Emir El Tamir: Bab 28

Start from the beginning
                                    

"Kau jangan nampak sangat merajuk itu. Malu dekat orang." Raihana mendekatkan bibirnya ke telinga Airis, membisik.

"Aku malas nak berdua-duaan dengan dialah Raiha!" Bisiknya dengan bibir yang mencemik. Takut didengari Emir.

"Sudah-sudahlah itu. Nanti Tuhan tarik nikmat masa untuk kau berdua-duaan dengan dia baru kau tahu!" Raihana pergi meninggalkan mesej yang mendalam tanpa memberi peluang untuk Airis mempertahankan diri.

Nak taknak terpaksalah Airis ikutkan sahaja permintaan Emir.

Setengah jam perjalanan barulah kereta Emir membelok ke kiri dan parkir. Mata Airis bergerak kiri dan kanan cuba untuk mengenal pasti kawasan yang asing ini. Tak pernah di jejak olehnya.

"Kita nak buat apa dekat sini?" tanya Airis apabila matanya sekarang ini dihidangkan dengan satu bangunan besar. Tulisan disitu dibaca, 'Hotel Macry'.

Terbeliak mata Airis. "Kenapa awak bawak saya pergi sini? Awak jangan macam-macam. Saya tendang awak nanti Emir!"

Emir senyum senget sebelum dia tolong bukakan tali pinggang yang masih dipakai Airis.

"Jom, turun. Jangan nak buat muka cuak sangat."

Baru sahaja Airis ingin membuka pintu, tiba-tiba Emir mencelah. "Nak buat apa?"

"Awak suruh turun tadi kan?" jawabnya polos.

"Rule number 1, Aifel. Kau masuk kereta, aku bukakan pintu. Nak keluar kereta pun, biar aku yang bukakan pintu. Faham?" Dia renung dalam mata si tunang.

Airis mengangguk faham.

"Words, Aifel. Words," arah Emir. Tegas bunyinya.

"Ya, saya faham."

Berpuas hati dengan jawapan wanita itu, barulah Emir melangkah keluar dari kereta. Dia terus pergi ke sebelah pintu penumpang, membuka pintu untukku.

"Jom," ajak Emir namun Airis masih pegun.

"K-kenapa kita nak pergi hotel ini? Awak nak buat apa?" Tangannya disilangkan di dada membentuk 'X'. Risau.

Emir senyum senget. "Aku nak ajak kau check in. Kau nak?"

"Awak gila?! Saya beritahu daddy dengan mummy awak nanti," ugut Airis.

Emir mendengus kasar. "Kenapa kau suka berprasangka buruk dengan aku? Kau nampak sebelah hotel itu apa?" Mulutnya dimuncungkan menunjuk ke arah satu kedai. Airis turut mengalihkan pandangan. Restoran!

Airis menahan malu.

"Kalau tak sabar sangat, tunggu kita kahwin. Sekarang, tujuan aku bawak kau ke sini cuma satu. Aku nak kau makan," kata Emir sebelum dia menggamit Airis untuk mengikut langkahnya masuk ke dalam restoran mahal itu.

"Reservation for Emir El Tamir, please." Emir mula berkomunikasi dengan pelayan restoran itu.

"Here, sir," balas gadis itu.

Melongo Airis melihat meja mereka penuh dengan pelbagai hidangan. Ada udang galah, sotong dan lamb chop. Siap dessert sekali. Siapa yang boleh habiskan semua ini?

Emir tarik kerusi untuk Airis duduk, sebelum dia turut sama duduk. Lama kami berada dalam keadaan yang senyap, Emir pula sibuk dengan makanannya. Dari tadi Airis tak habis menilik wajah tunangnya itu.

"Kenapa tak makan? Makanlah," tegur Emir apabila dia sedar makanan Airis dari tadi tidak berusik.

Airis biarkan sepi sahaja arahan Emir.

Tuan Emir El Tamir: Her Addictive Poison ©️Where stories live. Discover now