Bab 5

147 10 0
                                    


Lima Bulan Kemudian,

HAWA menutup pintu bilik solat. Dia menoleh ke arah Adam yang tercari-cari sesuatu di atas meja kerjanya. Hawa merapati Adam. Keningnya berkerut melihat fail yang berselerak di hadapannya.

“Abang, kenapa ni? Cari apa?”

“Alamak, abang nak cepat ni. Fail boleh hilang pula.”

Pandangan Hawa turun melihat objek yang berada di cepitan ketiak belah kiri Adam. Hawa cuba tahan tawanya. Dah mula dah perangai dia yang satu tu.

“Abang... fail warna apa?”

“Err... Warna hitam. Sayang ada nampak tak sayang? Abang baru je pegang tadi.”

“Sabar abang... Cari barang kena bertenang, nanti semua benda tak jumpa.”

“Abang nak kena cepat sayang...”

Hawa menarik lengan kanan lelaki itu supaya lelaki itu berhenti mencari. Dia mengajar suaminya untuk bertenang. Adam menurut.

“Sekarang tengok jari sayang tunjuk dekat mana.”

Matanya mengikut tangan halus itu tunjuk ke arah mana. Apabila tangan itu sampai ke objek di ketiak itu, matanya ditutup rapat sambil meluah rasa kesal.

“Ah, cuai .”

Hawa hanya tergelak melihat Adam yang sudah menggaru keningnya menahan rasa malu. Nasib bini je nampak, kalau bodyguard tu sekali nampak? Naya je malu bertimpa-timpa!

Sempat fail itu disedut bauannya kuat.

“Nasib bau vanilla.”

“Tak senonohlah dia ni.”

“Sayang nak ikut abang pergi meeting ke?”

Hawa hanya menggeleng. Penampilan suaminya itu dibetulkan. Tali lehernya dirapikan oleh sepasang tangan halus Hawa. Perlahan tangan halus itu digenggam dalam tangannya. Disinggahi satu kucup di situ. Hawa tersenyum. Tiba-tiba dia teringat semula kejadian ketika dia sudah hilang pedoman diri. Lelaki ini yang setia di sisinya. Sentiasa bersedia menerima susah yang Hawa bawa.

Tangan Adam turun ke bawah dan membelai perut yang membuyut itu. Dia terima sepenuh hatinya janin yang berkembang di rahim Hawa ini. Sudah lima bulan. Dia juga tidak larat berjalan jauh. Jadi, dia meminta izin untuk Mirra mengekorinya sekali ke universiti.

“Ayah pergi dulu sayang...”

Rasa gerakan di dalam perutnya.

“Jangan tendang sangat mama kamu ni, nanti dia yang tumbang. Badan dia kecil.”

“Abang ni...”

“Hehe... abang pergi dulu, ya sayang?”

“Baiklah.”

Tangan kekar itu dikucup. Adam membalas kucupannya di dahi Hawa.


“MR Adam? Jemput masuk.”

Adam hanya memandang ke bawah melihat seorang gadis yang bagai ‘kemiskinan kain' di bahagian depan papan putih. Gadis polos yang menampakkan tubuhnya itu membuatkan Adam tidak selesa. Arthur, pembantu peribadinya juga merasakan begitu. Dia memang bukan muslim, tetapi baginya, tidak sesuai berpakaian begitu ketika waktu kerja.

Adam merapatkan tubuhnya ke arah Arthur lalu mereka berbisik. Arthur mengangguk setelah itu.

“Saya nak salinan perbentangan awak dalam bentuk printing.”

Melihat wajah tegas Arthur, pengurus syarikat ini terus memanggil setiausahanya untuk cetak pembentangan itu di atas kertas bersaiz A4. Arthur memandang tajam gadis polos dengan pakaian terdedah di hadapannya. Sedar tidak sedar, renungan Arthur menakutkan gadis itu. Gadis itu menunduk.

HAWA AL-FATEH [OG]Where stories live. Discover now