Kening Arthur hampir bersambung melihat gadis itu seperti ingin menurunkan skirt pendeknya yang paras atas lutut itu. Arthur menyangka, jika gadis itu tunduk boleh saja terlihat seluar dalam gadis itu. Mengapa attitude berpakaian mereka seperti itu? Sangat tidak sopan.

Dengan bajunya yang kecil dari tubuhnya. Nampak menggiurkan jika sesiapa saja yang tidak dapat menahan nafsunya saat ini. Nasib saja dua orang yang sedang duduk menghadap papan putih ini hati kering. Adam memang sejenis yang menjaga pandangannya. Imej serban di kepalanya dia tidak sia-siakan.

Adam memang selalunya memakai serban dengan tuxedo. Kadang dia lilit ke kepala, kadang dia hanya membentang serban di bahunya.

“Nanti kau tengok depan.” Bisik Adam di sebelah Arthur.

“Baik.”

Melihat saja pakaian gadis itu, tidak selesa dia ingin memandang hadapan. Lagi-lagi pemikirannya yang suka berfikiran jauh. Untungnya penglihatannya ini khas untuk Hawa. Dari pertama kali dia ternampak gadis itu, matanya tidak habis scan seluruh wajah gadis itu.

“Ini dia Mr Adam, boleh kita mula perbincangan?”

“Silakan.”

Adam melihat muka surat pertama apabila gadis yang sudah lama berdiri di hadapan mereka. Bermula dari pengenalan gadis itu dan mereka menghuraikan point pembentangan. Pengurus mengerut dahi apabila melihat Adam yang lebih tumpu pada kertas dan bukan di papan putih itu.
Pengurus itu mendekati gadis itu lalu berbisik sesuatu.

Adam memandang sekilas apabila gadis itu berhenti berbicara. Dia mengeluh berat akhirnya. Sangat tidak sopan berbisik di hadapan client. Begini ke cara mereka untuk menaikkan pasaran produk? Tiada adab dengan client, tiada pakaian yang sopan.

“Mr Adam...”

Adam  masih memandang ke bawah tetapi kepalanya menghadap gadis itu. Suara gadis polos itu kembali menerobos ke gegendang telinganya.

“Mr Adam faham ke dengan apa yang saya jelaskan?”

“Saya terlebih faham, saudari.”

Adam meletakkan kertas pembentangan itu di atas meja.

“Saya faham apa yang awak sampaikan. Dan saya faham point besar dan sasaran awak. Cuma saya tak faham, kenapa awak perlu pakai yang mencolok mata? Sedangkan pengurus tahu yang saya adalah seorang muslim. Apa makna semua ni? Kalau skirt panjang, mungkin saya boleh berkompromi. Tapi ini?”

“Big mistake.” Arthur menyandar tubuh di kerusi. Syarikat apa ini? Dari etika pakaian hingga adab tidak terbela.

Pengurus memandang gadis itu berselang seli dengan Adam dengan wajah yang tidak percaya.

“Err, Mr Adam. Ini bukanlah kali pertama saya dapat client seorang muslim. I thought, you love it sebab mereka juga suka jika gadis begini memakai skirt pendek di pejabat.”

“Ya,  itu sesetengah orang, bukan mukmin. Kalau dia tahu tentang iman, pasti dia tahu dosa pahalanya. Terima kasih saja. Perbentangan awak tak menarik bagi saya dan attitude di pejabat awak perlu perbaiki. Dari adab, hingga pakaian. Terima kasih.”

Adam bangun lalu terus meinggalkan tempat yang membuat pandangannya serasa sempit dan limit. Arthur dengan wajah tidak puas hatinya memandang ke arah Pengurus itu berselang-seli dengan wajah gadis itu. Gadis itu menunduk malu.

“Silap orang kau nak ajak benda kotor, bro. Adios!”

Dari awal dia dapat mengagak yang pengurus sengaja meletakkan gadis polos itu berpakaian tidak cukup kain  di hadapan supaya Adam berminat untuk menandatangani projek mereka.

Tapi mereka silap. Walaupun umur Adam dikira muda dalam dunia perniagaan, tetapi dia sudah cukup matang dalam hal halal haram.

Sampai saja di lobi, terdengar bunyi tumit yang nyaring di belakangnya. Arthur masih laju berjalan tanpa melihat pemilik kasut tumit yang seperti berkejar-kejar mahu ke arahnya.

“Encik, Encik yang tengah berjalan tu!”

Arthur memandang orang-orang yang lalu lalang di hadapannya. Ramai saja yang sedang berjalan, mungkin orang lain, sangkanya.

“Encik yang pakai kot warna hitam tu!”

Sekali lagi Arthur melihat orang-orang di situ. Ramai yang memakai baju kot hitam. Jadi, dia membiarkan saja. Tak mahulah syok sendiri pula dikatanya nanti.

“Asistant Encik Adam!”

Kaki Arthur terpasung di situ. Memang dari tadi panggil aku ke? Dia menoleh ke arah gadis yang termengah di hadapannya. Gadis polos yang dipaksa memakai pakaian yang mencolok mata tadi.

“You nak apa? Boss I tak nak bekerja sama dengan syarikat you.”

“Saya sebenarnya...”

"MACAM mana meeting tadi? Okey?"

"Agak mengecewakan."

Hawa melabuh punggungnya di sebelah Adam.

"Kenapa?"

"Mungkin... abang penat kot. Tolong urutkan kepala abang boleh?"

Adam bangun dari duduknya lalu dia memegang lengan isterinya ditarik lembut sehingga mereka berdua ditelan dinding bilik itu. Dia tidak mahu masuk campurkan hal peribadi dan kerja.

Masa yang terluang begini, elok mereka luangkan masa bersama.

HAWA AL-FATEH [OG]Where stories live. Discover now