A D R I A N | 2

3.4K 248 18
                                    

KYLE mengusap pipi Amelia yang kemerahan penangan daripada tamparan tadi. Jauh dalam lubuk hatinya, dia rasa bersalah menyebabkan gadis itu dipukul teruk kerana difitnah ada hubungan dengan dirinya.

Amelia hanya menatap dalam iris mata hitam Kyle itu. Kyle mengeluh berat.

"Saya minta maaf. Saya tak tahu benda ni akan jadi," Kyle mula bersuara.

Amelia hanya tersenyum kecil. "Alah, takpelah. Bukan salah awak jugak. Awak pun difitnah kan? So, kita seri."

Kyle melepaskan gelak kecil. Ditatap wajah Amelia yang mempunyai jerawat di sekeliling mukanya. Kaca mata tebal menghiasi wajah itu. Kyle tersenyum.

"Comel."

Amelia mengangkat kening.

Kyle yang menyedari terus berdehem. "Nak tanya sesuatu boleh, Amelia Clarissa? Betul kan tu nama awak?"

Amelia tergelak. "Siapa je tak kenal Amelia Clarissa yang terkenal sebab rupanya yang hodoh dan tak setaraf pelajar yang lain."

Kyle memandang lama wajah Amelia.

"Macam mana awak hadapi semua benda ni? Awak tak sakit hati ke dengan semua orang yang hina awak?" tanya Kyle.

Amelia mempamerkan senyuman nipis.

"Mereka yang menghina dan merendahkan diri saya tak kenal saya dengan baik, Kyle. Manusia jenis macam ni kenal saya berdasarkan luaran. Bukan dengan dalaman saya."

Amelia menarik nafas.

"Sejujurnya, tipulah kalau saya cakap saya tak sakit hati. Mungkin di mata orang, saya berani melawan mereka dan seperti saya tak ambil kisah dengan segala hinaan mereka ke atas saya. Tapi mereka lupa yang saya juga manusia. Ada hati dan perasaan. Hati mana yang tak sakit bila orang hina awak? Perasaan mana yang tak terguris tatkala dipijak oleh orang sekeliling hanya kerana rupa paras awak?"

Kyle hanya mendiamkan diri, memberi perhatian sepenuhnya kepada penerangan Amelia.

"Zaman sekarang manusia memang pilih rupa ke Kyle? Salah saya ke saya dilahirkan hodoh macam ni? Diorang ingat saya mintak ke lahir macam ni?" sejurus dengan kata-kata itu, air mata menitis dari tubir mata Amelia. Rasa sakit dan pedih yang dipendam selama ini akhirnya terluah jua.

Kyle menatap kasihan wajah Amelia. Dia menarik nafas dalam. "Tapi Amelia, awak cantik."

Amelia mengangkat muka. Terkejut dengan kata-kata Kyle itu.

"Kenapa saya cakap awak cantik? Sebab hati awak baik, awak seorang yang tabah dan kuat. Itulah diri awak, Amelia Clarissa. Mungkin orang pandang luaran awak buruk, tapi diorang belum kenal hati awak yang lebih cantik dari segalanya."

"Kalau luaran awak buruk, tapi hati awak suci, segalanya akan nampak cantik. Disukai ramai. Tapi kalau luaran awak cantik, tapi hati awak busuk dan dengki dengan orang lain, semuanya akan nampak buruk. Rupa awak yang cantik pun orang akan menyampah tengok. Orang tak suka. Sebab apa? Hati dan sifat awak lebih penting."

Amelia memandang Kyle tidak berkelip. Hatinya yang pedih tadi terubat sikit dengan pujukan Kyle.

Kyle melemparkan senyuman manis. Amelia membalas senyuman itu.

 Amelia membalas senyuman itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐇𝐞𝐫 𝐎𝐰𝐧 𝐁𝐞𝐚𝐮𝐭𝐲 | TERBITWhere stories live. Discover now