TEASER 1

20.8K 1.3K 182
                                    

-not-edited-

TRIGGER WARNING: SELF-HARM AND SUICIDE ATTEMPT!

TEASER 1

Splash! Ardean mendengar bunyi kuat itu. Dan dadanya terus berkompang hebat. Belum lagi dengan suara Qaseh yang menjerit kuat.

"Abang, Kak Eshal jatuh kolam!"

Ardean terus patah balik. Seumur hidupnya dia tak pernah lari selaju ini. Dan bila tiba di tepi kolam, Ardean tak berfikir dua kali. Dia terus terjun. Berenang pantas ke arah Eshal yang hanya diam membiarkan dirinya ditarik ke dasar kolam. Beberapa penghuni lain pula cuba menarik kerusi roda Eshal dari dalam kolam.

Dan ketika itu Ardean tahu. Eshal tak jatuh. Eshal sengaja jatuh. Eshal mahu bunuh diri.

Pinggang Eshal dipaut. Tubuh Eshal diangkat sehingga kepalanya melepasi permukaan air. Eshal terbatuk-batuk. Kemudian meronta minta dilepaskan. Tapi Ardean juga melawan dengan tenaga jantannya. Memaksa dan menarik Eshal ke tepi kolam. Ardean menolak tubuh Eshal ke tepian dulu sebelum dia naik. Basah kuyup kedua-duanya.

"Lepaslah! Kenapa awak selamatkan saya? Saya nak mati!" jerit Eshal kuat. Cuba mengesot kembali ke arah kolam.

Ardean kembali memeluk Eshal. Eshal tumbuk dada Ardean sekuat hati. Kenapa Ardean selalu musnahkan rancangannya?

"Shhh... jangan cakap macam tu!" pujuk Ardean.

Tubuh sendiri masih menggigil. Sebab takut hilang Eshal. Dan juga marah. Tapi Ardean tak sanggup untuk melempiaskan kepada Eshal. Wanita itu harus dipujuk dulu.

"Ardean, saya nak mati! Saya dah taknak hidup. Saya susahkan awak. Saya susahkan semua orang."

Ardean hanya diam. Masih memeluk Eshal.

Dada Eshal diserbu rasa yang sangat marah. Eshal mendongak ke langit yang bertukar kehitaman itu.

"Tuhan, kenapa Kau tak habis-habis susahkan hidup aku? Tak cukup-cukup lagi ke selama ini? Benci sangat ke Kau pada aku? Kalau benci sangat kenapa tak biarkan aku mati saja dalam kemalangan tu? Kenapa bagi aku hidup? Kenapa?" Eshal meluahkan rasa yang terbuku.

"Eshal, istighfar, sayang! Ingat Allah! Tak baik cakap macam tu."

Setitik. Dua titik. Terasa air hujan mula turun. Lebat! Penghuni lain bertempiaran lari mencari tempat berlindung tapi masih melihat ke arah Ardean dan Eshal. Mereka semua risaukan Ardean dan Eshal tapi tiada apa yang mereka boleh lakukan. Hanya mampu biarkan Ardean uruskan isterinya itu.

Ardean juga mahu menarik Eshal berlindung tapi Eshal menepisnya kuat. Ditolak-tolaknya tubuh Ardean seperti manusia dirasuk. Hatinya masih belum puas. Kakinya ditumbuk-tumbuk. Eshal menyambung kata lagi.

"Kau tengok apa yang Kau dah buat pada kaki aku. Mati lebih baik daripada cacat macam ni. Atau Kau memang suka tengok hidup menderita sebab tu payah sangat Kau nak tarik nyawa aku? Aku dah penat! Aku penat! Aku cabar Kau tarik nyawa aku sekarang ni juga!" marah Eshal.

"Eshal Elzahra!" Tegas suara Ardean sambil menggoncangkan tubuh Eshal supaya kembali sedar.

Kelihatan satu cahaya kilat terpancar. Dan refleks Ardean, terus saja dipeluknya tubuh Eshal untuk melindungi isterinya itu. Berdentum bunyi guruh yang sangat kuat setelah itu. Eshal terkaku. Bibir Ardean terus bertasbih. Sambil berdoa meminta keampunan daripada Allah.

Mungkin amaran daripada Allah!

"Ardean, bawa Eshal masuk sekarang! Bahaya kat luar." Ardean dengar suara kerisauan Mak Hajar yang baru datang berkata.

Ardean raup rambutnya basahnya yang menutup dahi. Dia terus mencempung tubuh Eshal untuk dibawa masuk ke dalam rumah.

------

Lelaki AstatineWhere stories live. Discover now