BAB 12

148 9 4
                                    


HAWA menarik gebar menutup tubuhnya yang hampir terlihat. Adam pula sudah menyarungkan semula bathrobe miliknya tadi. Walaupun agak kecewa apabila sudah bertahun dia menunggu untuk melakukan hubungan intim bersama Hawa, tetapi gadis itu masih takut dengannya.

Mungkin... perlukan masa lagi? Tapi sampai bila?

“Ab... abang marah sayang ke?”

Pipi Adam bertemu bahunya, matanya memandang Hawa yang masih peluk gebar dengan ketat. Jelas Hawa masih fobia. Tanpa banyak berkata, dia bangun dari duduknya lalu membuka sliding door untuk ke beranda bilik. Kerusi keluli beracuan bunga menjadi tempat dia berlabuh punggung. Angin malam meniup wajahnya tatkala itu.

Sekurangnya, menjauhi Hawa tatkala ini mampu meredakan keinginannya.

Hawa menggenggam gebar kuat. Rasa serba salah! Dia tahu Adam sudah menahannya sekian lama. Tapi, dia masih lagi takut.

Adam mengeluh berat. Matanya tertutup cuba menenangkan nafsu yang pada mulanya melonjak, kini terpaksa diredakan semula.

“90 peratus DNA bayi tersebut kena dengan DNA tuan.”

Teringat semula kata-kata doktor. Mengesahkan bahawa Arash adalah anaknya. Pada waktu itu, dia terasa sangat bahagia. Kini, umurnya adalah empat tahun. Dan dia tahu Hawa boleh melahirkan sehingga sepuluh kali kerana doktor ada tunjukkan cara-cara membasuh uri dan melihat bintik yang berada di uri. Sejak itu, dia tahu tanggungjawab menjadi seorang ayah.

“Isteri Encik Adam ada fobia berkenaan seksual? Atau pernah beranak?”

“Ini pertama kali dia beranak.”

“Oh erm... Saya Cuma nak bagitahu. Disebabkan pembukaannya yang tak lebar, bayi pun hampir lemas dalam kandungan waktu itu. Jadi, kami terpaksa melakukan pembedahan. Mungkin faktornya daripada fobia tersebut. Namanya adalah Vaginismus.

Macam Encik Adam ceritakan tadi, miss v Puan Hawa tidak boleh lentur dan  mengakibatkan dia sakit dalam berintim. Mungkin fobia untuk beranak ataupun fobia kerana dia menjadi mangsa seksual ataupun fobia melakukan perkara intim kerana fikiran diracuni dengan perkara menakutkan tentang keintiman. Itu, untuk yang belum berkahwin. Jika sudah berkahwin, mungkin antara dua faktor yang pertama saya sebutkan tadi.”

“Jadi, dia tak boleh melahirkan secara normal?”

“Boleh saja. Asalkan fobianya diredakan. Dia perlu melalui beberapa proses untuk sembuh. Bila difikirkan semula, Vaginismus berlaku pada dia sedang melahirkan. Kemungkinan bukan fobia dari kelahiran tersebut. Tetapi...”

Terhenti lamunannya akibat satu tangan memeluknya dari belakang. Hangat tubuh Hawa menempel ke tubuhnya. Tiba-tiba terasa bodoh pula dia ingin merajuk kerana isterinya sedang lemah.

Kau kahwin dengan Hawa, bukan sebab nafsu kau. Jadi, kenapa kau nak marah Hawa? Bukan salah dia. Tapi salah kau sendiri sebab kau cuai! Sempat dia menyumpah seranah dirinya.

“Sayang minta maaf.”

Adam mengeluh perlahan. Tangan yang mengelilingi bahunya itu disentuh lalu dilabuhkan ciuman di situ. Hawa lagi pedih penderitaannya nak dibandingkan dengannya yang tahu hanya mahu melakukan hubungan intim. Kena sabar lama lagi.

“Abang akan rawat sayang sampai sayang sihat semula. Abang janji.”

Hawa tersenyum. Ditunduk tubuhnya agar menyamai kepala Adam.

“Terima kasih, abang. Sebab selalu ada dengan sayang. Maaf kalau sayang jadi isteri yang nusyuz. Tak memberi hak batin kepada abang.”

“Shh... Bukan sayang tak nak bagi kan? Takkan abang nak rogol isteri sendiri semata-mata untuk kepuasan abang? Abang tak sekejam tu, okey?”

HAWA AL-FATEH [OG]Where stories live. Discover now