CHAPTER 87 - Awkward Dinner

110 20 0
                                    

A/N: Happy 10k views! Thanks pada yang masih setia baca story ni!

Elza membuka matanya perlahan-lahan.

Benda pertama yang dia lihat adalah siling bilik merah yang cantik. Ada lampu candelier di siling tersebut.

"Kamu dah bangun?"

Satu suara wanita yang lembut menegur Elza dari sebelah kirinya.

Elza melirikkan matanya. Dan, dahinya berkerut.

"...Aunty Liza?"

Eliza sedang duduk di kerusi, bersebelahan dengan katil yang Elza sedang berbaring.

Satu senyuman manis terukir di bibir wanita elf itu.

"Lama kamu tidur...betul-betul penat ye." Gumam Eliza.

Elza bangun dari katil, dan melihat sekelilingnya.

Dia berada di bilik tidur yang agak besar dan cantik. Ia berwarna merah dan bertemakan hutan.

 Ia berwarna merah dan bertemakan hutan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tingkap di luar nampak gelap. Menandakan sudah masuk waktu malam.

"Saya...kat mana ni?" Soal Elza sambil mengesat tahi mata di kelopak matanya. Nada masih mamai dan hairan.

"Kat bilik kamu lah. Kat mana lagi?" Balas Eliza.

"...Dalam istana aunty?"

Eliza mengangguk iya. Senyuman manis masih berada di wajahnya.

"Dah berapa lama...saya tidur?"

"Hmm~ lebih kurang 5 jam macam tu?"

Mata Elza membulat. Tersentak.

"Shit...lama betul." Gumamnya.

"Right~? Mungkin kamu penat sangat kot. Itu sebab lama kamu tidur." Balas Eliza.

Memori Elza sejak dari semalam, bermain di fikiran.

Memang tak pelik dia tertidur lama.

Bukan sahaja dia balik lambat malam semalam, selepas sambutan Festival guildnya, malah, dia kena bangun awal pagi tadi. Tambah pula, apabila tiba di Eternal Forest, Elza terpaksa berlari macam tak cukup tanah untuk sampai ke hutan hijau elf ini.

"...Mana kawan-kawan saya?" Soal Elza.

'Aku harap dia tak halau diorang...' getus hati Elza dengan risau.

"Diorang ada kat bilik tetamu. Jangan risau. Aunty tak halau diorang~" Ujar Eliza. Senyuman terhibur berada di wajahnya.

"...Saya tak cakap pon aunty halau diorang..." Nada Elza seperti malu.

Nampaknya, naluri Eliza masih tajam seperti dahulu. Makciknya boleh tahu apa yang difikirkan oleh orang lain.

Eliza tertawa kecil.

The Heir of Sun DragonWhere stories live. Discover now