Bab 11

157 9 0
                                    

MATANYA tepat memandang ke arah dada langit yang hitam dan kelam, tetapi dihias bintang dan bulan. Tangannya yang berada di atas meja dilihat kosong. Mengharap ada tangan halus yang menyambutnya seperti selalu. Sedangkan, dia mensia-siakannya.

Teringat ketika dia duduk di beranda dan melihat ke langit. Ada tangan hangat yang menyambutnya. Kini, hanya angin malam saja yang menemaninya. Kerana yang hangat itu hanya datang sementara.
Walaupun Dijah dipinjamkan Allah untuk abang. Tapi rasa menyesal abang tak mampu menenangkan hati abang.

“Maafkan abang, Dijah.”

Sedar tidak sedar, sudah beberapa bulan berlalu setelah kematian Khadijah. Masih tidak mampu menghilangkan kenangan bersama walaupun sedikit. Khadijah sering bersamanya. Tapi, dia...?

“Dekat sini... kita selalu meluah. Sampailah satu masa abang berubah kerana cinta yang lama munculkan diri. Abang bukan diri abang lagi waktu tu. Balkoni, bulan dan bintang menjadi saksi kesedihan Dijah di sini. Mungkin salah Dijah sepenuhnya kerana tidak mampu menjaga satu hati untuk terus setia pada Dijah. Dan Dijah lupa pemilik hati kita, Allah.

Bulan itu indah. Tapi kenapa dia dikelilingi dengan langit yang gelap, abang? Tapi, abang perasan tak bintang-bintang itu seolah-olah sedang menggembirakan bulan supaya terus menemani langit. Jadilah, Bulan paling menyerlah.

Dijah percaya yang bintang-bintang itu abang. Yang sentiasa ada untuk Dijah. Dijah selalu mengharapkannya. Sebab itu Dijah tak pernah lupa dalam sehari untuk melihat langit malam. Walaupun gelap. Masih ada bulan dan bintang untuk menyerlahkan.”

Diari terakhir milik Khadijah yang ditulis di atas meja belajarnya di rumah maknya.

“Sekarang ‘bulan’ abang dah takda.”

Wajah kosongnya memandang bulan yang seolah-olah tersenyum padanya waktu ini. Bulan itu berbentuk sabit. Bintang juga jarang kelihatan pada waktu ini. Mungkin kerana awan mendung berkumpul di bulan.

Tanpa sedar, setitis air mata mengalir lesu ke pipi. Egonya runtuh. Angin malam mengucup wajahnya yang persis seorang lelaki eropah. Tidak hairanlah kerana ibunya adalah seorang gadis eropah.

BEBERAPA TAHUN KEMUDIAN,

TANGAN dihulurkan lalu ia disambut berserta wajah yang berpuas hati. Tekadnya, dia ingin membangunkan tempat belajar waktu remajanya. Walaupun dia tahu, pasti Abi tidak bersetuju untuk itu. Disebabkan dia bertekad, jadi dia tidak pernah kisah jika abinya itu menafikan.

Syarikat ini telah menjadi miliknya. Jadi, dia boleh buat apa saja.

“Tuan Malik boleh ke pejabat Tuan Darwisy untuk berbincang lebih lanjut.”

Seorang gadis muda yang murah dengan senyuman itu membukakan pintu untuk Malik. Kakinya diatur mengikut langkah kaki gadis muda itu. Sekali lagi, gadis muda itu mengetuk pintu dan dibukakan pintu untuk Malik.

“Silakan, tuan.”

“Terima kasih...”

Mata Malik memandang nametag gadis itu.

“Ain.”

Gadis yang bernama Ain itu tersenyum manis ke arah Malik lalu menunduk hormat sebelum beredar. Malik memandang Darwisy yang berdiri ingin menyambutnya.

“Silakan duduk, Tuan Malik.”

“Baiklah.”

Masing-masing menghenyak punggung ke sofa. Tangan Malik bergerak lincah menyusun semula dan menyemak fail yang dia bentangkan tadi kepada Darwisy. Darwisy juga tidak menafikan profesional Malik dalam kerjanya.

“Macam  mana terfikir nak buat projek dekat situ?”

