P R O L O G

5.5K 295 4
                                    

Tiga orang jejaka itu melangkah memasuki perkarangan universiti. Kedengaran jeritan demi jeritan beberapa orang pelajar perempuan saat mereka bertiga lalu di hadapan mereka. Ada yang menjerit sambil terlompat-lompat. Ada yang menghulurkan tangan masing-masing untuk berjabat tapi sayangnya tidak disambut jejaka-jejaka itu. Malah ada juga yang sudah pengsan sejurus bertembung dengan panahan mata daripada salah seorang jejaka itu. Fanatik sungguh!

Dua orang jejaka yang berjalan mengikuti seorang jejaka itu mengenyitkan mata kepada mata-mata yang bersorak kepada mereka. Hanya mereka berdua yang cukup periang dan sporting dalam melayan peminat mereka. Hanya seorang sahaja yang tidak mengambil peduli tentang itu. Pandangan tetap dihala ke hadapan, tidak menoleh langsung kiri dan kanan. Diam sahaja.

"KYLE!!"

"OMG OMG OMG! Putra my husbaby!!!"

Kyle dan Putra melemparkan senyuman manis dan melambai kepada gadis-gadis itu.

"ADRIAN!!"

"OMG MY ADRIAN!!"

"ADRIAN LOOK AT ME!!"

Namun, jejaka itu tidak mengendahkan jeritan-jeritan itu. Sudah terbiasa baginya saat jejakkan kaki ke universiti ini pasti gadis-gadis menjerit keriangan melihatkan dirinya sebagai dambaan hati mereka.

Pintu utama universiti dikuak perlahan. Adrian, Kyle dan Putra melangkah masuk. Tiba-tiba seorang gadis kecil berdiri berhadapan Adrian dengan sebuah kotak berwarna biru berbentuk hati di tangan.

Adrian memberhentikan langkah. Dia memandang kosong pada gadis di hadapannya itu. Menunggu apa yang gadis itu ingin memberitahunya.

Gadis itu mengetap bibir sebelum mengangkat muka. Dia menghulurkan kotak biru itu kepada Adrian. Dirinya sudah bertekad ingin meluahkan perasaan kepada Adrian di hadapan semua orang. Baru Adrian menyedari keikhlasannya inginkan lelaki itu.

Suasana yang kecoh dan bising tadi serta-merta bertukar sunyi. Masing-masing menumpukan perhatian kepada Adrian dan gadis itu, menantikan apa yang bakal berlaku.

Adrian memandang kosong kotak itu sebelum memandang semula gadis di hadapannya.

"Apa ni?" dingin suara Adrian.

"Un.. untuk aw.. awak Adrian. Sa.. saya se.. sebenarnya dah lama su..kakan awak," jawab gadis itu dengan takut.

Kedengaran bisikan-bisikan dari mata mereka yang memerhati. Ada yang tidak puas hati. Ada yang mula menunjukkan riak cemburu. Ada yang mula menjuihkan bibir tanda tidak suka. Ada juga yang sudah mengangkat penumbuk, geram akan gadis itu yang cuba merampas Adrian dari mereka.

Adrian tidak menjawab. Pandangannya dijatuhkan kepada kotak itu. Dia tersenyum sinis. Tiba-tiba, tangan Adrian laju menolak kotak itu sehingga menyebabkan kotak itu terlepas dari genggaman gadis itu. Kotak itu terjatuh di atas lantai sebelum isinya berterabur. Sisa-sisa biskut yang dibuat olehnya dengan hati yang tulus itu terkeluar dari kotak itu. Gadis itu memandang kosong kotak berbentuk hati di atas lantai itu. Hasil usahanya semata-mata ingin memikat seorang Adrian Navriel.

Adrian membuka langkah lalu bahu gadis itu dilanggar. Dia menghilang dari situ. Kedengaran bunyi gelak tawa memecah suasana yang sunyi sepi tadi. Masing-masing mengejek gadis tersebut. Kyle dan Putra yang masih berada di situ berpandangan.

Kyle mengeluh sebelum mendapatkan gadis itu. "Awak okey?"

Gadis itu mengangkat muka. Terdapat linangan air mata membasahi pipinya. Sakit. Hatinya benar-benar sakit. Putra yang melihat hanya mengeluh perlahan sebelum dia tolong mengutip sisa-sisa biskut di atas lantai dan kotak biru berbentuk hati itu.

𝐇𝐞𝐫 𝐎𝐰𝐧 𝐁𝐞𝐚𝐮𝐭𝐲 | TERBITWhere stories live. Discover now