CHAPTER 60 - Different Magic, Same Type

99 13 0
                                    

Linna terjatuh melutut ke tanah.

"LINNAA!!!"

Mark mempunyai reaksi pucat dan cemas.

'Apa aku nak jawab kat Luke nanti...!? Linna...dia dah...!'

Tiba-tiba.

"Uhh...Aku...tak apa-apa?" Gumam Linna.

Linna melihat tubuhnya dan meramas-ramas. Tetapi, satu luka pon tiada. Pakaiannya juga kelihatan elok sahaja.

"Eh?" Mark terkedu. Dan hairan.

Linna memandang Fekiro dengan wajah pelik.

Fekiro kekal berwajah tenang. Namun, ada emosi terhibur di matanya.

"Apa? Kau lupa ke aku cakap aku takkan serang kau secara fizikal?"

Dahi Linna berkerut. Dia bangkit dari melutut.

"Apa... maksud kau?"

Fekiro menjuihkan bibirnya ke arah dada Linna. Dan, Linna melihat tempat tersebut.

Ada satu perkataan yang bercahaya merah di dada Linna, tempat Fekiro melibas pedangnya sebentar tadi.

PAIN

"A-apa benda ni!?" Soal Linna. Nadanya hairan dan terkejut.

"A setting." Jawab Fekiro.

"...Se-setting?"

"Biar aku demonstrate." Ujar Fejiro sambil memetik jarinya.

Snap!

Satu bulatan magis berwarna merah muncul di bawah tapak kaki Linna.

Tiba-tiba, satu kesakitan yang amat kuat dan dahsyat dirasai oleh seluruh tubuh Linna.

"GYYAAAAARGHHHH!!" Laung Linna sekuat hati. Tubuhnya bergetar-getar seperti direnjat elektrik.

"Linna!!"

Mark mempunyai wajah risau dan terkesima.

"Apa yang kau buat kat dia, Fekiro!?"

Fekiro menghayun tangan kosongnya ke sisi, dan kesakitan Linna pun berhenti serta-merta.

Linna terjatuh melutut semula, dan dua tangannya menahan pada tanah. Seluruh wajah dan badannya basah lencun dengan keringat.

"Huff...! Huff...! Huff...!" Nafas Linna tercungap-cungap. Bola matanya bergetar dalam ketakutan.

Dia sangkakan dia akan mati sebentar tadi.

"Serangan aku tadi dipanggil Pain Setting. Aku boleh memanipulasi tubuh target aku, mengikut apa yang aku suka, jika aku telah berjaya sentuh dia." Terang Fekiro.

"Se-sentuh!?" Soal Linna dengan wajah pucat dan gerun.

Mark pula mempunyai wajah keji. "She's a child, for fuck's sake!"

"Not like that, you morons!" Bentak Fekiro sambil membalikkan bola matanya.

Linna menyentuh tulisan magis di dadanya. "Ma-maksud kau..."

Fekiro tersengih kecil.

"Aku jadikan tubuh kau sebagai satu system. System yang boleh aku kawal."

The Heir of Sun DragonWhere stories live. Discover now