BAB 17

10.9K 1K 189
                                    

-unedited-

BAB 17

"Awak cuti dua minggu?" Kening Eshal sedikit berkerut ketika bertanya. Pandang Ardean yang sedang duduk bertentangan dengannya itu, kemudian pandang balik surat yang dihulurkan Ardean. Surat cuti selama dua minggu yang telah diluluskan oleh pihak universiti.

"Haah, ya, Cik Eshal. Mula Isnin ni."

"Kenapa?" Hairan. Sebab dua minggu itu sungguh lama. Buat umrah ke apa?

"Saya kena terbang ke Osaka. Ada hal sikit." Ardean menjawab ringkas.

Eshal hanya angguk faham. Ardean tak bagi tahu, mungkin sebab peribadi. Universiti dah bagi kelulusan, pihaknya harus ikut saja. Bukan urusannya nak korek lebih-lebih.

"Saya baru teringat sesuatu. Cerita Doktor Nufail ketika makan malam dulu. Dia ada cakap yang awak baru habis PhD in Physics. Betul ke?" Lama persoalan itu bermain dalam kepala sejak dia tahu tentang latar belakang Ardean. Dalam resume Ardean dulu, tak ada pula tentang maklumat ini. Padan saja semua tertanya-tanya kenapa dia belum habis ijazah pada umur dua puluh lapan tahun.

"Betul. Nak kata baru tu tak adalah baru sangat. Dah empat bulan."

"Habis tu, macam mana awak boleh sambung linguistik?"

Diam.

Bila beberapa saat masih tiada jawapan, Eshal panggung kepala. Nampak bibir merah Ardean tengah senyum. Apa yang lucu?

"Kenapa senyum?"

Kalau Ardean jawab sebab sedekah lagi, memang Eshal gumpal-gumpal kertas di tangannya dan lancar masuk ke kerongkong dia.

"Saya suka bila Cik Eshal berminat untuk tahu pasal saya." Ardean tak berbasa-basi.

Senyum manis Ardean nampak seperti senyuman kejayaan pada mata Eshal.

Sinis. Tapi kacak.

Menjengkelkan. Tapi tetap kacak.

"Tak payah jawab. Huh!" Perosak mood betullah! Marah juga dengan diri sendiri yang macam tak betul berdebat dengan diri sendiri tadi.

Ardean ketawa bebas.

"Cik Eshal sangatlah copper dan tellurium bila merajuk."

Copper, Cu. Tellurium, Te. CuTe.

Eshal dah tentu cepat saja faham. Terus rasa kembang mukanya.

"Siapa merajuk, hah? Tak kuasa. Nak kena Cerium, Plutonium, Potassium ke?"

"Apa tu?" Ardean tak sempat tangkap.

"CePuK!"

Makin kuat ketawa Ardean. Sedangkan muka Eshal hanya selamba.

"Okey, maaf. Biar saya jawab soalan Cik Eshal. Macam mana saya boleh sambung linguistik? Saya ada dua sebab. Pertama, saya memang suka belajar benda baru. Sebab kedua, hmm... saya beritahu Cik Eshal bila tiba masanya nanti." Ardean senyum penuh misteri di hujungnya.

Mencerun mata Eshal. Masa apa? Kenapa perlu tunggu? Dan siapa cakap dia nak tunggu?

"Masa tu saya di tahun kedua PhD. Saya terjumpa universiti yang tawarkan online distance learning (ODL) untuk linguistik. Memandangkan saya tak tahu PhD saya habis bila, jadi saya terus daftar saja. No physical classes until final year. Tapi saya dah buat kira-kira. Saya kena pastikan saya tamat PhD maksimum lima tahun. Jadi, saya jadikan ia juga sebagai pembakar semangat untuk cepat tamatkan PhD."

"Awak ni manusia ke AI, hah? Otak awak tak ada istilah burn out ke macam mana?" Eshal kagum juga dengan Ardean. Teringat zaman dia habiskan masters dulu, rasa nak menangis meraung siapkan thesis. Tetapi lelaki di depannya dapat belajar dua perkara serentak.

Lelaki AstatineWhere stories live. Discover now