BAB 3

16.3K 1.2K 146
                                    

-not-edited-

BAB 3

Ardean terasa dirinya diperhatikan. Bila pandang ke sebelah, ternyata sepasang mata itu sedang khusyuk tenung dia. Bila kantoi dia tengah mengusyar anak teruna orang, perempuan itu hanya senyum.

"Ya, ada apa?" soal Ardean. Bersahaja.

"Abang A.T, kalau saya cakap ni, abang jangan perasan tau."

Uihh.. lain macam mukadimah dia!

"Apa dia?" Ardean tahan gelak. Belum apa-apa lagi dia rasa dah nak ketawa.

"Nama abang handsome macam abang," puji Enita selamba.

Rasa geli hati, namun Ardean membalasnya sopan.

"Terima kasih."

"Pastu kan, saya nak tanya abang. Tapi kali ni, abang jangan marah pula."

"Tanya apa?" balas Ardean kembali. Fokus kembali diberikan kepada skrin komputer riba di depannya itu. Meneruskan tugasan yang diberikan Eshal. Hari-harinya kenyang dengan manuskrip beratus-ratus muka surat itu.

"Kenapa abang tua-tua baru nak intern?"

"Chait! Apa punya soalan la! Tak sensitif langsung!" Belum sempat Ardean memberi respon, laju Yunus memotong.

"Apa pulak? Orang nak tahu je."

"Ada la tu sebab dia, kenapa abang A.T masuk belajar lambat."

"Sebab tu orang cakap orang nak tahu kenapa."

"Tapi kau tak sensitif. Buatnya masalah personal, tak boleh nak kongsi, macam mana? Kau tu baru semalam kenal dia."

Ardean hanya melihat mereka berdua bertukar servis dengan sebelah kening terangkat. Rasa lucu. Tak pasal-pasal dah jadi medan debat. Duduk dengan mereka rasa macam dah kenal setahun. Padahal baru semalam mereka semua berkenalan.

Baru saja dia mahu menenangkan mereka berdua, telefon pintarnya yang berada di atas meja itu bergetar.

Mem Besar.

Melihat nama itu yang terpampang, anak mata Ardean pantas meluas. Terus senaman kerongkong. Kemudian dia sambar telefon itu, lalu meninggalkan anjing dan kucing yang tengah berkelahi itu. Ardean mencari sudut yang agak jauh dari telinga manusia lain. Pantri yang agak tersorok itu menjadi pilihannya.

Setiba di pantri, Ardean tidak terus menjawabya. Hanya tenung alat segi empat tepat itu. Masih gigih mengamuk memaksa tuannya untuk segera mengangkat.

Alamak...bau-bau tembelang nak pecah berderai ni! Rela dalam paksa, Ardean tekan ikon hijau itu.

"This is a voice mailbox for the number zero..."

"Ardean Tufail bin Abdul Nuqman!"

Ardean gelak. Tak pasal-pasal kena seru nama dalam surat beranak.

"Chill la, ibu."

"Apa chill chill? Salam mana?" Ibunya menyindir.

"Assalamualaikum, ibu." Bibir masih sengih. Lama tak menyakat ibunya.

Kedengaran pemilik suara di hujung talian menjawab salam.

"Ada apa ibu telefon Dean?" Ardean mula bertanya. Buat-buat tak tahu.

"Ibu dengar Dean dah balik ke Malaysia."

Ibu memang kura-kura dalam perahu. Pura-pura tak tahu. Oh, silap! Ibu dia dah advance dah. Kura-kura ibu tak naik perahu tapi naik motobot. Cepat dan ekspres. Itu pasal laju saja sampai ke pengetahuannya.

Lelaki AstatineWhere stories live. Discover now