Iris merahnya menikam makhluk di depannya. Ia menyerupai seorang perempuan kurus berpakaian lusuh, berambut panjang mencecah lantai dengan muka hodoh menyeramkan bersama wajah dipenuhi parut dan darah, gigi taring serta mempunyai kuku tajam.
Darah di mulut pula tidak berhenti meleleh hingga menitis ke lantai.
"Kau rupanya punca banyak orang hilang dekat pekan ni." Dia ukir senyum sinis, tahulah dia siapa ratah manusia-manusia tak bersalah yang berada di bahagian depan bangunan tersebut masa dia baru masuk tadi.
"Kau seorang atau ada yang lain?" Dia menyoal makhluk itu tapi hanya rengusan kasar yang dia dapat.
"I assume that you're alone." Ujarnya tenang pada makhluk hodoh menyeramkan yang bengis.
Makhluk itu menghentak lantai beberapa kali sehingga bergema lalu ia menerpa ke arahnya tapi dia sempat elak. Serentak itu juga, sebelah tangan menarik keluar satu pemegang pedang tanpa bilah.
Pemegang itu dia lintangkan sambil dua jari dari tangan lagi satu dilalukan dari hujung pemegang dan serentak itu, api merah muncul bersama bilah pedang daripada pemegang pedang.
Makhluk itu menjerit nyaring melihat pedang pada tangannya.
"You wanna play? Let's play."
Ia laju menyerbu ke arah dia. Cakarnya melibas dan terus melibas tanpa henti seakan tidak memberi peluang untuknya melakukan serangan balas tapi ada satu perkara yang makhluk itu tidak sedar iaitu...
Lawannya bukan seperti manusia lain.
Melihat ada peluang untuk melakukan serangan balas, pedang tersebut dia libas pada dada makhluk tersebut menyebabkan jeritan nyaring memenuhi bangunan tinggal itu.
Tak menunggu lama, dia terus menghayun pedang pada setiap bahagian tubuh makhluk itu hingga darah hitam pekat mula banyak sehingga baju lusuh yang sedikit warna terang berubah warna.
"Ekhhh!" Suara nyaring itu menyapa telinga lagi tapi ia seakan tak memberi kesan pada si iris merah kerana wajahnya tenang tanpa sebarang rasa sakit telinga kerana jeritan tersebut.
Ia mengesot ke belakang tanpa lepas memandang ke arah pemilik pedang tadi, dia berjalan setapak demi setapak mendekati makhluk tadi. Tiba-tiba ia lempar kayu padanya tapi dengan tangkas dia tepis sebelum matanya terarah pada makhluk yang cuba larikan diri.
Langsung pedang di genggaman terus ditekan dan...
"Ekhhh!" Bilah tajam itu menembusi dada sekaligus membuatkan makhluk itu melutut membelakangi dia.
Dengan langkah santai dia mendekati. Dari belakang tubuh makhluk itu, terus dia tarik kasar pedang tersebut hingga ia memuntahkan darah hitam banyak di atas lantai.
Bilah pedang dilap dengan melalukan ia pada pelipat lengan berlapik lot sehingga bersih sebelum bilah tajam berkilat itu hilang meninggalkan pemegang pedang saja dalam genggaman.
Dia letak pemegang pedang itu dalam kot lalu menghadap ke arah makhluk menyeramkan tadi.
Tangan kanannya lantas menyentuh tepi kepala makhluk tersebut dan ibu jarinya diletak pada dahi. Mulut terkumat-kamit membaca sesuatu dan tatu yang terlakar pada belakang telapak tangannya mula mengeluarkan cahaya merah menyala bersama iris merah turut bersinar terang.
"Ekhhh!" Ia mengerang sakit seakan sesuatu menusuk kepala sampai tubuhnya kejung tak boleh menepis tangan yang berada di kepala.
Dia mula lihat kepulan asap hitam mula meninggalkan tubuh makhluk tersebut dan yang ada depan mata ialah seorang perempuan manusia bersama tubuh bermandikan darah muka hingga ke kaki.
Tubuh itu dari melutut terus terbaring mengiring di atas lantai. Perlahan perempuan itu paling kepala sedikit, dari ekor mata dia melihat pemilik iris merah yang menatap tajam padanya.
"Kau dah buat benda yang kau tak sepatutnya kau buat." Dengan nada keras dia berkata.
"Maafkan aku... Aku dah buat silap sebab... percayakan mereka..." Perempuan tersebut bersuara perlahan tapi masih sampai ke deria pendengarannya.
Dia diam.
"Se... Selamatkan perempuan tu..."
"Siapa?"
"Selamatkan Shaera Valeska..." Serentak itu, nafas dia langsung terhenti bersama mata terbuka. Rohnya sudah meninggalkan jasad.
Dia menutup kedua belah mata terbuka itu kemudian dia baringkan jasad tersebut dalam keadaan terlentang lalu menarik satu kain lusuh yang terdampar atas lantai kemudian diselubung mayat tersebut.
Kaki berundur satu meter dari mayat itu kemudian dia petik jari. Sekelip mata, mayat itu terus terbakar. Dia perhati mayat yang dibakar untuk sesaat sebelum pusing tubuh lalu membawa diri keluar dari bangunan usang tersebut.
YOU ARE READING
ENIGMA
Romance𝑬𝒏𝒊𝒈𝒎𝒂 𝑺𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔: 1 Shaera Valeska, seorang gadis yang sering menjadi tumpuan para jejaka kerana memiliki rupa paras jelita. Namun, sikapnya yang pendiam itu buat dia tidak mempunyai kawan tapi ada sebab mengapa Shaera buat begitu. Ini kera...
•PROLOG•
Start from the beginning
