CHAPTER 11 - Sahabat

188 14 2
                                    

"Haa...! Haa...! Haa...!"

Nafas tercungap-cungap berbunyi di satu lorong yang gelap.

Seorang wanita berambut coklat gelap sedang berjalan perlahan sambil memegang dinding di sebelah kanannya. Tangan kiri memegang perutnya yang berdarah.

"Shit..." gumam Shizuka dalam kesakitan.

Di kawasan belakangnya, beberapa mayat zombie manusia dan binatang terbaring di lantai. Darah membasahi di seluruh lorong itu.

"Aku kena cari yang lain cepat..."

Stamina dan kekuatannya sudah pon habis. Sepanjang dia jatuh di kawasan bawah ini, dia telah berusaha untuk hidup dengan susah payah.

Pada awalnya, situasi masih boleh dikawal. Tetapi, apabila Shizuka diserang hendap dari belakang oleh sekumpulan anjing zombie, dia mendapat kecedaraan di perutnya.

Tapi, nasib baik dia masih boleh berdepan dengan mereka dan menang.

Sekarang, Shizuka tengah cari jalan untuk cari kawan-kawannya. Tapi, dengan keadaannya sekarang, dia tak pasti dia boleh cari kawan-kawannya atau tidak.

Kesan gigitan pada perutnya semakin perit. Badannya panas sehingga seluruh badannya berpeluh.

Shizuka mengetap geraham, menahan kesakitan. Kakinya menjadi longlai dan terjatuh melutut.

"Haa...! Haa...! Haa...!"

Shizuka menyandarkan badannya di dinding sambil mendongak ke siling. Dia memejamkan matanya dengan erat.

KABOOOOMMMM!!!

Tiba-tiba, satu letupan berbunyi dan menggegarkan bangunan tersebut.

Mata Shizuka terbuka luas. Wajahnya berkerut.

"Letupan apa tu?"

~Scene Changes~

KABOOOMMM!!

Pada waktu yang sama, Luke berada di tingkat yang sama Elza berada.

Dia baru sahaja tamatkan perlawanannya dengan Twin Rakshasha. Sekarang dia berada di koridor.

Wajah Luke berkerut.

"Aku kena tolong Elza!" ujar Luke sebelum berlari, menuju ke tempat Elza.

~Scene Change~

Kuroyasha mengeluh sambil meraup wajahnya. Dia mempunyai wajah menyampah.

"Aku suruh dia pergi je dari sini...tapi dia pergi buat masalah macam ni pulak." Rungut Kuroyasha pada dirinya.

"Hye!" laung Elza. Menarik perhatian Kuroyasha.

Kuroyasha memandang Elza dengan wajah hairan.

"Tadi tu letupan ape?" soal Elza dengan nada curiga.

Satu bangunan sedang bergegar sekarang. Seperti nak runtuh.

"Kau rasa apa? Tempat ni nak meletup lah...aku syak sekarang air laut dah masuk kat dalam pangkalan ni dah." Ujar Kuroyasha dengan bersahaja.

"Hah!?"

Wajah Elza terkesima. Matanya membulat. Kemudian, dia menajamkan matanya ke arah Kuroyasha. "Kau punya angkara ke ni?" soalnya dengan nada curiga.

Kuroyasha membalikkan bola matanya. "Hell no! Ni kerja Doktor tu. Bukan aku." Nafinya.

Elza mengetap bibirnya dengan wajah ralat.

Bangunan masih bergegar dan bunyi air laut masuk ke dalam bangunan ni pon boleh didengari oleh Elza.

"Kita kena keluar dari sini secepatnya! Tapi, Luke dan Shizuka ada kat tempat lain sekarang, aku tak boleh tinggalkan dorang macam tu je...sebab tu aku tak suka buat kerja berkumpulan ni!" getus hati Elza dengan geram.

The Heir of Sun DragonWhere stories live. Discover now