Bab 7

137 13 0
                                    

“MACAM mana you boleh terfikir nak kerja dekat situ?”

“Saya terbabas?”

Rose membuat muka serba salahnya. Memang serba salahlah dibuatnya apabila namanya juga ada dalam perbincangan antara mereka hari itu.

“Terbabas tu maksud saya macam, saya desperate nak cari kerja. Keluarga saya bukan orang senang. Saya terpaksa untuk bersetuju dengan apa syarat yang mereka letak. Yang paling saya terkejut, tempat tu kena pakai yang menonjol. Mereka kata benda tu yang menarik minat client. Tapi bila tengok Mr Adam hari tu, saya jadi takut dan serba salah bila pakai begitu di depan dia.

Sebab dia adalah seorang muslim. Dia pula pakai serban waktu tu. Lagi buat saya tak selesa. Tiba-tiba saya ditarik masuk ke dalam sebuah bilik dan Mr Alex marah saya di situ selepas saja kita bertemu kali pertama tu. Lepas tu, saya terus keluar dan saya sempat kata yang saya tak nak kerja dekat situ lagi. Dan ya, saya panggil awak banyak kali tapi awak tak toleh.”

Arthur mengangguk beberapa kali. Sebenarnya, ini adalah kali pertama dia keluar dan makan bersama seorang perempuan. Cuma kali ini, niatnya hanya mahu menolong Rose. Gadis di hadapannya itu sering membuatkan dia terasa teruja bila berdekatan.

Entah, mana pergi bentengnya sebelum ini pun dia jadi kurang pasti.

“Saya sejujurnya takut. Saya tak sepatutnya tunjuk muka dekat Mr Alex.”

Kening Arthur dikerutkan. Keningnya hampir bersambung dengan ayat yang keluar dari mulut gadis itu.

“Why?”

“ Sebelum ni, saya pernah ada seorang kawan dekat company Mr Alex. Kawan saya tu senior dekat pejabat tu. Takdalah senior sangat. Cuma dia lama dari saya. Dia kata, lepas saja jadi intern, dia terus masuk ke bahagian yang paling susah.”

“Paling susah?”

“Maksudnya... paling susah tu macam... ‘layan’ client.”

“Layan client?”

“Ya, kawan saya sekarang tu dah ikut client baru dia.”

“Perdagangan orang?”

“Not sure.”

“Ya, itulah dia.”

“Huh?”

Wajah polos Rose itu nak saja dilempang. Terlalu polos membuatkan Arthur hilang sabar. Patutlah gadis itu senang saja dipergunakan. Polos!

“You dah makan ke?”

Rose menggeleng.

“Patut loading je.”

Wajah anggun Rose kembali loading. Arthur buang keluh lalu menggaru keningnya menghilangkan rasa geram dan kekok.

“Order apa?”

“Saya tak naklah makan.”

“Kenapa tak nak?”

“Kedai ni nampak mahal.”

“Fast food. You kata mahal?”

Rose mengangguk laju. Kini Arthur pula yang loading. Matanya memandang ke arah makanan mereka yang berada di kedai makan itu. Rasanya dia tidak silap masuk kedai makan.

“Saya selalu masak kat rumah.”

“Masak? You pandai masak?”

“Pandai, pandai. Nak tak saya masakkan untuk awak?”

Melihat wajah teruja Rose, bibirnya yang terpaling tersusah nak senyum itu terus tersengeh serong. Dalam nak tahan gelak, perlulah maco!

“Sounds good. Tapi I nak makan burger hari ni. You nak?  My threats.”

HAWA AL-FATEH [OG]حيث تعيش القصص. اكتشف الآن