Ardean angkat wajah pandang Eshal sekali.

"Therefore, it doesn't make you a weak to feel pain. In fact, high tolerance to pain is a sign of brokenness. It means you're used to the pain. Saya taknak Cik Eshal jadi macam tu," kata Ardean lembut.

But, I am broken...

Tapi Eshal tetap diamkan saja. Cuma kali ini, tiap kali rasa pedih menyengat, wajahnya memberi reaksi. Sedikit berkerut.

Ardean tutup Neosporin selepas habis guna. Kemudian dia mencari-cari non-woven plaster untuk menutup luka itu, tapi tiada. Jadi dia buat keputusan untuk guna gauze gulung saja. Diletakkan satu gauze yang sudah dipotong kecil untuk menutup luka itu sebelum dia balut tangan Eshal menggunakan gauze gulung. Penuh hati-hati. Hanya dua kali balutannya memandangkan dia tak mahu mengehadkan genggaman tangan Eshal. Tapi itu sudah cukup untuk menutup kawasan luka itu dengan sempurna. Tak terlalu ketat, tak terlalu longgar.

"Cik Eshal kena selalu tukar dressing lepas ni. Sampai luka betul-betul kering. Kalau tak, senang dapat infection. Nanti saya belikan non-woven plaster untuk Cik Eshal sebab yang tu lagi senang guna."

Eshal tak komen apa-apa. Hanya memandang tangannya yang sudah berbalut itu. Kemas dan rapi.

"Hebat juga awak. Dah boleh jadi doktor," puji Eshal selamba.

Ardean ketawa sambil mengemas-ngemas kawasan meja itu. Tweezer pakai buang, sarung tangan getah yang dah digunakan serta sisa-sisa sampah lain dimasukkan ke dalam satu plastik kecil. Kemudian dia menyusun balik isi kotak first aid itu.

"Just first aid basic. And the perks of living with a bunch of crazy doctors," balas Ardean. Segala perkara asas untuk rawatan kecemasan celah gigi saja. Jangankan rawat luka, jahit luka pun dia mampu. Cuma tiada tauliah saja.

Eshal teringat perbualan Ardean tadi. Ibunya seorang doktor. Itu yang dia pasti.

"Terima kasih," ucap Eshal. Ikhlas.

Ardean senyum nipis.

"Sama-sama."

Ardean siap tutup kotak empat segi itu. Mata kemudiannya melorot pada tangan kecil Eshal yang berbalut itu.

"Saya betul-betul tak puas hati dengan Cik Eshal. Cik Eshal pesan pada saya supaya jaga diri, jangan cedera. Tapi kenapa sekarang ni Cik Eshal pula yang cedera?"

"Saya kalau mati pun ada pampasan. Tak ada orang nak peduli pun." Selamba jawapan Eshal.

"Siapa cakap? Kalau jadi apa-apa kat Cik Eshal, apa saya nak jawab pada keluarga Cik Eshal?"

Soalan itu buatkan Eshal automatik merengus. Sinis. Nak tergelak. Sangat ironi ya. lebih-lebih lagi lepas apa yang jadi beberapa jam yang lepas. Lebih ironi, itulah penyumbang keadaan dia yang sekarang.

Marah dan sakit hatinya masih belum hilang.

Dan Ardean memerhatikan semua perubahan pada wajah Eshal. Tak perlu teori Aristotle pun untuk merungkaikannya. Eshal punya isu dengan keluarganya dan ini bukan kali pertama wanita itu emosi bila berkaitan dengan keluarganya. Kali terakhir, dia masih ingat lagi Eshal mahu terjun bangunan. Dan hari ini, tanpa sengaja tangan Eshal cedera. Ardean tahu kepala Eshal masih pada apa-apa masalah yang berlaku sebelum itu.

"Cik Eshal ada masalah ke? Tak pernah-pernah Cik Eshal cuai sampai macam ni." Ardean bertanya lembut. Ada sebab dia ajak Eshal keluar dari reruai. Sudah beberapa kali dia hanya abaikannya sebelum ini. Tapi kali ini, dia mahu tahu apa yang sudah jadi. Dia akan cuba rungkaikannya.

Eshal membuang pandang ke arah kanannya. Pertanyaan Ardean kembali menyesakkan dadanya. Kembali ingat pengkhianatan ahli keluarga sendiri.

Tiap kali dia fikir apakah relevannya dia dalam keluarga itu? Satu jawapan yang muncul dan memaksanya untuk bertahan. Dia sedang membayar hutang dosa silam seseorang. Dan Eshal tahu, sepanjang hayatnya pun hutang itu mungkin takkan mampu dilunaskan.

Lelaki AstatineWhere stories live. Discover now