BAB 22

16.2K 1.3K 276
                                    

-not-edited-

BAB 22

Kedengaran pintu dibuka, tapi Eshal hanya buat tak tahu. Hanya merenung dinding kosong. Sekosong hatinya sekarang ini. Dia dah tak mengamuk, tiada juga cubaan mencederakan diri sendiri.

Tapi kini, Eshal banyak diam. Masih cuba menerima kenyataan yang dia kini cacat. Tak mahu makan. Tak mahu bergerak. Sesi fisioterapi pun dia malas nak buat. Doktor risau jika ini berlanjutan, tak mustahil Eshal akan mendapat penyakit kemurungan pula.

"Assalamualaikum, Eshal."

Tubuh Eshal mengeras bila dengar suara itu. Suara yang paling dia mengelak untuk berjumpa. Dah beberapa hari dia berjaya mengelak.

"Siapa izin awak masuk?" Kasar Eshal bertanya. Kepalanya dipalingkan ke tepi. Rasa malu dengan Ardean.

Dia seorang yang lemah. Dia cacat! Dia dah tak sama dengan Eshal yang dulu lagi. Dia enggan melihat simpati dalam anak mata Ardean.

"Keluar!" halau Eshal pula.

Tapi Ardean hanya tenang. Mendekati katil Eshal.

Eshal terus mendengus. Ardean tahu dia cacat dan tak mampu buat apa-apa sekarang ini. Dia tak berdaya. Dia tak mampu untuk lari. Dan itu buatkan hatinya lagi sakit hati dan marah.

"Awak dah makan, Eshal?" soal Ardean lembut.

Eshal buat tak dengar. Dia tak mahu bercakap dengan sesiapa. Semua orang menyakitkan hati walaupun mereka tiada salah dengannya. Termasuk Ardean.

"My dear Eshal, my hydrogen, my oxygen..." Seruan Ardean itu lembut. Tapi bukan itu yang buatkan lehernya auto berkalih ke arah Ardean. Tapi nada yang seakan-akan merayu itu.

"Stop hiding from me." Mata mereka bertentangan.

Eshal telan liur. Jantung berubah tempo. Tachycardia. Ardean masih memberikan kesan itu kepadanya walaupun dia tak suka. Matanya mengimbas seraut wajah kacak itu. Baru betul-betul dia dapat melihat tampang Ardean setelah dia bangun dari koma.

Lama.

Bibir merah Ardean menguntum senyum.

"I have beard now. Lepas ni orang memang auto nampak saya lagi tua dari awak. No doubt," gurau Ardean sambil menggosok-gosok rahangnya yang berbulu halus itu. Dia nampak sedikit rugged. Sebetulnya, bukanlah dia sengaja bela jambang tapi sejak akhir-akhir ini dia tiada masa untuk fikirkan diri sendiri.

Kata-kata Ardean itu mengusik hati Eshal. Teringat segala apa yang mereka berdua pernah lalui sebelum ini. Antara momen paling bahagia seumur hidupnya selepas pemergian ibunya adalah bersama Ardean. Dia belajar kembali senyum ikhlas. Dia mula rasa dunia ini indah.

Tapi kini semuanya diragut dalam sekelip mata. Mereka tak akan kembali ke masa itu. Dia sudah bangkit ke realiti sepahit hempedu.

Tiba-tiba dada Eshal rasa sebak. Dia dah tak sama macam dulu. Matanya pantas berair. Dia terlalu cengeng sekarang ini. Emosi sangat mudah terusik.

"Hey, Eshal! Kenapa menangis ni?" Ardean sedikit terkesima melihat air mata Eshal.

Eshal cepat-cepat kesat dengan belakang tapak tangannya. Kepala dipalingkan ke arah bertentangan dengan Ardean.

"Awak nak apa datang sini?" soal Eshal mendatar. Suaranya sedikit garau akibat menahan sebak.

"Saya rindukan awak." Ardean tak berbasa-basi.

Bagai angin lalu saja di telinga Eshal. Dada bergolak pelbagai rasa.

Please just stop, Ardean.

Lelaki AstatineWhere stories live. Discover now