BAB 20

11.1K 1.1K 196
                                    

-not-edited-

BAB 20

[Ardean] Apa chemical element yang buatkan awak ingat pada saya?

Eshal baca mesej yang dihantar Ardean itu.

Itu pun nak tanya ke? Bukan ke jawapannya sudah terang lagi disuluh spotlight? Namun, Eshal tetap jawab.

[Eshal] Astatine.

[Ardean] Awak tanyalah saya pula.

Balasan dari Ardean.

Mengada! Eshal mencebik tapi layan saja.

[Eshal] Apa chemical element yang buatkan awak ingat pada saya?

Typing...

[Ardean] Hydrogen.

[Ardean] Itulah kedudukan awak dalam hati saya

Itu pun dah buatkan Eshal tersenyum sendiri. Patutlah orang kata orang bercinta ni tak betul otak dia.

Tapi dia tak bercinta dengan Ardean. Eshal ingatkan diri sendiri.

Begitulah komunikasi antara mereka. Terbatas oleh jarak dan masa, tapi setiap hari mereka akan bertanya khabar dan bertukar-tukar cerita. Ada masa lapang, mereka akan berborak di telefon. Tapi selalu hanya berbalas-balas WhatsApp. Biasanya Ardean yang akan mulakan dulu. Dan Eshal yang akan tamatkannya.

Sangka Eshal, Ardean akan mengalah dengan sikap acuh tak acuhnya. Tapi sampai sekarang lelaki itu tetap gigih. Sedar tak sedar, hampir dua bulan berlalu.

Masih baru lagi! Lelaki... biasalah! Belum dapat, kejar bukan main gigih. Dah dapat nanti, hilang la semua usaha tu. Lepas tu, kejar yang lain pula.

Eshal mencebik sendiri. Namun buat masa sekarang, Eshal hanya ikut saja rentak Ardean. Dia mula berkongsi cerita dengan Ardean. Tapi masih banyak juga rahsia tersimpan. Ya, memang dia selesa dengan Ardean. Ya, memang dia rasa Ardean istimewa. Hatinya kadang-kadang cair, kadang-kadang lembut, tapi belum cukup kuat untuk runtuhkan benteng yang dibinanya.

Eshal rasa dia hanya perlu berkawan dengan Ardean, sehingga lelaki itu pilih sendiri untuk mengalah. Atau berubah perasaan. Sebab itulah hakikat dunia. Hati ini berbolak-balik sifatnya. Mungkin akan tiba masanya hati Ardean beralih pada perempuan lain yang jauh lebih sempurna. Mungkin Ardean akan sedar tak berbaloi untuk curahkan usaha pada perempuan sepertinya.

----

Tet... tet...

Eshal capai telefon pintarnya. Tahu saja notifikasi daripada siapa. Hanya seorang sahaja yang begitu rajin untuk mesej dia sekarang ini.

[Ardean] Eshal, jom kahwin!

Hampir saja Eshal tergolek dari katil selepas membacanya. Laju Eshal membalas.

[Eshal] Baru lepas hisap apa-apa ke ni?

Ardean cuma hantar emoji ketawa setelah itu.

[Ardean] Mana ada la

[Ardean] Mulai hari ini, saya akan selalu ajak awak kahwin.

[Ardean] So get used to the idea.

[Ardean] Feel free to imagine how would your life be beside me too (smirk)

[Ardean] Until one day, you will find the idea is not as terrifying as you think.

Eshal gigit bibir bawahnya. Ardean mahu dia rasa biasa dengan perkataan yang sangat menjengkelkannya itu. Ardean sedang cuba menggoyahkan pendiriannya tentang perkahwinan. Ardean mahu dia memasang impian untuk berumah tangga.

Lelaki AstatineWhere stories live. Discover now