28 - NADINE SOFEA

Start from the beginning
                                    

Kaki dipercepatkan menuruni anak tangga sehingga tiba di dapur. Kelihatan Harlem sedang menikmati kopi di meja bar.

Bukan main santai lagi dia ya?

"Ayah tunggu air dia dari tadi. Awak pula sedap-sedap minum kopi di sini." Nadine menggeleng kepala.

"So tadi ayah bagi hukuman apa dekat kau? Ketuk ketampi 10 kali? Ke jalan itik pusing bilik dia sampai patah kaki?" Harlem berusaha menyembunyikan ketawa.

"Awak tipu saya!" marah Nadine memukul bahu Harlem.

Tawa Harlem meletus kuat. Muka Nadine sekarang sumpah lawak. Dan comel tu memang tak boleh tinggal.

"Awak ingat benda ni kelakar ke? Saya risau setengah mati disebabkan penipuan awak tu!" tangan Nadine menumbuk lengan Harlem mahu melepaskan geram.

Harlem pula makin galak ketawa. Tak sia-sia dia berlakon serius pagi tadi. Dan kini dia dihidangkan dengan hiburan yang menyeronokkan.

"Kau tu yang risau tak tentu fasal. Suka sangat overthinking kan? Ha aku bagi terus." balas Harlem.

Makin muncung bibir Nadine dibuatnya. Tunggu! Suatu hari nanti dia akan balas.

"Mana air ayah? Cepat. Dia nak makan ubat sekarang." soal Nadine masih geram.

"Tak apa. Kau naik atas saja. Biar aku yang bawa kejap lagi-"

"Harlem..."

Lilia tiba-tiba datang mendekati Harlem.

Serentak Nadine dan Harlem menoleh ke arah Lilia.

"You ada terima tak card invitation reunion kolej kita?" soal Lilia.

Nadine mahu membuka langkah. Kehadiran dia di situ pasti tidak di senangi Lilia. Tengok lah mata gadis itu dari tadi asyik menjelingnya.

"Kejap lah. Tunggu aku." laju saja Harlem meraih tangan Nadine dari melangkah pergi.

Mata Lilia jadi pedih terlihat adegan itu. Menyampah betullah!

"Yeah, Darrell ada bagi card dekat I last week." jawab Harlem. Kad di tangan Lilia itu dipandang sekilas.

"Great! Kita pergi sama-sama nak malam ni? Lagipun dalam kad ni bagitahu boleh bawa pasangan-"

"Sorry, Lilia. I bawa Nadine malam ni." potong Harlem.

Wajah Lilia bertukar merah. Perasaan marah dan malu menghempapnya. Nadine di sebelah Harlem di pandang dengan riak tidak puas hati.

Perempuan itu memang selalu menjadi penghalang buat dia dan Harlem! Argh! Dia benci Nadine!

"Oh, yeke?" Lilia kawal riak muka dan suaranya.

"See you tonight, okay?" Harlem senyum nipis.

"Jom, Nadine." tangan Nadine ditarik membawa gadis itu pergi.

Kelibat pasangan itu dihantar dengan ekor mata. Ketawa sinis meletus di bibir merahnya.

Nadine takkan pernah bahagia. Itu janjinya sampai mati.

























* * * * *

Nadine kelihatan tak senang duduk dari tadi. Bukan pakaiannya yang membuatkan dia rasa tidak selesa tetapi destinasi yang bakal dituju.

Sejak siang tadi hingga membawa ke malam perasaan gugup ini seakan tidak mahu berpisah dengan Nadine.

Haih, dia paling tak suka perasaan ini? Seksa tau tak?

NADINE SOFEAWhere stories live. Discover now