A D R I A N | 3

2.9K 243 14
                                    

SAAT kakinya melangkah masuk ke dalam universiti, mata-mata pelajar memerhatikannya. Amelia berkerut seribu cuba memahami situasi. Namun, dia cuba untuk tidak mengendahkannya.

Langkah diaturkan menuju ke loker. Pintu loker dibuka sebelum mencapai buku nota dan barang-barangnya di dalam loker itu. Serta-merta tubuh Amelia ditolak kuat hingga dia jatuh ke atas lantai. Amelia mengerut kening menahan perit di bahunya. Pinggangnya yang masih terasa sengal sejak semalam disentuh lembut. Terasa sakit.

Clara dan rakan-rakannya berdiri di hadapan Amelia dengan bongkak dan angkuh. Mereka bertiga tersenyum sinis.

"Kau ingat Amelia. Sekali kau cari fasal dengan Adrian, kau cari fasal dengan satu uni ni," ujar Clara dengan sombong.

Amelia mendengus geram. Dia sudah agak semalam punya kes hanyalah permulaan. "Jadi kenapa? Kau ingat aku takut ke?"

Clara melopong mata.

"Guys!"

Sejurus dengan laungan daripada Clara itu, tiba-tiba kertas-kertas yang dironyok dibaling tepat pada Amelia. Tidak ketinggalan juga ada beberapa biji telur mentah yang pecah di atas kepalanya. Tubuh Amelia kini kotor dengan sisa-sisa telur mentah itu. Melekit satu badan!

Amelia memejam mata sambil mengetap bibir. Air mata ditahan. Dia tidak mahu menangis di hadapan mereka. Dia tidak mahu menunjukkan dirinya lemah. Dia harus kuat!

Clara mendekati Amelia sambil memeluk tubuh. Senyuman sinis diukir pada wajah. "Rupa hodoh kau ni tak layak ada dekat uni ni. Uni ni untuk orang berpengaruh je. Aku kadang-kadang pelik jugak macam mana kau diterima masuk ke uni ni."

Clara membongkok tubuh lalu menyuakan wajah ke wajah Amelia. Jari telunjuknya diangkat menolak dahi Amelia ke belakang. "Kalau rupa hodoh, sekurang-kurangnya otak kena bijak. Ini tak. Dah lah buruk, otak pun takde. Sengal."

Amelia mula hilang sabar. Kesabaran yang ditahan tadi umpama gunung berapi yang hendak meletus. Amelia bangkit dari duduknya. Tamparan hebat darinya mengenai pipi kanan Clara.

PANG!

Clara tertoleh ke kiri. Pelajar di sekeliling mereka terkejut dengan tindakan berani Amelia itu. Mata Amelia memandang tajam ke arah Clara. Dadanya berombak menahan marah.

"Cukup?" sinis suara Amelia.

Clara memegang pipi kanannya. Matanya membuntang ke arah Amelia. Berani sungguh minah hodoh ni!

"Kau dengar sini Clara. Aku tahu aku ni tak sempurna. Tak secantik macam kau. Sekurang-kurangnya aku tak pernah lagi ada sifat keji macam kau ni. Seburuk-buruk aku pun, aku tak pernah merendahkan orang yang taraf dia bawah dari aku, Clara." ujar Amelia dengan berani.

Amelia memuntahkan pandangannya ke arah pelajar yang berada di sekeliling mereka. Kemudian, pandangannya bertaut dengan Kyle yang turut berdiri di situ memerhatikannya.

"Korang semua kat sini kan? Ni aku nak cakap. Perempuan ni adalah salah satu contoh yang korang semua tak patut ikut sifat kejam dia ni! Korang hina aku hanya sebab rupa paras aku. Perempuan ni korang sanjung sebab dia cantik. Pernah korang terfikir ke sikap dia macam mana? Hah?!"

"Hanya sebab aku buruk dan tak setaraf korang, itu bukan alasan untuk korang ada hak untuk hina dan caci aku sesuka hati korang! Lagi satu, korang selidik dulu tak tentang hubungan aku dengan Kyle? Hm?"

Pelajar-pelajar yang lain menunduk. Ada benar juga kata-kata Amelia. Mereka terus mempercayai khabar angin hubungan Amelia dan Kyle tanpa usul periksa. Hanya sebab Amelia senang dibuli, mereka menggunakan khabar angin itu untuk terus mengenakan Amelia. Namun, telahan mereka salah. Amelia jauh lebih berani dari apa yang mereka fikirkan.

𝐇𝐞𝐫 𝐎𝐰𝐧 𝐁𝐞𝐚𝐮𝐭𝐲 | TERBITWhere stories live. Discover now