BAB 10

12K 1.1K 186
                                    

~ not-edited~

BAB 10

Keesokan harinya, Eshal masuk pejabat lewat sedikit gara-gara ada hal penting yang perlu diselesaikan dulu. Hampir sejam juga lewatnya. Ketika dia masuk, anak-anak buahnya sedang bermesyuarat. Sememangnya bilik mesyuarat dan pejabatnya boleh dikira dalam satu ruang. Cuma terpisah oleh cermin lut sinar yang besar. Bilik itu hanya boleh digunakan dengan izinnya sahaja.

Semua pandang Eshal bila dia muncul. Eshal bagi isyarat dengan tangan supaya mereka teruskan saja. Jangan pedulikan dia. Memang dia dah ingatkan awal-awal pada semua, pada pagi ini ada mesyuarat untuk pesta buku nanti. Dan dia suruh mulakan dulu tanpanya.

Eshal labuhkan punggung di atas kerusi empuknya. Nafas dalam ditarik. Penat berkejar. Rasa macam tak cukup oksigen. Dia mahu berehat sebentar sebelum mengikut serta mereka. Bagi dia dua minit.

Beberapa ketika kemudian, Afifah muncul di hadapan meja kerja Eshal. Di tangan kanannya ada satu cawan seramik putih bersama piring kecil. Dan di tangan kirinya pula ada sehelai kertas. Afifah serahkan kertas itu dulu kepada Eshal. Ringkasan daripada mesyuarat sepanjang Eshal tiada tadi. Untuk dibuat rujukan.

Eshal menyambutnya. Kemudian matanya teralih kepada cawan yang diletakkan Afifah di atas meja di depannya itu.

"Warm tea, Cik Eshal." Buatkan Eshal mengangkat wajah memandang Afifah.

"Terima kasih."

Macam tahu-tahu je dia memang dahaga. Teh suam pun teh suam la. Jemari runcing Eshal mencapai telinga cawan itu. Dia sisip sekali.

Pff! Belum sempat masuk ke esofagusnya, air itu tersembur keluar. Terkejut Afifah yang melihatnya. Cepat-cepat dia hulurkan tisu kepada Eshal. Eshal terus mengelap sisa air yang meleleh di hujung bibirnya itu.

"Teh apa ni?" Berkerut muka Eshal lepas rasa teh yang penuh alien itu. Dipandangnya muka Afifah dengan mata yang membulat. Menagih jawapan.

"Ginger tea with honey."

Automatik sebelah kening terangkat.

"A.T yang cadangkan." Cepat-cepat Afifah sambung. Mood Eshal bukannya boleh ditebak. Mood elok ke, tak elok ke, macam gitu je la muka dia. Cuma kalau tak elok, rasa aura gelap yang menyelubungi. Auto tegak bulu roma. Dan ketika itu, dapat dilihat semua orang berdedikasi dengan kerja mereka seperti berlumba-lumba mahu menjadi pekerja terbaik tahunan.

"Saya quote apa yang dia cakap, 'Both ginger and honey have the elements of antibacterial and anti-inflammatory which are very good to combat sore throat.' Cik Eshal sakit tekak ke?"

Eshal terkelu. Automatik pandang ke sebelah kanannya, ke arah Ardean yang sedang khusyuk menekan-nekan papan kekunci komputer ribanya di balik cermin di sebelah pejabatnya, tanpa sedar dirinya diperhatikan.

Eshal berdehem. Kemudian pegang tekak sendiri. Automatik geli tekak, tiba-tiba terbatuk kecil pula.

"Sakit sikit je. Dah nak okey," auta Eshal. Terpaksalah berlakon sakit tekak.

"Hmm... macam mana A.T boleh tahu Cik Eshal sakit tekak ya?" Afifah pandang Eshal semacam. Musykilkan sesuatu.

"Semalam dia call saya pasal kerja." Mendatar saja jawapan Eshal. Buat tak dengar dengan nada penuh spekulasi orang bawahannya itu. Dia bukan bodoh.

Afifah angguk-angguk. Sebenarnya Ardean dah bagi tahu dia tadi. Semalam lelaki itu ada menelefon Eshal untuk ingatkan tentang kerja. Jawapan Eshal juga sama. Tapi, entah kenapa tetap saja dia rasa musykil.

"Kalau Cik Eshal taknak, saya boleh tukar dengan teh biasa. Atau air suam saja," kata Afifah bila melihat Eshal tenung cawan putih itu macam nak kasi tembus. Umpamanya kena paksa telan Clorox saja.

Lelaki AstatineWhere stories live. Discover now