BAB 8

10.6K 969 35
                                    

~ not-edited~

BAB 8

Hujung minggu itu, sekali lagi Eshal dipanggil pulang oleh datuknya. Malas nak banyak bunyi, jadi dia hanya mengikut saja. Tertanya-tanya juga kenapa. Pasti ada sebabnya jika datuk memanggilnya pulang. Tapi dia malas bertanya. Cepat atau lambat, pasti dia akan tahu juga.

Cuma Eshal harap bukan tentang pencarian calon suaminya lagi. Kalau betul datuknya itu masih belum berputus asa, rasanya tak mustahil dia jalankan misinya yang sudah lama berlegar-legar dalam kepalanya. Misi bebaskan salmonella atau e.colli ke dalam periuk belanga. Biar tak cukup tanah bermaraton ke tandas. Nak letak potassium cyanide macam kejam sangat.

Atau mungkin lepas ni dia kena jayakan misi 2.0 pula. Yang lebih mudah. Misi membiakkan bulu kaki selebatnya. Kalau boleh, biar sampai penjaga gol bola sepak Barcelona pun kalah. Biar semua lelaki geli melihatnya. Auto menjauhkan diri tanpa perlu dia bekerja keras. Bunyinya memang gila. Tapi kalau datuk berkeras, biar dia tunjuk gila dia pula.

Sehingga malam menjelma, barulah Eshal tahu makan malam mereka adalah bersempena untuk menyambut Kirana, kakak tirinya yang baru pulang dari Bangkok. Setahunya, Kirana sudah dua bulan berada di Bangkok atas urusan kerja. Seperti yang boleh diagak, sudah pasti Kirana bekerja di syarikat keluarga mereka. Sedang belajar selok-belok untuk menguruskan syarikat memandangkan dia adalah pewaris keluarga.

"Mama, papa. My God... I miss both of you so much!" Suara keterujaan Kirana memenuhi ruang makan itu. Dia memeluk tubuh orang tuanya erat-erat untuk melepaskan rindu.

"Atuk jangan merajuk. Kirana pun rindu atuk juga."

Eshal hanya melihat interaksi mereka semua. Sangat mesra. Penuh kasih sayang. Ketawa bahagia. Buatkan dia terasa... sangat terasing. Berdiri di tengah-tengah ruang seperti tiang lampu. Namun ini bukanlah kali pertama. Dia sudah biasa. Sebab hakikatnya pada mata mereka semua, dia bukan siapa-siapa.

Kenapalah aku kena datang malam ni? Eshal merungut dalam hati. Dia tak nampak apa keperluan dia ada di sini. Selalu, hanya datuk yang pedulikan dia. Tapi antara dia dan datuk...

It's complicated! Itulah yang dia boleh jelaskan tentang hubungan dia dan Tan Sri Ghazi. Datuknya selalu paksa dia ikut serta aktiviti keluarga. Tapi, bila dia sertai, bukannya datuk peduli pun tentang dia. Dia akan menjadi kembar bunian. Eshal syak semua ini sekadar buat syarat untuk menjaga imej keluarga, mengaburi mata umum supaya mereka terlihat seperti keluarga harmoni.

Eshal jeling jam di tangan. Sigh! Baru beberapa minit. Lambatnya masa berlalu.

"Kau apa khabar?" Eshal tersentak mendengar teguran itu. Lantas dia berpaling ke arah itu. Selain dia, rupanya ada seorang lagi yang terasing dari sesi jejak kasih keluarga itu.

Pembetulan, memilih untuk mengasingkan diri. Lelaki itu mahu memberi ruang kepada mereka semua untuk melepaskan rindu.

Wafiy sedang tersenyum ke arah Eshal.

"Baik. Kau?"

"Alhamdulillah, sihat juga."

Senyap. Tiba-tiba Eshal rasa canggung.

"Kau nampak makin cengkung," tegur Wafiy lagi. Suara penuh prihatin.

"So? Idola aku Squidward."

"Kenapa? Ada apa-apa yang jadi masa aku tak ada ke?" Wafiy masih bertanya tanpa mempedulikan sikap endah tak endah Eshal.

"Nothing." Ringkas dan padat, tapi Eshal memang jujur. Memang tiada apa-apa.

Eshal dapat rasakan jelingan Wafiy ke arahnya, tapi dia lebih berminat untuk menilik kukunya. Dah mula panjang. Kena potong ni! Kuku panjang bukan petanda baik untuknya.

Lelaki AstatineWhere stories live. Discover now