit keriangan terutamanya pelajar perempuan.

Amelia saja yang tidak mengambil peduli tentang itu. Yelah, dia tiada persalinan hendak dipakai. Dia bukanlah seperti orang lain yang mempunyai berpuluh ribu ringgit untuk membeli pakaian yang mahal untuk majlis tersebut.

"Lia, betul ke kau tak nak pergi?" kata Adara. Dia dan Amelia kini berjalan beriringan menuju ke ruang rehat.

Amelia menggeleng kepala. "Kau nak aku mampos lagi ke pergi majlis tu? Bukannya dia jemput aku pun."

"Hey, ni kan dia jemput satu universiti ni. Maksudnya, kau pun dijemput jugak lah. Fasal baju, kau jangan risau. Kau boleh pinjam aku punya," Adara sudah mengangkat kening sambil tersengih.

Amelia melepaskan tawa. "Baju kau? Tak apalah weh. Lagipun, aku tak nak pergi lah majlis besar-besaran macam tu. Tak layak untuk orang bawah taraf macam aku ni."

Adara menghentikan langkah apabila mendengar kata-kata itu. Melihatkan tindakan Adara, Amelia turut terhenti. Adara memandang Amelia tanpa berkelip mata.

"Aku tak suka kau cakap macam tu. Tak kiralah majlis tu dianjurkan oleh orang berada mana pun, kau tak boleh cakap kau tak layak sebab kehidupan kau sederhana. Semua orang boleh pergi ke mana diorang nak tanpa mengira taraf diorang tinggi atau rendah," kata Adara dengan serius.

Amelia terdiam. Ada betulnya kata-kata Adara itu. Dia mengeluh perlahan.

"Tapi..."

"Hai."

Suara itu mematikan kata-kata Amelia. Amelia menoleh ke belakang. Adrian sedang berdiri di belakangnya sambil menjinjit sebuah beg kertas. Entah apa isinya Amelia sendiri tidak tahu.

Kali ini, Adrian datang berseorangan. Kyle dan Putra entah lesap ke mana. Selalunya ke mana-mana saja pasti bertiga.

"Kau datang tak majlis aku nanti?" tanya Adrian dengan selamba.

Amelia mengangkat kening sebelum memandang Adara. Adara memberi isyarat mata menyuruh sahabatnya itu mengangguk, tanda mereka akan hadir ke majlis itu.

"Em... tapi..." Amelia menggaru kepala.

Adrian tersenyum senget. Seolah-olah mengetahui apa yang mengganggu fikiran gadis itu. Beg kertas di tangannya dihulurkan kepada Amelia.

Amelia memandang tidak berkelip ke arah huluran Adrian.

"Pakai baju ni masa majlis nanti," ujar Adrian, menjawab persoalan yang melintas di benak fikiran Amelia.

Amelia membeliakkan mata. "Hah? Kenapa pulak?"

"Ikut jelah cakap aku. Aku nak kau pakai baju ni nanti. Ambik," suara Adrian lebih kepada suruhan.

Teragak-agak tangan Amelia menyambut beg kertas itu. Dia membuka beg kertas itu. Sepasang gaun berwarna merah jambu terletak kemas di dalamnya.

"Kau pakai jugak kanta lekap aku bagi," kata Adrian sambil tersenyum senget.

Amelia kembali memandang lelaki itu. Benar, dia sedang memakai kanta lekap berwarna hazel pemberian Adrian. Seperti tahu-tahu saja mamat beku ni.

"Aku nak kena gerak dah. Jumpa kau masa majlis nanti. Aku nak kau datang. Jangan tak datang," kata Adrian sebelum berlalu dari situ, meninggalkan Amelia dan Adara yang terpinga-pinga.

 Jangan tak datang," kata Adrian sebelum berlalu dari situ, meninggalkan Amelia dan Adara yang terpinga-pinga

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.
𝐇𝐞𝐫 𝐎𝐰𝐧 𝐁𝐞𝐚𝐮𝐭𝐲 | TERBITDonde viven las historias. Descúbrelo ahora