Bab 4

171 15 1
                                    


"NAH beli barang apa yang patut. Esok pagi, abang hantar sayang pergi Uni. Abang tak boleh teman sayang sekarang. Abang ada meeting sekejap lagi. Sorry ya sayang."

Belakang kepala gadis itu ditarik lalu laju saja bibirnya menyinggah ke dahi gadis itu. Terus tubuhnya membolosi pintu lutsinar yang mampu melihat dari luar ke dalam dan dari dalam keluar.

Kad kredit yang berada di tangannya itu dimasukkan ke dalam kocek jubahnya tanpa rasa minat. Memang tadi dia excited untuk membeli barang kerana dia fikir Adam akan mengikutinya sekali. Rupanya dia ada meeting masa ini.

Hawa tanpa membuang masa terus menuju ke arah pintu utama untuk ke aras bawah. Lif VVIP dituju lalu menekan huruf 'G'. Dia hanya termenung sambil menunggu lif turun. Buka saja pintu lif, Hawa beristighfar di dalam hati apabila ternampak Mirra yang sudah bertenggek di hadapan pintu lif.

"Hehe, maaf Mrs Hawa."

"Takpa. Jom teman saya shopping. Tapi, bukan nak berbelanja sangat pun."

"Boleh, mari!"

Mirra membuka pintu kereta lalu Hawa membolosinya. Tanpa membuang masa, dia pula berlari anak ke arah pintu bahagian driver. Tali pinggang keledar ditarik lalu dia mulakan perjalanan.

"Kenapa muram saja?"

"Jadi tak best nak shopping kalau suami saya takda."

"Err... sebenarnya saya tertanya juga. Maaf kalau soalan ni terlalu sensitif. Mrs Hawa dah berkahwin dengan Mr Adam, tapi masih tak ada anak. Walaupun dah lima tahun."

Hawa tersentak seketika. Melihat gadis itu terdiam dengan soalannya tadi, rasa serba salah mula menghantui.

"Saya dan Mr Adam, kahwin muda. Jadi, dia memang tunggu saya untuk bersedia bina generasi."

"Tu la kan. Umur Mrs Hawa pun baru dua puluh satu tahun. Mr Adam pula hampir 30-an."

Hawa tersentak apabila telefonnya berdering. Dia tersenyum manis apabila nama yang tertera pada kaca skrin itu adalah nama manjanya kepada suami. Tanpa berlengah, dia menjawab panggilan itu.

"Assalamualaikum, sayang? Sayang okey? Sayang ada masalah ke kat sana?"

Keningnya berkerut di sebalik niqab yang menutup wajahnya. Peliknya soalan cik abangnya itu?

"Waalaikumussalam. Kenapa abang? Macam cemas je bunyi tu? Sayang okey je ni. Dengan Mirra. Baru nak pergi ke mall. Abang okey? Kenapa ni?"

Di hujung talian itu terdengar keluhan berat dilepaskan.

"Abang? Kenapa ni? Nak sayang patah balik ke? Rasa tak sihat?"

"Tak tak. Abang..."

Tubuh Hawa tersentak ke hadapan apabila Mirra menekan brek mengejut.

"Ya Allah, Mirra. Kenapa berhenti mengejut?"

"Kereta depan tiba-tiba berhenti mengejut, Mrs Hawa."

Tidak lama itu, serentak tiga orang lelaki keluar dari perut kereta dengan memakai topeng. Paling mengejutkan, dia membawa kayu besbol lalu meluru ke arah kereta mereka.

Bang! Bang! Bang!

Cermin di bahagian dipecahkan menggunakan kayu besbol.

"Ya Allah, kenapa ni?"

Mirra dan Hawa cemas di dalam kereta apabila kayu besbol itu mula melayang ke cermin. Hawa melindung wajahnya dengan tangan apabila serpihan kaca itu terkena pada kain di wajahnya. Terdengar pintu di sebelahnya terbuka sentap, dia menoleh ke arah tingkap yang sudah pecah sepenuhnya itu.

HAWA AL-FATEH [OG]Where stories live. Discover now