“Oh, tempat tu memang tempat saya belajar dulu. Senang sikit hati saya bila awak setuju untuk tambah pahala jariah.”

“Oh ye ke, kebetulan juga di situ kampung isteri saya. Maksudnya, kita ni sekampung la ya?”

“Haha, not sure. Sebab sekolah tu ada asrama. Saya ni tinggal jauh juga. Kawasan bandar.”

Darwisy mengangguk beberapa kali.

“Dengar cerita, awak baru kahwin. Tahniah.”

Darwisy tergelak kecil lalu mengucapkan terima kasih kepadanya. Leka mereka bersembang sambil tangan bekerja.

Tok! Tok! Tok!

Darwisy mengerut dahinya. Dia mendekati interkom di meja pejabatnya.

“Ain, I dah pesan, takda siapa boleh jumpa saya waktu sekarang.”

Kedengaran nafas deras dari hujung talian. Nampak sangat baru saja mengejar seseorang dari melepasinya.

“M... maaf Tuan Darwisy. Saya dah cakap dah tadi. Tapi...”

“Abang Chik! Ni akulah. Aku nak amik barang.”

Darwisy mengurut pangkal hidungnya.

“You have five minutes, start from now.”

Terus butang interkom dilepaskan. Satu-satunya adik perempuan yang dia ada. Kadang terasa annoying. Tapi, nak buat macam mana, dia perlu beralih tanggungjawab pula menjaga gadis itu sehingga dia berkahwin. Umur dah lanjut pun pemalas nak cari jodoh.

“Abang Chik, kau busy ke tu?”

“Aku ada tetamu.”

“Sekejap je. Aku nak ambil barang aku.”

Malik masih lagi menulis tanpa melihat orang sekeliling.

“Haa pergilah ambil.”

Malik mengangkat wajahnya sekilas memandang satu figura gadis dari belakang menuju ke arah bilik. Berbaju kurung bertudung labuh menutup punggung. Dia memandang semula kerjanya apabila figura itu sudah terlindung dinding.

“Adik ke?”

Darwisy memandang ke arah Malik yang masih fokus pada kerjanya.

“Ya. Satu-satunya adik perempuan.”

“Ya? Ada berapa adik beradik?”

“Tujuh. Seorang dah meninggal.”

Tangan Malik terhenti. Entahlah terasa sensitif pula perkataan ‘meninggal’ ini di halwa telinganya.

“Takziah. Apa puncanya?”

“Kalau saya nak cerita, bakal jadi drama berepisod. Kena bacalah DIARI CHAHAYA nanti.”

Mereka tergelak di tempat mereka. Tidak lama itu, gadis itu menuju ke pintu.

“Nanti jangan lupa ambil Nuyul dekat sekolah.”

“Okeh.”

“Satu lagi saudari.”

Senyap seketika. Dua pasang mata terarah kepada Malik yang fokus dengan kerjanya.

“Saya tahu pejabat ni, pejabat abang saudari, tapi hormati juga jadualnya. Jika dia ada tetamu, saudari tidak boleh sesuka hati masuk.”

Mata Malik naik memandang gadis itu. Niatnya mahu melihat hanya sekilas, tetapi matanya terpaku apabila matanya terarah ke arah gadis itu. Spontan bibirnya sirna serinya. Kalau tadi dia mampu buat kerja tanpa memandang kerjanya, tetapi kali ini semuanya memberhentikan sistem ototnya. Otaknya tidak dapat memberi refleksi. Hanya terlayar memori lamanya yang indah belaka bersama isteri tercinta.

Wajah itu yang paling dia rindukan. Dia sedang bermimpikah sekarang?

“Kha... Khadijah?”

Ya Allah, adakah kau sedang berikan aku satu lagi peluang?

“NAMA dia Nisa'. Bukan Khadijah.”
Perlahan matanya ditutup. Habis rasa serba salahnya bangkit semula setelah bertahun dia cuba mengubati diri. Kehadiran gadis bernama Nisa’ ini mengembalikan nostalgia.
Wajah gadis itu persis wajah isterinya. Khadijah.

HAWA AL-FATEH [OG]Where stories live. Discover now