CHAPTER 8 - Zombies Attack

185 14 1
                                    

Manusia-manusia sawan atau zombie-zombie, meraung kuat ke arah mereka yang masih hidup.

Pengawal-pengawal yang masih hidup berlari tak tentu arah, untuk menyelamatkan diri. Ada yang teriak, ada yang menangis, ada yang dah pasrah dengan hidup.

Tetapi, bagi Shizuka dan Luke pula.

Bang! Bang! Bang! Bang...!

Shizuka menembak ke semua zombie yang mendekatinya dengan dua pistol revolver. Wajahnya bercuka.

"Sampai ke pagi takkan habis zombie-zombie ni!" rungut Shizuka.

Keadaan di dewan amat lah kelam-kabut. Puluhan atau mungkin dah cecah 100 zombie sedang memenuhi ruang dewan tersebut.

Mereka yang masih hidup terpaksa berkumpul di tengah-tengah dewan itu.

Satu zombie cuba menerkam Shizuka dari belakang, namun, belum sempat ia menyentuh Shizuka, Shizuka meletakkan pistolnya di bahu, dan menembak makhluk tersebut. Tanpa menoleh ke belakang.

Bang!

Kepala zombie tersebut berkecai. Otaknya juga hancur dan melayang ke semua arah.

"Rarggghh!!" Laung Luke sambil menumbuk perut seekor zombie dengan kuat.

BAMM!!! CRASHH!!

Zombie yang ditumbuk itu terpelanting dan melanggar beberapa zombie yang lain. Lalu, mereka tumbang ke tanah.

"Tch!" Sumpah Luke dengan wajah menyampah. "Kalau kat sini ada sumber air...dah lama aku bersihkan semua binatang ni!" getus hatinya.

"Luke!" laung Shizuka. Menarik perhatian jejaka itu.

Luke memandang ke arah Shizuka yang tidak berhenti menembak zombie-zombie di sekelilingnya.

"Jangan bagi zombie-zombie ni gigit kau! Aku nampak satu pengawal tu kena gigit tadi, lepas tu, dia pon jadi zombie jugak!"

Keringat mengalir di wajah Luke. Jiwanya berasa risau. "Situasi lebih teruk dari apa yang aku expect...dan, kita belum berjaya dapatkan Dr. Giro tu lagi!" getus hatinya.

"Gyahhhh! Tolong!!" laung seorang pengawal dalam ketakuan. Satu zombie sedang memeluknya dari belakang dan mengetatkan dakapannya.

"GRAHGHHH!!!" Zombie tersebut teriak sebelum menggigit leher pengawal itu.

"Ar-ghhh!!" Pengawal itu mempunyai wajah derita.

Luke mempunyai wajah terkejut apabila melihat pengawal itu dibaham zombie tersebut.

Kemudian, pengawal yang digigit itu menjadi buas secara tiba-tiba. Mata, hidung dan mulutnya mengalirkan darah.

"Wuarghhh!!"

Pengawal tersebut menjadi zombie juga.

"Sial!" sumpah Luke dengan hati yang geram. Dia bersiaga, bersedia untuk membunuh zombie-zombie itu.

Namun, belum sempat zombie pengawal itu melangkah ke depan, satu kelibat manusia menjunam ke arahnya.

CRASHHH!!!

Kepulan asap terhasil dari hentaman tersebut.

Luke memicingkan matanya. Dia dapat rasakan aura seseorang dari dalam kepulan asap itu.

Selepas kepulan asap itu mula hilang, baru lah Luke boleh nampak, siapa yang jatuh dari atas sebentar tadi.

Rambut hitam yang panjang berkibar sebelum Luke melihat belakang tubuh gadis itu.

"Elza!" teriak Luke dengan wajah terkejut.

Elza menoleh ke belakang, memandang Luke dengan wajah kosong.

The Heir of Sun DragonWhere stories live. Discover now