Kebiasaan Aryan akan tidur di kem sekarang memandangkan dia tidak dapat fokus kalau dia tinggal di rumah jadi dia akan tidur dj kem dan akan balik menjenguk Leissandra seminggu 3 4 kali. Pagi-pagi dia akan ajak Haniff pergi jogging.

Afiq pula menghilang lagi. Jangan tanya dia pergi mana sebab tak ada sesiapa tahu Afiq ambil cuti untuk ke mana? Pantang ada cuti mesti dia akan menghilang 2 3 hari.

"Isteri kau mengidam apa hari ni?" Termengah-mengah Haniff bertanya sambil berlari.

"Afiq tak cakap apa pun lagi. Rasanya dia tak mengidam apa-apa lagi" kata Aryan selamba. Tiba-tiba Aryan berhenti. Kepalanya dipegang. Pandangan menjadi samar-samar. Laju dia mengeleng kepala.

"Ryan, kau ok tak? Ryan? Ryan?" soal Haniff berkali-kali.

"A.. aku ok" kata Aryan. Mata dikerdip berkali-kali.

"Aku dah kata baring je dalam runah. Tak payah jogging hari ni. Alahan kau masih teruk lagi. Pagi tadi pun kau muntah teruk" bebel Haniff lalu mengeleng kepala perlahan.

"Aku ok. Kau tak payah risaulah" kata Aryan.

"Macam mana aku tak risau. Dibuatnya ada misi takkan kau nak pergi dalam keadaan macam ni? Bahaya untuk nyawa kau dan pasukan kita."

"Kalau aku mati sekalipun itu dah memang takdir aku. Lagipun hidup aku dah tak ada makna dah lepas isteri aku tinggalkan aku. Dah lah jom sambung jogging" bebel Aryan sebelum dia pergi meninggalkan Haniff dibelakang.

Haniff mengeleng kepala dengan sikap degil sahabatnya. Sudahlah hari ini panas lain macam. Naik risau dia tengok Aryan.

Selang beberapa minit pandangan Aryan semakin samar-samar. Langkahnya menjadi longlai sebelum dia jatuh ke atas tanah. Tidak sempat Haniff menyambut tubuh Aryan. Bahu Aryan digoncang berkali-kali tetapi tiada respon. Telefon pibtar dikeluarkan lalu didail nombor kecemasan.

Dato Mustafar dan Datin Katrina sudah berada di hospital setelah Haniff memberitahu mereka. Haniff turut berada di situ. Doktor yang merawat Aryan akhirnya keluar dari bilik kecemasan. Dato Mustafar dan Datin Katrina meluru ke arah doktor tersebut.

"Boleh saya tahu siapa penjaga Encik Aryan Mikael?" soal doktor itu. Datin Katrina maju paling depan.

"Encik Aryan tidak apa-apa. Dia cuma pengsan kerana kekurangan air di dalam badan dia. Saya dapati dia tidak makan untuk beberapa hari. Jadi dia terpaksa ditahan wad buat sementara waktu" jelas doktor itu. Mereka semua berasa sedikit lega.

"Bila dia boleh discharge, doktor?" soal Dato Mustafar.

"Kami akan bagi dia first drip dan kami akan buat pemeriksaan susulan. Kalau masih tidak cukup kami akan buat second drip dan dia terpaksa ditahan wad selama dua hari." Dato Mustafar mengangguk faham.

"Terima kasih, doktor" kata Dato Mustafar. Doktor pun pergi dari situ.

"Aunty, uncle. Kalau tak ada apa-apa lagi saya minta diri dulu" kata Haniff dengan sopan. Dia menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Dato Mustafar sebelum beredar dari situ kerana ada latihan di kem.

Dato Mustafar dan Datin Katrina duduk di kerusi sementara menunggu Aryan ditukarkan ke wad biasa.

Seminggu kemudian..

Aryan sangat teruja hari ini kerana hari ini akan ada tetamu istimewa datang ke kem mereka. Sepanjang di lapang sasar senyumannya tidak lekang. Berdebar-debar jantungnya. Sesekali dia akan membetulkan seragamnya walaupun tidak ada yang perlu dibetulkan. Haniff di sebelah Aryan memandang Aryan atas bawah.

"Engkau ni dah kenapa? Asyik senyum-senyum, betulkan baju, terjenguk-jenguk. Apa masalah kau sebenarnya ni?" soal Haniff bingung.

"Nanti kau akan faham" kata Aryan senafas.

KAU TETAP SEMPURNAWo Geschichten leben. Entdecke jetzt