BAB 18

12K 1.1K 401
                                    

-not-edited-

BAB 18

Seperti yang dijanjikan, mereka memilih kedai steamboat and grill ayah Yunus untuk makan-makan sempena perpisahan Ardean. Mereka dapat sebuah bilik khas yang biasanya ditempah untuk lebih privasi. Ada satu meja bulat besar yang muat untuk semua orang. Ya, kesemua sebelas orang dari Fiksyen Tempatan ikut serta.

Semua buat hal masing-masing. Tiga lelaki dah dibuli untuk mengambil segala jenis makanan bufet di luar untuk mereka semua. Enita dan Nabila sedang menyiapkan tempat merebus dan memanggang. Yang lain berbual sesama mereka. Eshal pula hanya duduk dengan rasa yang agak canggung. Bukan sebab tiada siapa yang berbual dengannya, tapi keseluruhan situasi ini adalah canggung baginya.

Dia tak pernah ikut serta aktiviti seperti ini sebelum ini. Dia tak suka. Berinteraksi di luar waktu pejabat bererti mencipta persahabatan. Mencipta persahabatan bererti banyak cerita yang harus dikongsi. Itu yang mahu dielaknya. Ini pun lidahnya yang belot dengannya tanpa sempat akalnya halang. Dan bila terlanjur, dah terlambat juga untuk ditarik balik.

"Cik Eshal nak air apa? Jus oren atau koktel?" Kedengaran suara Ruby bertanya.

"Jus oren."

Ruby menuang jus oren ke dalam gelas Eshal.

"Terima kasih." Dan Eshal diam setelah itu.

Bagitulah dialog di antara mereka. Semua hormatkannya sebagai seorang ketua. Dia tahu anak-anak buahnya cuba untuk tidak buat dia rasa kurang selesa. Tapi pada masa yang sama tak tahu nak mulakan perbualan kasual dengannya. Hanya Stacy yang normal bercakap dengannya. Dia tak salahkan mereka.

Tiga orang hero Fiksyen Tempatan akhirnya muncul bersama banyak pilihan makanan yang cukup untuk mereka semua. Penuh meja bulat itu. Ada daging lembu, daging kambing dan ayam yang diperap dengan pelbagai sos. Ada juga makanan laut segar. Sayur-sayuran dan hidangan sampingan pun tak dilupakan.

"Miss Shivani, I ambilkan ayam BBQ untuk you sebab you tak makan beef." Ardean berkata sambil letakkan satu pinggan ayam mentah diperap dengan sos BBQ.

"Thank you, A.T. But, don't mind me. You all makanlah beef. I okey saja." Shivani membalas.

Walaupun Shivani sudah berkata sebegitu, Ardean tetap pesan kepada tukang panggang supaya mengasingkan tempat panggang ayam dan daging. Menghormati Shivani. Ardean ambil tempat di sebelah Eshal.

"So Queen Elsa, what do you want?" soal Ardean.

Enita, Ruby dan Yunus rasa nak tercekik mendengar nama panggilan mereka untuk Eshal itu selamba disebut Ardean. Ardean ni... tahulah dah nak habis, tapi tolong jangan tinggalkan bala! Mereka bertiga ada lagi woi nak kena hadap!

Tapi wajah Eshal hanya tenang. Apa? Ingat dia tak tahu gelaran nama itu? Nak melenting buat apa? Elsa cantik, bijak dan matang. Itu adalah satu pujian. Mereka panggil dia ratu, lalu dia tunjukkan perilaku seorang ratu.

"Lamb grill, please."

----

Menu yang disediakan di kedai steamboat and grill ayah Yunus sangat memuaskan hati mereka. Sedap dan berbaloi. Mereka berhenti makan untuk seketika akibat terlalu kenyang. Tapi masih belum berniat untuk pulang lagi. Rasa seronok berkumpul ramai-ramai macam ni di luar waktu pejabat. Cuma Stacy, Nabila dan Shivani meminta diri untuk pulang dahulu memandangkan tim editor bahasa Inggeris ada mesyuarat dengan Dato' Jalal besok. Mereka mahu membuat persiapan.

Semua sibuk berceloteh dan berkongsi cerita sementara menunggu kembali lapar. Eshal hanya duduk dan mendengar saja. Walaupun hanya diam, Eshal dah tak rasa canggung. Dia lebih selesa begitu daripada terpaksa bercakap atau berkongsi kisah peribadinya.

Lelaki AstatineWhere stories live. Discover now