CHAPTER 78 - Mister/Miss Beauty Contest III

115 17 10
                                    

Max sedang menghiburkan penonton-penonton dengan lawaknya.

Maria dan Genji tidak mengendahkan Max langsung, dan hanya menikmati minuman mereka.

"...So? Itu lah kawan kau?"

Genji mulakan perbualan.

"..."

Maria hanya membisu sambil melihat jus mango di dalam gelasnya.

"Kau cakap ape tadi? Dia takkan join contest ni? Heh!" Tambah Genji dengan nada sindir.

Maria berdehem.

"Ehem. Rasanya aku masih tak kenal lagi Elza tu orang yang macam mane."

Genji tertawa kecil.

"Hahaha...Tapi kan...Dia cakap tadi dia kena paksa...right?"

Mata Maria membulat. Baru tersedar hal tersebut.

"Oh! Ye tak ye gak, an!? Hah! Kan aku dah cakap dia takkan join contest ni dengan rela hati!" Ujarnya dengan nada bangga.

Genji memandang Maria dengan pandangan mendatar.

"Bila mase kau cakap? Kau cakap dia tak suka benda girly je tadi."

"Kira sama lah tu!"

Pada waktu itu, Maria terdengar satu suara yang dia cukup kenal. Dan, dia menoleh ke arah suara tersebut.

"Kau nak bawak aku pegi mane ni, Bob!?"

"Haishh! Ikut jela!"

Maria melihat dua jejaka sedang menuju ke arah belakang pentas.

Jejaka yang ditarik oleh jejaka paling besar itu, mempunyai perhatian Maria.

Jejaka itu mempunyai rambut hitam dan sebelah matanya dipakai penutup mata hitam.

Namun, wajahnya yang tampan, tidak pernah dilupakan oleh Maria.

Dahi Maria berkerut.

'Itu bukan ke Amar? Ke aku salah tengok...? Ape dia buat kat sini?' Getus hati Maria.

Amar bukan ahli Wing Pegasus. Sebelum ini, Amar pernah cakap yang dia ialah seorang Mercenary dan bukan ahli dari mana-mana guild.

Jadi, Maria hairan kenapa Amar boleh berada di sini.

Jika Amar hanyalah salah satu penonton di event ini, kenapa dia sedang ditarik masuk ke belakang pentas oleh salah satu ahli Wing Pegasus?

"Maria. Tengok tu!"

Genji bersuara. Menarik Maria dari lamunannya.

"Hm?"

Maria melihat ke arah tempat yang Genji tunjuk.

Peserta-peserta Miss Beauty Contest kini sudah keluar dari pentas dan menyapa penonton-penonton.

Semua orang bersorak dan bertepuk tangan.

Maria menumpukan pandangannya pada satu wanita sahaja di kalangan semua peserta itu.

Elza dan dua orang wanita sedang berbual dengan seorang gadis kecil di meja penonton yang paling hadapan.

Lalu, Maria bangkit dari tempatnya dan mula melangkah ke arah lokasi Elza.

"Aku nak gi jumpa Elza. Kau nak ikut tak?" Soal Maria pada Genji.

"A-Ah! Mestilah nak!"

Genji mengekori Maria dari belakang.

...

The Heir of Sun DragonWhere stories live. Discover now