Terus tangannya ditarik kasar agar dia keluar dari kereta.

"Lepaskan! Tolong!"

Lelaki yang sesuka hati memegang tangannya tadi kini bertindak memeluk tubuh kerdilnya.

"Baik kau diam! Sebelum kayu besbol ni singgah ke dahi kau."

"Ya Allah, apa ni? Mirra tolong saya Mirra! Lepaskan saya! Mirra!"

Mirra yang mahu menyelamatkan Hawa dihalang oleh seseorang berbadan sasa di hadapannya. Pipinya ditampar kuat sehingga tubuhnya terpelanting ke tanah.

Hawa meronta dalam pelukan lelaki itu. Meremang bulu romanya apabila mendengar deruan nafas kasar lelaki yang memeluknya tanpa tahu halal haram.

"Masuk!"

Hawa ditolak ke dalam sebuah kereta yang besar. Dia cemas. Baru saja dia ingin keluar, tetapi lelaki yang berada di kirinya pula memegang tangannya kemas. Kini tubuh kecilnya dihimpit oleh dua orang lelaki. Mereka di dalam kereta itu bergelak sakan seperti puas.

Apa yang mereka puas pun tidak tahu. Tubuh Hawa kembali dipeluk erat.

"Tt... Tolong saya nak keluar. Jangan sentuh!"

Rontaan demi rontaan sudah dibuat, tetapi tidak mengubah langsung pendirian mereka. Kini dia dibawa ke tempat yang tidak pernah dia lihat sebelum ini. Dalam hatinya tidak habis berdoa agar dia dapat larikan diri.

Sampai saja di hadapan sebuah rumah, semua isi kereta itu keluar. Tangan Hawa ditarik kasar agar mengikut jejak mereka. Melawanlah bagaimana pun, dia tetap dibawa lari juga.

"Masukkan dia dalam bilik tu."

Hawa terdiam, suara perempuan? Lelaki yang menarik tangannya tadi hanya mengangguk lalu menyambung menyentap tangannya menuju ke satu bilik. Semakin dia meronta, semakin kuat genggaman di pergelangan tangannya.

Tubuh kecil Hawa ditolak kasar ke lantai. Tubuhnya tersembam ke lantai hingga menzahirkan decitan di bibirnya. Lelaki tadi mencangkung di hadapannya. Hawa mengengsot menjauhi lelaki itu. Debaran dadanya semakin menjadi-jadi apabila ternampak lelaki itu mengeluarkan gari dari belakang tubuhnya.

"Kita orang nak rakam kau. Biar jadi bintang dekat laman web lucah."

"Astaghfirullah. Ya Allah, tolong jangan buat saya macam ni."

Pergelangan tangan Hawa direntap lagi. Kali ini dia terpaksa memegang tangan lelaki itu untuk meleraikan tangan lelaki itu dari pergelangan tangannya. Tapi hampa. Tubuhnya terlalu kecil untuk melawannya. Tangannya kini terkunci di kepala katil. Hawa menangis kerana tidak mampu melepaskan diri dari situ.

"Ya Allah... tolong hamba-Mu ini ya Allah."

Lelaki itu hanya melihat Hawa yang tidak habis memanggil nama Tuhannya. Renungan lelaki itu juga menyeramkan. Ya Allah... tolong aku Ya Allah.

"Awak, tolong lepaskan saya. Saya merayu dekat awak...."

"Wow, kita ada siapa di sini? Isteri Mr Adam..."

Suara itu pernah didengarnya. Hawa mengalih ke arah wanita yang memakai hoodie. Baru Hawa sedar, wanita itu juga salah seorang yang menculiknya tadi.

"Long time no see, huh?"

"Awak? Kenapa?"

"Jangan banyak tanya. Ini semua sebab suami kau yang berlagak tu! Dan agama yang kau bawa. Tak layak ada di bumi New York ni!"

"Bumi New York, bukan ke bebas pada hak untuk beragama?"

"Memang, tapi bukan di depan mata aku, kau munculkan diri. Aku sangat anti dengan agama kau. Agama yang tak logik. Sembah pada benda yang takda. Hahahaha! I'm sick of this. Melihat kebodohan kau orang tonggeng-tonggeng pada benda yang takda. How embarrassing?"

HAWA AL-FATEH [OG]Where stories live. Discover now