Emir El Tamir: Bab 7

Start from the beginning
                                    

Tak habis-habis dengan 'deal' bodoh itu. Airis menghentakkan kaki dan berlalu pergi daripada situ. Memang, keadaan tegang ini tak akan pergi ke mana.

Emir memandang belakang tubuh Airis yang semakin menjauh. 'Disebabkan pengkhianatan, aku terluka. Pengkhianatan yang menjadikan aku adalah aku sekarang Aifel. Kau tak akan faham.'

•••

Telefon yang tak berhenti berdering dari tadi menandakan ada panggilan daripada seseorang.

"Angkatlah call buah hati kesayangan kau itu. Kan dah berbaik?" perli si Raihana yang tengah sibuk berdandan di hadapan cermin sekarang ini.

"Kau tak payah nak perli-perli aku. Aku tengah malas nak layan siapa-siapa sekarang ini. Dia call pun asyik nak ajak aku berjumpa. Lagi satu, kau cantik-cantik ini nak tengok talk ke kau nak tengok Syamil?" tanya Airis. Rasanya sudah sejam kawannya itu melekat di hadapan cermin.

"Benda boleh menyelam sambil minum air, Airis. Tapi mestilah lebih kepada nak tengok boyfriend aku!" ujar Raihana yang tergedik-gedik sekarang ini.

Airis tayang riak nak muntah.

"Kau taknak cantik-cantik? Nanti jumpa abang Emir," uji Raihana dengan senyuman meleretnya yang nakal itu.

Airis menggulingkan mata. "Dia pun dah tak sudilah nak pandang aku. Aku pergi dengar talk lepas itu balik terus." Hari ini dia lebih selesa mengenakan seluar jeans biru dipadankan dengan sweatshirt berwarna putih.

"Eh ye tak ye aku lupa. Kau tak payah cantik-cantik pun abang Emir tetap pandang kau." Melebih-lebih pulak si Raiha ini mengusik!

"Okay dah siap jom!"

•••

Setibanya mereka di Rampaian Hall, kelihatan ramai mahasiswa terutama para junior sedang mendaftar di meja pendaftaran. Airis hanya berpeluk tubuh di sisi Raihana sementara menunggu para mahasiswa dipanggil masuk ke dalam dewan.

Talk ini dikendalikan oleh pelajar senior Business Management Faculty dan semestinya, Emir akan berada di situ. Dia sendiri tak pasti apa peranan Emir hari ini tapi dia berharap mereka tak akan terserempak.

"Kepada adik-adik yang kacak lagi bergaya, cantik lagi menawan, sila masuk ke dalam dewan. Kita akan bermula sebentar lagi."

"Jom Airis! Kita kena duduk depan!" ajak Raihana yang terus menarik tangannya tanpa Airis bersedia. Kalau aku terjelepok jatuh memang nahas budak ini.

Ketika mereka berdua melangkah masuk ke dalam dewan, mereka nampak kelibat Syamil berbual-bual dengan rakan sekelas mereka. Sosok Syamil langsung tak memberikan kesan kepada Airis, sehinggalah pandangannya tertancap kepada gerangan di sebelah Syamil. Siapa lagi kalau bukan Emir.

Lelaki itu kacak dengan baju jersey hitam yang dipadankan dengan seluar track suit hitam straight cut. Betul-betul menyerlahkan ketinggian dia.

"Boo! Boo, I'm here!"

"Raiha! Kau diam! Buat malulah, aku serius taubat nak jadi kawan kau." Pantas Airis menekup mulut Raihana yang terpekik terlolong memanggil Syamil.

Tak pasal-pasal kami berdua jadi tumpuan orang sekarang ini.

Raihana menggumam sesuatu. Airis yang baru tersedar mengalihkan tangannya daripada mulut si murai.

"Biar! Aku nak mark territory aku dekat Syamil. Syamil aku punya."

Airis memutarkan bebola mata. Tiada siapalah nak ambil si Syamil itu. Lainlah Emir. Kemudian dia baru tersedar pandangan Syamil dengan yang lain sudah terpaku dekat kedudukan mereka berdua sekarang. dan Raihana sekarang ini lagi-lagi gerangan di sebelah Syamil. Dia merenung wajah Airis lama. Cukup lama sebelum lelaki itu mengalihkan pandangan dia. Marah lagilah tu.

Tuan Emir El Tamir: Her Addictive Poison ©️Where stories live. Discover now