1

534 37 15
                                    

Ketika itu dia baru menginjak 33 tahun. Tepat pada hari itu. Pada hari lahirnya, hatinya telah dicuri oleh seorang bidadari. Merangkap pembantu peribadi kakaknya. Bayangan wanita yang gerangannya dua tahun muda daripadanya terawang-awang dalam kotak minda. Sehinggakan ekor bibirnya senantiasa tertarik tinggi setiap kali wajah wanita itu terlintas dalam fikiran tanpa sebab.

Dia sedar, dia sedang menghidap penyakit angau tahap kritikal.

-

"Nak pergi mana?"

Suara dingin itu menghentikan langkahnya. Gutt menoleh ke kanan, di mana meja pembantu peribadi Ketua Pegawai Eksekutif terletak. Kening terangkat tinggi. Agak pelik bila masih ada yang tidak tahu antara hubungannya dengan Ketua Pegawai Eksekutif itu. Telunjuk menunjuk ke arah pintu. "Err... nak masuk...?"

"Ada apa-apa appointment tak?" riak wanita itu dingin.

"Tak ada."

"Kalau tak ada, buat appointment dulu. Lagi satu, macam mana awak boleh lepas masuk sampai sini?" Kening wanita itu bersatu. Bengang apabila staf yang berada dekat dengan pintu masuk membenarkan sahaja orang awam masuk ke pejabat itu. Lagi satu, bukan penghantar makanan tak boleh naik atas ke?

Pintu terkuak dari dalam. Kepala wanita awal 40-an terjojol keluar dari celahan pintu. "Ril, masuk."

Gutt tersengih dengan tangan memegang tengkuk dengan janggal. Kepala mengangguk kecil. "Saya masuk dulu."

Wanita itu terjatuh rahang. Jejaka yang baru sahaja berjalan selamba memasuki bilik pejabat itu ditatap kosong. Lantas kepalanya menghadap ke arah kubikel yang terletak berdekatan dengan mejanya dan spontan menyoal, "Siapa tu?"

"Siapa tu, kak? PA baru ke?" soal Gutt sambil merebahkan tubuhnya ke atas sofa panjang dengan selamba. "Garang."

"Ha'ah. Kena marah ke tadi?" Zahirah ketawa. Nasib baik dia terdengar suara adiknya dari dalam bilik. Kalau tak, memang tak dapatlah Aril masuk sampai ke sudah. "Lepas ni kalau dia tanya nak jumpa siapa, cakap je nak jumpa kakak. Fahamlah dia nanti."

Gutt tidak beriak. Mata ralit termenung pada lampu yang tergantung di siling pejabat kakaknya. Walaupun sesaat, namun entah mengapa, wanita itu sedikit meninggalkan kesan dalam hatinya. "Dah kahwin?"

Zahirah tercengang. Lagi-lagi bila soalan yang tak pernah dia jangka keluar dari mulut adiknya akhirnya kedengaran jua. Dia menyeringai. "Kenapa nak tahu? Minat eh~?"

"Tak... curiosity kills the cat. Sebab tu Aril tanya," balas Gutt serba serba. Mata mengerling ke arah kakaknya yang sedang membelek plastic makanan yang dia letakkan tadi di atas meja pejabat. "Makanlah... Aril beli bakso untuk kakak. Your favourite."

"Thank you~! Lob you, my litil brother." Zahirah tersengih. Sudu dan garfu plastic diambil. Getah yang mengikat plastik mengandungi sup dibuka. Lalu sup itu dituangkan ke dalam mangkuk kertas yang berisi dengan bahan-bahan kering. "Akak makan dulu."

"Makan, makan," pelawa Gutt perlahan. Mata kembali termenung ralit ke siling. She is beautiful.

"Nama dia Zuhaira."

"Siapa?" Kening berkerut kecil, memandang kakaknya.

"Tu," Zahira memuncung ke arah luar pejabatnya. "PA akak."

"Beautiful and radiant..." spontan perkataan itu terpacul dari bibirnya dengan perlahan. Perkataan yang juga membawa maksud bunga dalam Bahasa Arab. "It suits her well. Bila dia jadi PA kakak?"

"Baru seminggu. Itu yang dia tak kenal Aril."

"Patutlah... She's pretty."

Sekali lagi, pada tengah hari itu, Zahirah tercengang. Terkujat mendengar kenyataan yang agak mustahil untuk keluar dari mulut adiknya. Lebih-lebih lagi bila ia melibatkan pujian kepada wanita. Jaranglah dia dengar Aril puji mana-mana perempuan cantik. Perempuan cantik di mata adiknya cuma dia, umi dan arwah nenek. "Kau demam ke, Ril?"

"Haa?" Gutt pamer riak pelik sambil bibir atas terjungkit kecil. "Sihat je. Kenapa?"

"Tak pernah-pernah akak dengar kau puji perempuan."

"Ni bukannya kali pertama Ril puji."

"Untuk perempuan luar, ini kali pertama kau puji."

Gutt memandang kakaknya dengan riak tak percaya. Ini kali pertama dia puji seseorang perempuan luar dari ahli keluarganya cantik? Rasanya tak. Selalu je rasanya dia puji mana-mana perempuan cantik. Tapi dalam hatilah. Kalau nak cakap, memang tak keluar dari mulut rasanya. "Iye ke?"

"Iye. Jangan katakan puji, nak bertentang mata pun kau tak mampu. Akak nak tanya, berapa lama tadi kau pandang dia?'

Wajah Gutt merona. Bila difikirkan balik soalan kakaknya, ternyatalah dia telah merenung wanita itu lebih dari 7 saat. Pecah rekod! Dekat mata lagi tu. Aku tak sedar!

"Haa~" Zahirah semakin galak mengusik. Pipinya terangkat tinggi. Telunjuk menuding ke arah adiknya dengan riak mengusik dicorakkan ke wajah. "Kau tenung perempuan ajnabi lama-lama eh~? Habislah hafazan kau. Lupa terus."

"Mana ada. I can still remember it clearly," Gutt tarik muncung, dia cuba berdalih. "Mad kirim salam dekat kakak."

"Waalaikumussalam. Eh? Kau tak lepak dekat pejabat dia pula hari ni?"

"Dia meeting dekat luar. Ril kacaulah kakak pula." Gutt menyengih. "How old is she?"

"Two or three years younger than you, akak rasa."

"Kalau Ril nak berkenalan dengan dia, dia nak tak agaknya?" tutur Gutt tanpa berlapik. Malas hendak menyorokkan perkara sebenar yang dia sedang rasai sekarang.

"Kalau Aril serius, cakap. Nanti akak cuba tanya dia."

"Tanyalah. Kalau dia okay, Ril ambil first step dulu."

AdagioWhere stories live. Discover now