Emir El Tamir: Bab 34

Start from the beginning
                                    

Airis bersandar pada sofa memicit kepala yang terasa pening. Sememangnya hal pertunangan mereka, semuanya diselesaikan oleh ibu bapa masing-masing. Sejak kejadian itu, Emir terus menghilangkan diri tanpa khabar.

"Kau.." Suara Raihana menyentakkan Airis daripada lamunan.

"Kau apa Raiha? Macam teragak-agak nak tanya ini kenapa? Selalu kau sembur je aku tak kira masa," usik Airis.

"Kau tak rindu abang Emir?"

Senyumannya mati. Dia alihkan pandangan daripada memandang mata Raihana.

"Dah tak ada rasa dalam hati ini untuk dia."

Raihana mengeluh. "Aku kenal kau bukannya sebulan dua. Bertahun-tahun kut. Satu-satunya lelaki yang berjaya tawan hati kau daripada lelaki tak cukup satu itu, abang Emir seorang je. Cara kau pandang dia, layan dia semuanya dah cukup untuk buktikan andaian aku."

"Andaian apa?"

"The fact that you're so inlove with him, Airis. The pain in your eyes when you utter those words, I know it all. Abang Emir dan semua orang mungkin tak nampak, tapi aku nampak."

Ada benarnya andaian Raihana. Mustahil untuk kita berhenti mencintai seseorang dalam masa terdekat. Sudah pelbagai cara Airis lakukan untuk membenci Emir, tapi jauh dari sudut hati paling dalam dia mengharapkan semua itu tidak pernah terjadi.

"Kalau kau betul-betul dah lupakan abang Emir kenapa sampai sekarang kau tak kahwin aje dengan si bebal itu? Dia asyik menempel dengan kau, kau tak suka?" duga Raihana.

"Ish. Aku tak adalah sampai fikir nak kahwin dengan dia. Kami sekadar berkawan dan dia pun selalu ada dengan aku sejak kejadian itu."

"Ikut suka kaulah Airis. Aku ingatkan lagi sekali eh, dia pun pernah khianati kau dulu. Jangan rasa macam dia itu maksum sangat."

"Kenapa kau marah sangat ini?" Airis tergelak besar. Terhibur dengan muka cemberut Raihana.

"Tak adalah. Aku geram. Dia itu asyik mengutuk abang Emir macam dia terpaling betul. Nampak sangat jenis yang suka porak-perandakan hubungan orang. Abang Emir pun satu, dah lama aku tak nampak dia, kalau Syamil ajak pun dia akan bagi alasan dia sibuk, dia tak ada masa, bla bla bla," celoteh Raihana panjang.

Jadi, betullah tekaan Airis. Emir bukan sahaja menjauh daripadanya, tetapi dia cuba untuk jauhkan diri daripada orang-orang yang berkaitan dengan Airis.

"Kau memang tak nak dengar penjelasan dia ke Airis? Aku rindu kita semua yang dulu." Raihana bermain dengan jari-jemarinya.

Semuanya sudah berubah apabila Emir tidak lagi bergaul dengan mereka. Kata Syamil, lelaki itu lagi selesa duduk di rumah menyibukkan diri dengan kerja-kerja.

"Aku tak perlu dengar apa-apa," jawab Airis acuh tak acuh.

"Tengok. Bila aku cakap kau ini buta tuli, kau marah. Orang lain dengar nasihat kau taknak dengar langsung. Dalam kepala otak kau ini cuma ada ayat-ayat Arief. Tak habis-habis Arief!" Tiba-tiba nada suara Raihana meninggi.

"Asal kau tiba-tiba nak marah aku ini Raiha? Aku mangsa keadaan," bidas Airis.

"Mangsa keadaan? Kau berlagak macam hanya kau seorang mangsa dalam hal ini sedangkan orang lain pun terpalit sama. Ada kau fikir diorang yang selamatkan kau itu boleh terbunuh malam itu kalau diorang tak cekap?" sembur Raihana.

"Maksud kau?"

"Yang selamatkan kau, bawa kau pergi hospital itu siapa? Diorang semua. Ada kau nampak batang hidung budak bebal itu?"

"Diorang hantar aku sebab diorang rasa serba salah." Dengan tak berperasaan Airis menjawab.

"Astaghfirullahalazim. Ya Tuhan berikanlah aku kekuatan dan kesabaran nak hadap kawan baik macam ini. Eh Airis, aku ini dah lama sabar. Kali ini aku nak tanya kau." Raihana memegang erat bahu Airis untuk menghadapnya.

Tuan Emir El Tamir: Her Addictive Poison ©️Where stories live. Discover now