29 - NADINE SOFEA

Start from the beginning
                                    

"Duduk sini. Lagi senang kau nak menghadap tv. Bawah sofa tu pun kau boleh tarik keluar supaya kaki kau dapat melunjur." Harlem tunjuk ke arah ruangan tempat kosong di sebelahnya.

"Takpelah kut. Saya okay je duduk-"

"Duduk sini, Nadine." suara Harlem berubah keras.

Aik? Ingatkan tadi pelawa saja rupanya memaksa. Macam-macam.

Disebabkan enggan bertekak dengan Harlem hanya disebabkan sofa, Nadine turutkan saja. Lagipun dia memang biasa mengalah apabila dengan Harlem. Mana boleh bangkang. Nanti tercetus lagi Perang Dunia ke-37.

Usai mengambil tempat duduk di sebelah Harlem, Nadine mula mencari rancangan tv untuk ditonton. Belum sempat mengalihkan channel seterusnya, remote tv pantas diletakkan di sebelahnya apabila terlihat pelakon paling kacak di dunia berada di kaca tv.

Lee Jae-Wook.

Antara ciptaan Tuhan paling indah. Handsome dia memang tak boleh bawa bincang.

"Kalau kau nak tahu, Nad. Setiap kali aku tengok Oppa korea kau ni mesti aku teringat dengan Tengku Harlem kesayangan kau tu. Muka diorang lebih kurang sama."

"Kau tak perasan ke?"

Kata-kata Armani dulu tiba-tiba terlintas di dalam ingatan Nadine.

Dia cuba membayangkan muka Harlem dan Oppa korea-nya di dalam fikiran.

"Mana ada sama-"

Nadine terkejut sendiri apabila Harlem memandangnya terlebih dahulu sebaik saja dia mahu berpaling ke arah lelaki itu.

"Apa yang sama?" tanya Harlem.

Pantas mata Nadine beralih melihat ke skrin tv semula. Reaksinya yang malu itu cuba dikawal sebaik mungkin.

"Takde apa-apa."

"Nak curi tengok aku lah tu. Dah kantoi, pandai malu pula." tutur Harlem membulatkan mata Nadine.

Sekali lagi kepalanya menoleh Harlem di sebelah.

"Awak yang tengok saya dulu. Jadi saya toleh lah." bohong Nadine menyelamatkan air muka sendiri.

"Siapa yang nak tengok muka kau? Perasan." balas Harlem.

"Banyak! Contohnya anak jiran sebelah rumah." jawab Nadine selamba.

Dia pun tak tahu siapa jiran mereka sebelah rumah. Nadine main sebut saja.

Muka Harlem berubah makin serius. Dia yang nak mengusik hujungnya dia juga yang sakit hati.

"Maksud kau Syed?"

Iya, Harlem baru teringat Syed anak lelaki Dato' Zaahiy itu memang selalu memerhatikan Nadine jika setiap kali isterinya menyiram bunga di luar rumah.

"Siapa tu? Tak kenal." Nadine geleng kepala.

"Lepas ni tak payah siram bunga dekat luar dah." larang Harlem.

"Dah kenapa pula? Siapa lagi yang nak siram bunga tu nanti? Awak?" kalau tunggu Harlem yang siram jangan harap nak tengok bunga itu hidup lagi.

"Yes. Biar aku saja yang siram." jawab Harlem.

Nadine menggulingkan mata ke atas.

Random betul. Tiber pula dia nak siram bunga. Dasar lelaki pelik!

'Ting!'

Bunyi loceng dari pintu utama menghentikan perbualan Nadine dan Harlem.

"Biar aku yang buka." beritahu Harlem setelah melihat Nadine mahu berdiri.

NADINE SOFEAWhere stories live. Discover now