CHAPTER 52 - Starting Over

130 13 1
                                    

Keesokan paginya. Jam 9 pagi.

Kelopak mata Amar terbuka perlahan-lahan sebelum ia mula fokus.

Amar melihat satu siling putih di depan matanya.

'Aku...kat mana ni?'

Tiba-tiba, Amar terasa sesuatu di sebelah kiri badannya.

Amar melihat ke arah tersebut, dan matanya membulat secara spontan.

Elza sedang duduk di kerusi, sambil kepalanya berbaring di dua tangannya yang menyilang di atas katil Amar. Dia sedang tidur.

Wajah Elza yang nyaman itu menghadap Amar.

"Elza? Apa yang dia buat kat sini?" Bisik Amar. Hairan.

Pada waktu itu, baru Amar teringat.

Benda terakhir yang dia ingat di mindanya.

Amar ditikam oleh seorang Anggota Empire Guards kerana cuba selamatkan Elza.

Kemudian, dia pengsan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kemudian, dia pengsan.

Amar memegang perutnya dan mengerutkan dahi.

Dia dapat rasa ada kain kasa yang berbalut di perutnya, tapi, tiada kesakitan di situ.

'Pelik. Aku pasti tikaman yg aku terima tu agak kritikal. Tapi, kenapa aku dah tak rasa apa dah? Dah sembuh sepenuhnya ke? ...Mungkin aku tak sedarkan diri lama sangat kot, itu pasal dah sembuh luka tikaman tu...cakap pasal tikam...'

Amar mendengus dengan wajah yang terhibur.

"Menyedihkan betullah. Sejak bila aku jadi cuai ni?"

Kemudian, Amar terdengar Elza bergerak di tempatnya.

Elza membuka matanya, dan berkedip-kedip untuk seketika.

Pandangannya masih kabur, jadi, ianya ambil masa sedikit untuk dia fokus di depan matanya.

Selepas pandangan Elza sudah jelas, dia perasan yang Amar sudah pon sedarkan diri.

Dan, jejaka itu sedang memandangnya, tanpa membicarakan apa-apa.

"..."

"..?"

Elza bangkit dari tempatnya dan menyandar ke kerusi. Wajahnya tenang sahaja.

Tapi, rambutnya serabai kerana baru sahaja bangun dari tidur.

Dan, itu membuatkan wajah Amar yang mendatar itu bertukar terhibur.

"Pfft-!"

Elza mengerutkan keningnya. Hairan.

"...Apa yang lawak?"

Amar mengeleng kepalanya. Tapi, bibirnya masih tersenyum kecil.

"Takde apa."

Elza membetulkan rambut hitamnya sambil berdehem.

The Heir of Sun DragonWhere stories live. Discover now