"Kahwin dengan saya, Eshal."

Jantung Eshal rasa macam nak pecah. Dia tahu Ardean pernah sebut soal kahwin dengannya sebelum ini, tapi Eshal tahu kali ini maksudnya berbeza. Maksudnya lebih dalam. Ardean serius!

Eshal teguk liur. Kemudian ketawa. Mula-mula perlahan, kemudian bergema kuat wad persendirian itu. Ketawa yang sinis lagi lirih. Ketawakan diri sendiri yang pathetic.

"Awak ni dah tak betul ke? Nak kahwin dengan perempuan cacat macam saya? Buat apa? Nak saya susahkan hidup awak? Ini orang kata takde penyakit, cari penyakit. Awak tak tahu ke doktor cakap apa? Saya akan cacat seumur hidup. Ini lebih teruk daripada mati!" Tinggi suara Eshal.

"Awak belum cukup kenal saya, Ardean. Saya ni bukannya perempuan baik. Awak tahu kenapa saya kemalangan? Kalau tak tahu, mari saya cerita. Malam tu saya kena tangkap khalwat dengan Wafiy di bilik hotel. Saya, perempuan tak tahu malu kena tangkap dengan tunang kakak saya sendiri. Nak kahwin ke dengan perempuan sundal macam saya ni?" Eshal berkata lagi. Turun naik, turun naik dadanya menahan nafas. Puas bila lepas.

Ardean hanya tenang berdiri. Dia tahu cerita itu daripada Wafiy. Beberapa kali mereka bertembung ketika menziarahi Eshal sebelum ini dan Wafiy membuka cerita itu kepadanya. Dia tahu lelaki itu turut rasa bersalah dengan apa yang jadi. Wafiy rasa sedikit sebanyak dia bertanggungjawab atas kemalangan yang menimpa Eshal.

"Saya percayakan awak." Hanya itu jawapan Ardean.

"Bodoh!" marah Eshal geram.

"I'm not stupid. I just can see the shine of a diamond better." Nada Ardean langsung tak menunjukkan dia tersinggung.

Ardean menapak lagi mendekati Eshal.

"You are my diamond, Eshal. No black dust can taint you. It will make you shine brighter. It's your worth."

Eshal mendengus. Hampir dia lupa betapa Ardean bijak dalam berkata-kata.

"Semua itu akan berubah kalau awak tahu kebenaran ni. Saya anak luar nikah ayah saya. Anak haram. Sekarang awak tahu kan kenapa isteri papa cukup benci saya selama ni. Bukan sebab saya anak tiri semata, tapi saya anak dari suami dia dengan perempuan lain. Lahir-lahir dah bawa sial, besar-besar jadi macam ni pula. Menyusahkan orang. Kenapalah aku tak mampus saja dalam kemalangan tu? Diamond my foot!"

Eshal tak peduli lagi walaupun rahsia itu terbongkar sebab dia dah tak punya apa-apa lagi untuk hilang. Hidup dia dah tiada makna. Dia juga tak peduli dengan penerimaan Ardean. Kalau Ardean benci atau jijik dengannya pun lagi bagus. Biar lelaki itu cari perempuan yang lebih baik.

Ardean bungkam mendengarnya. Memandang dalam wajah Eshal. Jujur, dia baru tahu kenyataan itu. Ya, dia terkejut. Tapi itu tak mengubah perasaannya pada Eshal. Hatinya rasa dicengkam. Hanya kerana melihat di balik wajah sinis Eshal itu, dia tahu Eshal sedang terluka. Bersedia untuk dia angkat kaki, seperti orang lain juga.

"Berlian. Diperbuat daripada beribu-ribu zarah karbon di bawah suhu dan tekanan yang tinggi. Apa yang dijumpai hari ini, hasil daripada pembentukannya sejak berjuta-juta tahun dulu. Tersembunyi jauh di dalam mantel bumi, dijumpai oleh manusia bila dimuntahkan oleh magma letusan gunung berapi."

"Rare. Difficult to find. Sturdy. Expensive. Very precious. It makes people who found it value it. And I repeat it again, my Eshal. Even being covered by black dust, it's not gonna change the fact that a diamond is always be a diamond. My diamond. I will still choose to worship you." Menunjukkan Ardean tak peduli langsung dengan semua itu.

Eshal tahu dia akan selalu stres kalau berdebat dengan Ardean. Macam mana lagi dia nak buat Ardean faham?

"Awak akan menyesal, Ardean." 

Lelaki AstatineWhere stories live. Discover now