CHAPTER 86 - Eliza's Love

Start from the beginning
                                    

Tetapi, disebabkan empat budak lelaki itu merupakan budak paling tua di situ; berumur dalam lingkungan 8-9 tahun, kanak-kanak lain terpaksa mengikut kata-kata empat budak lelaki itu.

Dan, semua kanak-kanak terpaksa menjauhkan diri dari Elza.

Tambahan lagi, empat budak lelaki itu suka membuli orang yang lemah.

Jadi, tidak hairan, Elza yang masih kecil dan tidak tahu apa-apa, dibuli oleh mereka.

Eliza mengetik lidah dengan raut wajah menyampah.

"Budak-budak tu...tak habis-habis buli orang." Gumam Eliza.

Kebiasaannya, Eliza tidak mahu masuk campur hal kanak-kanak. Kerana, itu memang perkara biasa yang dilalui di situ.

Malah, ketika dia dan Ellie masih kecil pun, dia melalui perkara yang sama juga.

Tetapi, apabila dia melihat budak-budak itu membuli Elza, dia berasa tidak selesa dan agak menyampah.

"Leafa." Ujar Eliza.

Clank.

Pintu biliknya terbuka, dan wanita elf berambut kuning beralun melangkah masuk. Dia memakai perisai seperti pengawal.

Wanita elf itu menundukkan kepalanya tanda hormat.

"Yes, my Queen."

"Go scold those children." Arah Eliza. Nadanya tegas.

Leafa mengangkat kepalanya. Tersentak.

"...Pardon?"

"Budak-budak laki kat taman tu...diorang buli manusia kecil tu...aku nak kau bagi amaran. Supaya diorang tak buli budak-budak lagi lepas ni."

"Ah."

Leafa mempunyai wajah memahami. Dia dah lama tahu, memang ada kanak-kanak yang suka buli kanak-kanak lain di tanah lapang itu.

Satu senyuman kecil terukir di bibir Leafa.

"Your wish is my command, my Queen!"

Tanpa disedari oleh Eliza dan Leafa, telinga Elza dapat mendengar perbualan itu. Walaupun, jarak mereka agak jauh sekarang.

Elza berhenti menangis dan menoleh ke arah Eliza, di tingkap istana tingkat atas. Hingus dan air mata masih berada di wajahnya.

Eliza perasan yang Elza sedang memandangnya. Lalu, wanita elf itu mendengus dan memalingkan dirinya dari tingkap.

Satu senyuman manis terukir di wajah gadis kecil berambut hitam itu.

"Hehe~ Thank you, Aunty Liza." Bisik Elza. Nada gembira.

...

Sejak Leafa memarahi empat budak lelaki itu, Elza tidak lagi dibuli oleh mana-mana kanak-kanak.

Dia boleh bermain bersama kanak-kanak lain dengan gembira tanpa merisaukan apa-apa.

Ellie tidak selalu bersama Elza, kerana dia sibuk dengan hal penting sebagai seorang bangsawan High Elf.

Tetapi, kadang-kadang Ellie akan bersama Elza apabila dia ada waktu lapang.

Bukan itu sahaja yang terjadi.

The Heir of Sun DragonWhere stories live. Discover now