"Mana ada saya kikis duit abang. Itu memang nafkah saya kan? Lagipun ini semua mummy yang belanja tau. Saya tak guna duit abang sikit pun." Kata Alyssa dalam bahasa isyarat.

"Tak cukup dengan duit aku kau kikis. Duit mummy pun kau nak kikis? Hebat betul kau ni kan?" Sinis Aryan.

Alyssa memukul skrin telefon berkali-kali. Tersentak Aryan kali kedua. Hantu mana dah rasuk Alyssa pula ni? Berani betul dia melawan Aryan.

"Saya bukan perempuan macam tu lah! Semua ni mummy yang nak belanja. Saya nak guna card yang abang bagi tapi mummy tak bagi. Mummy kata ini hadiah untuk menantu kesayangan dia." Kata Alyssa dengan bangga.

Skrin telefon diputar menunjuk beg-beg kertas yang berada di atas lantai. Gucci, Prada, LV, YSL, Dior.

"Pandai betul kau bodek mummy. Buat malu aku je dapat isteri macam kau." Alyssa menjelir lidah kepada Aryan. Tercengang Aryan. Makin dibiarkan makin berani Alyssa.

"Berani betul-" ayat Aryan terpotong apabila Leissandra masuk ke dalam biliknya.

"Papa! Papa! Sandra ha sonno. Dormiamo(Sandra mengantuk. Jomlah tidur.)" Kata Leissandra kuat sambil memeluk kaki Aryan. Tangan menggosok mata dengan jarinya.

Aryan tersenyum memandang wajah anaknya yang sudah mengantuk itu.

Alyssa tersentak mendengar panggilan itu. Dadanya turun naik. Tak mungkin, tak mungkin. Dia tersalah dengar agaknya. Tak mungkin itu anak Aryan.

"Sandra aspetta papà vicino al letto. Papà verrà dopo(Sandra tunggu papa dekat atas katil. Nanti papa datang.)" Kata Aryan sambil tersenyum kepada Leissandra.

Tersentak hati Alyssa untuk kedua kalinya. Dia terus mematikan panggilan itu.

Selepas memastikan Leissandra naik ke atas katil Aryan kembali memandang telefonnya. Aik! Mana Alyssa? Dah letak ke? Aryan mengangkat bahu sekali lalu telefon pintarnya diletak di atas katil. Badan dibaringkan disebelah anak kesayangannya.

"Goodnight, little angel." Kata Aryan lalu mencium dahi Leissandra.

"Goodnight, big guy." Kata Leissandra. Tersentak Aryan. Mana dia belajar perkataan tu?

Leissandra memeluk leher Aryan dengan tangan kecilnya. Aryan dodoikan Leissandra sebelum dia pun tertidur bersama.

Kaki Alyssa lembik lalu terduduk di atas lantai. Air mata mengalir deras membasahi pipinya. Tangan menyapu-nyapu dadanya. Memujuk agar tidak terluka. Fikiran dipaksa agar tidak overthinking.

"Aryan dulu pernah dihantar ke Itali untuk bertugas di sana selama 4 tahun."

Kata-kata Datin Katrina bermain difikiran Alyssa semula.

"Mummy pelik dah empat tahun dia dekat sana tapi dia tak bawa balik pun bakal menantu untuk mummy dengan daddy. Tapi mummy bersyukur sebab dapat menantukan Alyssa..."

Nafas Alyssa semakin sesak. Air mata mengalir tanpa henti. Dia mencengkam dadanya.

"Berapa banyak lagi rahsia yang abang sorokkan daripada Alyssa? Tak penting ke Alyssa dalam hidup abang sampai abang sanggup buat Alyssa macam ni? Sebelum ni April sekarang siapa pula? Abang dah janji abang takkan duakan Alyssa. Kenapa abang tipu Alyssa?" Bisik hati Alyssa. Fikirannya sangat kusut sekarang. Persoalan demi persoalan bermain di dalam fikirannya.

Apa niat Aryan Mikael berkahwin dengan Alyssa Maisara sebenarnya? Hanya untuk senangkan hati Dato Mustafar dan Datin Katrina atau sengaja mahu permainkan Alyssa. Berkali-kali Aryan menyakiti hatinya. Dia sembuhkan sendiri luka tersebut tanpa bantuan Aryan. Luka yang lama masih belum sembuh ditambah dengan luka yang baru. Apa yang patut Alyssa Maisara lakukan selepas ini?

KAU TETAP SEMPURNAWhere stories live. Discover now