"Ini tunang saya. Encik ni siapa?" soal pelayan lelaki itu kepada Afiq. Terbuntang luas mata Afiq.

Pang!

Satu tamparan mendarat dipipi kiri pelayan lelaki itu. Terteleng kepalanya ke kanan. Tersentak Afiq dengan situasi tegang itu. Apa ni?! Drama apa ni!?

"I dah kata I nak putus dengan you! You tu miskin tak mampu nak bagi kemewahan pada I. Jangan cari I lagi!" kata wanita itu lalu dia pergi dari situ. Pelayan lelaki itu mengejar langkah wanita itu.

Afiq di situ seperti tunggul kayu. Tidak dilayan langsung. Sudahlah semua mata kini tertumpu kepadanya. Dia menutup wajahnya dengan sutnya lalu berjalan keluar dari restoran itu. Tujuh keturunan malu mat!

Ustazah Qasirah yang sedang berjalan menuju keretanya yang berada di parking bawah tanah salah satu pusat membeli belah terkemuka itu terkejut dengan satu panggilan. Pantas dia berpusing ke belakang.

"Assalamualaikum, ustazah Qasirah" kata Fathi.

"Tak jawab salam berdosa." Fathi tersengih. Ustazah Qasirah menundukkan kepala sambil menjawab salam tersebut.

"Ustazah jangan salah faham. Saya bukan stalker. Saya kebetulan lalu dekat sini dan ternampak ustazah" jelas Fathi. Ustazah Qasirah tidak memberi apa-apa reaksi.

"Kalau ustazah tak keberatan boleh kita pergi minum kejap?" soal Fathi lembut seperti yang diajar Afiq. Kaalu diikutkan mahu saja dia culik Ustazah Qasirah lalu diikat dirumahnya dan dipaksa berkahwin dengannya tetapi dia harus bersikap "gentlemen".

Sebelum sempat Ustazah Qasirah menjawab ada satu suara menyampuk.

"Ada apa ni?" soal seorang jejaka dari belakang Fathi. Fathi menoleh memandang seorang jejaka berbadan tegap di belakangnya dengan wajah bengis. Naik bulu roma Fathi dengan pandangan tajam jejaka itu.

Akhirnya Afiq pulang ke rumah Dato Mustafar. Sepanjang berjalan ke ruang tamu wajahnya menunduk dengan keluhan berkali-kali keluar dari mulutnya. Tubuh dihempas ke atas sofa untuk berbaring. Tangan membuka kancing bajunya.

Aryan dan Leissandra sedari tadi memandang Afiq. Kening terjongket sebelah. Kalau habis berperang pun Afiq tidak pernah mengeluh sebegini. Aryan membisikkan sesuatu ditelinga Leissandra.

Leissandra berusaha turun daripada sofa itu dengan kaki pendeknya, berjalan terkedek-kedek ke arah Afiq. Peha Afiq ditepuk berkali-kali.

"Uncle, ok?" soal Leissandra. Afiq membuka mata dan menoleh memandang wajah anak kecil itu. Terus tersenyum Afiq. Tubuh kecil itu didukung Afiq dan diletakkan di atas dadanya. Kepala Afiq bersandar diatas penghadang sofa itu.

"Can you give uncle a kiss?" soal Afiq dengan suara garaunya. Laju Leissandra mengangguk lalu mencium kedua pipi Afiq lama. Afiq tersenyum lebar.

"Thank you, my love." Afiq mengusap rambut Leissandra.

"So macam mana blind date kau?" soal Aryan kepada Afiq. Leissandra bermain-main dengan butang kemeja Afiq yang terbuka itu.

"Semuanya fail. Tak ada satu pun macam Aly- tak ada satu pun macam yang aku nak." Cepat-cepat Afiq menukar ayat nya. Terkebil-kebil matanya. Dia tak nak Aryan tersalah faham.

Afiq hanya memandang wajah anak buah kesayangannya. Pandang wajah Leissansra dapat kurangkan stres sikit.

"Memilih juga kau ni rupanya. Yang nombor tiga tu jadi apa? Kau tak chat pun dengan aku lepastu."

Afiq bangun dari baringannya. Posisi Leissandra dibetulkan duduk di atas ribanya. Tidak henti anak kecil itu bermain dengan butang baju Afiq. Entah apa yang dia mainkan pun tak tahu.

KAU TETAP SEMPURNADonde viven las historias. Descúbrelo ahora