BAB 1

24.5K 1.7K 175
                                    

-not edited-

BAB 1

Ardean pandang susuk yang berdiri di hadapannya. Pantulan diri sendiri. Segak mengenakan baju kemeja dan seluar slack berwarna hitam.

Rambut. Sempurna dengan stail yang selalu digayakannya. Checked.

Tali pinggang, checked.

Tali leher. Senget sedikit, lalu dibetulkan kedudukannya. Checked.

Perfect! Hanya perlu sentuhan terakhir. Minyak wangi.

Lantas mata mengimbas beberapa botol kaca pelbagai bentuk dan warna yang tersusun cantik di hadapannya. Dah macam kedai minyak wangi. Hugo Boss, Dior, Calvin Klein dan macam-macam lagi. Jenama Tom Ford Oud Wood yang menangkap minatnya. Kegemarannya. Lalu dia capai dan buka penutupnya. Ditekan-tekan ke nadi tangan dan lehernya. Kemudian ke udara pula supaya molekul-molekul minyak wangi itu jatuh pada pakaiannya.

"Amboi... amboi... kau ingat anak tauke perfume tu skandal aku ke? Sembur macam sembur Ridsect!" Suara yang tiba-tiba muncul itu buatkan Ardean automatik pandang ke arah itu. Nampak satu susuk asing yang sedang berdiri di muka pintu. Nampak gaya macam dah lama berada di situ.

Ardean tayang sengih.

"Takpe. Kau kaya." Selamba jawapan Ardean. Buat tak layan dengan sindiran dan wajah tak puas hati abangnya. Sempat lagi lakukan semburan terakhir ke udara sebelum dia letak kembali botol hitam itu di tempatnya.

Nufail geleng kepala sekali. Lupakan pasal minyak wangi, dia melangkah mendekati adiknya itu. Semerbak bauan menusuk hidung. Adik dia ni nak pergi masuk kerja atau dating dengan awek?

"Kau serius ke ni?" Entah berapa puluh kali rasanya Nufail ulang soalan itu. Masih tak percaya sebenarnya.

"Seriuslah. Tak nampak ke aku dah handsome pagi ni?" Sengih lagi.

Nufail pandang Ardean yang kacak bergaya itu dari atas ke bawah.

Baju dia. Seluar dia. Tali leher dia. Minyak wangi pun rembat dia punya. Patutlah mudah saja adiknya itu muncul di depan kondo dia semalam. Cakap nak tumpang sebab esoknya kena melapor diri.

Tapi tumpang dia memang spesis parasit. Datang sehelai sepinggang macam gelandangan. Memang sejenis perangai adik, suka rembat harta abang. Lepas tu, buat-buat amnesia, jadikan harta sendiri. Dengan muka tak bersalahnya. Lebih-lebih lagi kalau bongsu.

"Tapi... intern?"

"What's wrong with intern?" Ardean bertanya balik.

"Kau dah tua, Dean. Dua puluh lapan tahun."

"Hei.. tua-tua jangan sebut ya! Kalau aku tua, kau tu fosil."

Nufail rasa nak ketuk kepala Ardean. Geram. Dia tahu adiknya itu faham maksudnya. Tapi buat-buat tak faham.

"Aku bagi tahu umi nanti!" ugut Nufail.

Terus bulat mata Ardean. Abang dah langgar perjanjian Pakatan Axis!

"Kau dah janji taknak bagi tahu umi!" balas Ardean dengan suara tak puas hati. Berkerut kedua-dua keningnya, memandang pembelot di sebelahnya itu.

Nufail senyum senget. Tahu takut.

"Apa? Aku masuk cara halal apa? Untuk penuhi requirement dari universiti. Aku kat sana bukan lama pun. Tiga bulan je. Umi tak payah tahu."

"Anak derhaka," cebik Nufail. Seronok mengutuk adiknya.

Ardean buat pekak. Tiada isu pun sebenarnya kalau umi tahu. Dia yakin umi akan berada di belakangnya seperti selalu. Cuma kali ini, biarlah semuanya jadi rahsia dulu. Itu pun tak tahu berapa lama. Sebab dia kenal uminya. Cepat atau lambat, umi akan tahu juga. Sama ada firasat keibuan yang kuat. Atau spy ayah yang hebat. Urusan anak-anak sentiasa di bawah pantauan mereka. Jadi, Ardean dah biasa.

Lelaki Astatineحيث تعيش القصص. اكتشف الآن